BTC USD 37,713.8 Gold USD 1,773.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkali-kali terlanjur

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
AYA gadis berusia 20-an dan menetap di sebuah desa di utara. Masalah saya mengenai harga diri yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Satu ketika dulu ketika menuntut di institut pengajian tinggi, saya berkenalan dengan seorang lelaki, malangnya saya dirogol ketika kami berjumpa.


Hal itu menyedihkan saya dan hidup bagai tidak bermakna lagi. Namun berbekalkan semangat ibu bapa, saya meneruskan pengajian tanpa memberitahu sesiapa mengenai peristiwa itu.

Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Sikap baik ditunjukkan lelaki itu membuatkan saya jatuh cinta padanya.


Kami bercinta hampir dua tahun, tapi tiada siapa tahu saya pernah terlanjur dengannya. Hubungan kami berakhir kerana saya ingin dia kembali bersama bekas kekasihnya.


Tidak lama selepas itu saya berkenalan pula dengan seorang remaja yang muda dari saya. Kami bercinta dan berkali-kali terlanjur melakukan hubungan terkutuk itu.

Hubungan kami berakhir kerana dia curang dan hal itu menyakitkan hati saya. Hati saya bagai dirobek dengan pisau kerana terlalu mudah jatuh cinta dan percaya terhadap lelaki. Disebabkan hal itu juga saya menjadi tawar hati untuk bercinta lagi.


Malangnya nafsu menjadi raja dalam hidup saya dan saya bertambah liar. Saya selalu bertukar kekasih tetapi mereka hanya digunakan untuk kepuasan nafsu.

Kehidupan saya semakin bebas, namun perkenalan dengan seorang bernama M di facebook bagai memberi kehidupan baru buat saya. M sangat garang, kuat cemburu dan mengongkong serta tidak suka ditipu.


Oleh kerana hubungan dengan M masih di peringkat awal, saya mengambil keputusan merahsiakan hal terbesar hidup saya kerana beranggapan belum tiba masa sesuai untuk menceritakan semua kisah hitam itu.


Saya takut ditinggalkan M jika dia tahu saya tidak punya harga diri. Namun, siapa sangka M semakin liar ‘menguji’ nafsu saya sehingga memaksa saya melayan ‘phone sex’ dengannya.


Satu hari M meminta saya jujur dengannya mengenai status diri saya kerana dia meragui mengapa saya ‘senang melayan’ dia di telefon. Akhirnya saya memberitahu perihal saya pernah dirogol saja, tidak mengenai keterlanjuran bersama kekasih.


M percaya dan dia menerima saya serta memaksa saya menunjukkan gambarnya kepada mak ayah saya kerana dia tidak mahu saya dimiliki orang lain memandangkan M terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk tempoh lama.


M juga menstatuskan saya sebagai ‘tunang’ dia dan berjanji menjadikan saya isterinya apabila tamat belajar. Namun sikap cemburu M semakin menjadi-jadi apabila dia menukar nombor telefon saya serta menutup semua akaun laman sosial saya selain selalu dimaki hamun jika membuat kesalahan.


M selalu berfikir saya ada lelaki lain di kampung dan lebih teruk lagi M tidak percayakan saya lagi. M juga mengharamkan saya keluar dengan mana-mana kawan lelaki kecuali terpaksa.


Saya sangat tertekan, namun kerana ingin berubah saya tekadkan hati untuk mengikut kata-kata M dan berjanji untuk setia kepadanya.


Namun siapa sangka, pertemuan pertama dengan M memusnahkan impian saya untuk menjadi isterinya. Kami bukan saja terlanjur, malah terjadi pergaduhan besar gara-gara dia curiga ‘keadaan badan’ saya.


M mengugut menyiasat sendiri mengenai diri saya jika saya tidak mahu berterus terang, malah enggan kembali pada saya jika saya menipu. Akibat ketakutan, saya memberitahu segala rahsia yang saya simpan. Ternyata M sangat marah dan dia menolak dengan kakinya selain menggelar saya ‘pelacur’.


Saya merayu supaya M tidak meninggalkan saya. Saya terasa sangat terhina dengan tindakan M, namun tidak lama selepas itu dia memujuk saya dan menjelaskan dia lakukan semua itu untuk menyedarkan kesalahan saya serta mahu saya bersikap lebih jujur dengannya.


Namun beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran saya, M meminta hubungan diputuskan. Itu adalah ‘hadiah’ hari jadi M buat saya.


