Berkenalan Dengan Kasta "Pariah" Dalam Tamadun Hindu

Recommended Brokers


seether

CG Top Poster Club
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,417
Reaction score
6
Points
311
Perkataan Pariah adalah sesuatu yang sangat sensitif dalam masyarakat India di Malaysia.

Buktinya satu ketika dulu hampir saja terjadi rusuhan/perbalahan akibat polemik isu novel interlok yang dikatakan menghina masyarakat India Malaysia akibat penggunaan perkataan 'pariah' di dalam novel tersebut.

Entri ini bukan bertujuan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tetapi sekadar untuk mengenali apa itu 'pariah' dan mengapa ianya sangat sensitif kepada masyarakat India di Malaysia.





Apa itu Pariah?

Paria atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keadaan/kewujudannya.

Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu.

Pariah adalah suku kaum India kasta terbawah yang diamalkan di Selatan India manakala di bahagian Utara dipanggil Shudra dan Harijan.

Kasta ini boleh ditemui terutamanya di negeri-negeri Tamil Nadu dan Kerala di India.

Di Tamil Nadu sendiri, kasta ini terbahagi kepada 3 nama kasta berbeza iaitu Paraiyan, Samban dan Adi Dravida yang secara umumnya dikenali sebagai Paraiyar.

Data pada 2001 mencatatkan sekitar 5.4 juta kaum kasta Pariah yang menghuni Tamil Nadu.





Konsep Kasta Dalam Tamadun Hindu

Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat.

Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables".

Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.






Penindasan Terhadap Kasta Pariah

Kasta pariah dihina dengan pelbagai cara.

Mereka tidak boleh bersosial bersama kasta tinggi dan tidak boleh disentuh oleh kasta atasan.


Konsep pariah diajar dalam kitab perundangan (agama) Hindu Manu Smiruthi.

Antara lain ia mencadangkan mereka dari kasta rendah dikasi sekiranya berani berpasangan dengan wanita Hindu kasta tinggi.

Mereka juga tidak layak memegang pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan.

Sekiranya mereka dari kasta ini bekerja sebagai pengutip sampah/kuli, maka generasi seterusnya akn terus mewarisi pekerjaan ini tanpa ada peluang untuk mengubah nasib mereka.






Sejarah Masyarakat India Malaysia

Kebanyakan orang India kasta rendah ini terutamanya dari negeri Tamil Nadu dibawa oleh British ke Malaysia (tanah Melayu ketika itu) untuk bekerja sebagai coolie (kuli) diladang-ladang getah, jalan keretapi, membuat jalanraya , tukang sapu dan lain-lain.

British mengamalkan kasta dalam membawa orang India masuk ke Malaya.

Kasta tinggi dijadikan Pengurus, doktor, peguam dan sebagainya.

Begitu juga paderi atau mubaligh kristian, tentera dan polis juga adalah dari kasta tinggi.






Realiti Masa Kini

Pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang.

Di Malaysia sendiri, bukan semua orang India yang dibawa masuk ketika itu berkasta rendah dan realiti pada hari ini, perbezaan antara kasta
TIDAK langsung wujud.





Kini kebanyakan orang India di Malaysia hidup dalam keadaan senang.

Mereka kini telah menjadikan generasi zaman mereka adalah yang terbaik dari generasi-generasi yang lepas kerana berjaya merubah taraf hidup.

Di Malaysia, Pariah hanyalah sejarah, namun masih meninggalkan kesan jika ada pihak yang masih cuba memprovokasikannya.




Sumber: Wikipedia, http://peraktoday.com, BillyInfo
 
Sponsored Post

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
Tak dinafikan juga,sebab dengan kasta Pariah nie laa,ramai India masuk Kristian dan boleh laa berlagak sikit guna nama Kristian di hujung pangkal nama.

Realitinya memang begitu,soalnya sampai bila?
 

Prisoner

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2010
Messages
4,005
Reaction score
38
Points
30
di malaysia ni..
masaalah "pariah" ni masaalah india dgn india jer..

bangsa lain tau paria ni general jer.. detailnya atau apa sebenarnya paria ni bukannya kita faham..
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,155
Reaction score
48
Points
70
ramai juga kasta pariah di malaysia ni tak bersyukur dgn nikmat keamanan di malaysia ni contohnya pariah hindraf.. puii
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,926
Reaction score
725
Points
161
hat mai malaysia dulu2 memang dr geng ni.gila punya zalim ajaran agama depa ni..berkasta2 la pulak....


org melayu bab hantarn pun nak ikut kasta2 gak.

spm=10000
diploma=50000
ijazah=100000

hahahahhahaha
 

proxymate

Fun Poster
Joined
Jun 21, 2012
Messages
115
Reaction score
0
Points
10
soalan cepu emas.
samy vellu dari kelas kasta mane satu?
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,926
Reaction score
725
Points
161
soalan cepu emas.
samy vellu dari kelas kasta mane satu?
buruh kasar buat jalan raya

tapi dia sudah maju

jadi menteri kerja raya..


"ini owang ingat tol itu bapak saya punya ka"
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,155
Reaction score
48
Points
70
buruh kasar buat jalan raya

tapi dia sudah maju

jadi menteri kerja raya..


"ini owang ingat tol itu bapak saya punya ka"
kompirm kasta tinggi punya

"kalau tara sungai kita bikin sungai apa susah" :)):))
 

viper207

Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,591
Reaction score
54
Points
70
kat company lame aku dulu... ada pekerja India dari negara India marah sorang budak intern sebab sebut "morning bro" jer

pastu masa marah2 dicakap... u know who am i ?... I'm Brahmins u know

baru aku paham sebab aper die marah... India kat Malaysia mostly Pariah... tapi die India Brahmins dari India sana :D
 

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
kat company lame aku dulu... ada pekerja India dari negara India marah sorang budak intern sebab sebut "morning bro" jer

pastu masa marah2 dicakap... u know who am i ?... I'm Brahmins u know

baru aku paham sebab aper die marah... India kat Malaysia mostly Pariah... tapi die India Brahmins dari India sana :D
Jadi kalau begitu kena ucap "Good morning Sir" ke?

Brahmin ke,apa ke,dia tuh tetap manusia,cuma bangsa dengan warna kulit jer menjadi sandaran untuk jadi 'bahan'.Yang pastinya India2 cerdik pandai di India sendiri migrasi ke US sebab nak dapat taraf kehidupan dan status yang lebih baik,yang India low class jer datang Malaysia,bikin menyemak pasaran kerja di Malaysia sampai rakyat sendiri menganggur.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register