Saya menghubungi M meminta penjelasan, namun M dengan selamba menjawab dia hanya sekadar lalu dalam hidup saya untuk menyedarkan kesilapan yang saya lakukan. Saya menjadi buntu kerana tidak faham sikap M yang mempermainkan saya.


Jika benar mahu menyedarkan saya, mengapa perlu M ‘meniduri’ saya serta berjanji memperisterikan saya? Mengapa M memberi saya harapan jika sekadar ingin lalu dalam hidup saya? Hati saya tambah terluka apabila M terus memanggil saya ‘pelacur’.


Sejak itu saya tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menerima hakikat ini, malah saya cuba dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon segala dosa saya diampunkan.


Saya betul-betul ingin berubah bukan kerana M tetapi ikhlas daripada hati, malangnya saya diuji oleh M yang tidak berhenti-henti memanggil saya ‘pelacur’.


Saya cuba pekakkan telinga supaya tidak lagi terjerumus melakukan dosa terkutuk itu kerana saya tidak lagi mahu digelar ‘pelacur’. Saya menganggap apa yang berlaku adalah balasan di dunia di atas segala dosa besar yang saya lakukan.


Bagi saya, sesakit apa pun bahasa yang M keluarkan terhadap saya, itu tidak sama dengan sakitnya hati saya yang terhina akibat perbuatan sendiri.


Bantu saya untuk kembali yakin dalam hidup ini kerana saya tidak lagi mempercayai sesiapa pun, termasuk ahli keluarga saya.


GADIS SENGSARA
Perak

Selepas membaca luahan saudari, rasanya Dang Setia dapat menyelami kemelut hitam dialami saudari akibat terlalu percayakan lelaki dan kegagalan mengawal nafsu.


Inilah masalah yang perlu diatasi segera supaya saudari dapat melupakan sejarah hitam dan membuka lembaran baru dalam hidup.


Saudari seorang yang berpelajaran, Dang Setia percaya saudari dapat mengatasi masalah itu dengan keazaman tinggi untuk mengubah diri menjadi insan lebih baik.


Ingatlah jasa ibu bapa. Mereka sanggup berkorban wang ringgit untuk melihat anak berjaya dalam pelajaran, sekali gus dalam hidup.


Berjaya dalam hidup tidak semestinya kaya raya dengan wang melimpah ruah, sebaliknya memiliki pakej seimbang termasuk keluarga bahagia.


Masalah saudari memang berat, tapi ia masih boleh diatasi dengan syarat saudari betul-betul ingin berubah. Bagaimana untuk berubah? Dang Setia percaya saudari boleh mengamalkan dua pendekatan iaitu agama dan psikologi.


Sebagai manusia yang dijadikan Tuhan, kita tidak boleh lari daripada memohon pertolongan-Nya apabila menghadapi kemelut besar dalam kehidupan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


Bertaubatlah dengan seikhlas hati kerana Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mungkin kesalahan silam itu berlaku kerana saudari lalai dalam kehidupan hingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.


Ingatlah, solat itu tiang agama. Kalau saudari tidak menunaikan solat, ia ibarat membina rumah yang tidak kukuh dan runtuh bila-bila masa.


Begitu juga dalam kehidupan kita seharian. Kalau tiang hidup kita kukuh, insya-Allah kita boleh menjauhi perkara dilaknat Tuhan biarpun sebagai manusia cabaran dan godaan itu akan sentiasa ada.


Teruskan beribadat kepada-Nya jika saudari masih dibelenggu dosa silam. Selain solat wajib dan berdoa, perbanyakkan solat sunat seperti taubat, hajat dan dhuha.


Bagi Dang Setia, agama tetap pendekatan utama apabila kita berdepan masalah manakala cara lain seperti psikologi sebagai penyelesaian sampingan.


Daripada sudut psikologi, saudari perlu mempunyai motivasi diri yang kuat untuk mengatasi masalah itu. Apa itu motivasi? Motivasi adalah daya pendorong daripada keinginan kita untuk berubah atau berjaya. Motivasi adalah energi pendorong yang berasal daripada dalam kita sendiri supaya apapun yang kita inginkan dapat diwujudkan.


Motivasi erat sekali hubungannya dengan keinginan dan cita-cita, bila satu tidak ada, motivasi tidak timbul.


Kebanyakan kita ada keinginan dan impian besar, tapi kurang inisiatif dan kemahuan untuk mengambil langkah bagi mencapainya. Ini menunjukkan kurangnya energi pendorong daripada dalam diri kita atau kurang motivasi.


Ini bermakna, penyelesaian terhadap masalah saudari sebenarnya berada dalam diri saudari. Orang lain hanya mampu memberi nasihat, tapi hanya saudari mampu mengatasinya dengan keinginan kuat untuk berubah.


Namun untuk berubah, kita tidak semestinya lari daripada cabaran. Dang Setia percaya cabaran utama saudari adalah mempercayai lelaki selepas diperdaya dan dinodai.


Jangan tutup ruang kepada lelaki untuk mendekati saudari kerana ia membabitkan masa depan saudari, terutama impian membina keluarga bahagia.


Cuma saudari perlu bijak mengawal situasi, bukan biarkan situasi mengawal diri. Apabila situasi mengawal diri, berlakulah perkara mungkar selepas nafsu kian membara.


Ingat, masih banyak lelaki baik di dunia ini. Nasihat Dang Setia, jagalah mahkota diri biarpun sudah dinodai kerana ia lambang kesucian seorang wanita.
 
Sponsored Post

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
molek r kena reverse psycho dgn M tu.
tp M tu ha.ramjadah jugak ambik kesempatan.haha
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
terlanjur ke..saje2 lanjur ni,xde ter2..
 

lost_soul2878

Super Active Member
Joined
Jan 11, 2010
Messages
8,745
Reaction score
18
Points
65
cilakak punye M... bikin hati wa panas jer.... kasik buruk nama lelaki jer. ramai lagi lelaki yg baik yg boleh terima pompuan macam ni aper... kite lelaki takde hak nak judge org pompuan wooo... kalo taknak kasik tau awal2 la taknak, budusss... belom kawen dah kontrol macam bini sendiri. pastu dah taknak nak maki2 org pompuan lak. kasik respek org pompuan sikit, sebab yg lahirkan kite nie org pompuan jugak.
 

zalie78

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2007
Messages
537
Reaction score
3
Points
15
m mmg selengai...budak pompuan ni pun selengai..senang senang je gadai body..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
budus,cm xde otak jerkk,yg dengo ckp laki tu buat ape,
 

mnzaim

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2010
Messages
2,850
Reaction score
20
Points
25
dunia2....bertuhankan nafsu semata-mata
 

kem5969

Active Member
Joined
May 13, 2007
Messages
1,012
Reaction score
3
Points
25
AYA gadis berusia 20-an dan menetap di sebuah desa di utara. Masalah saya mengenai harga diri yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Satu ketika dulu ketika menuntut di institut pengajian tinggi, saya berkenalan dengan seorang lelaki, malangnya saya dirogol ketika kami berjumpa.


Hal itu menyedihkan saya dan hidup bagai tidak bermakna lagi. Namun berbekalkan semangat ibu bapa, saya meneruskan pengajian tanpa memberitahu sesiapa mengenai peristiwa itu.

Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Sikap baik ditunjukkan lelaki itu membuatkan saya jatuh cinta padanya.


Kami bercinta hampir dua tahun, tapi tiada siapa tahu saya pernah terlanjur dengannya. Hubungan kami berakhir kerana saya ingin dia kembali bersama bekas kekasihnya.


Tidak lama selepas itu saya berkenalan pula dengan seorang remaja yang muda dari saya. Kami bercinta dan berkali-kali terlanjur melakukan hubungan terkutuk itu.

Hubungan kami berakhir kerana dia curang dan hal itu menyakitkan hati saya. Hati saya bagai dirobek dengan pisau kerana terlalu mudah jatuh cinta dan percaya terhadap lelaki. Disebabkan hal itu juga saya menjadi tawar hati untuk bercinta lagi.


Malangnya nafsu menjadi raja dalam hidup saya dan saya bertambah liar. Saya selalu bertukar kekasih tetapi mereka hanya digunakan untuk kepuasan nafsu.

Kehidupan saya semakin bebas, namun perkenalan dengan seorang bernama M di facebook bagai memberi kehidupan baru buat saya. M sangat garang, kuat cemburu dan mengongkong serta tidak suka ditipu.


Oleh kerana hubungan dengan M masih di peringkat awal, saya mengambil keputusan merahsiakan hal terbesar hidup saya kerana beranggapan belum tiba masa sesuai untuk menceritakan semua kisah hitam itu.


Saya takut ditinggalkan M jika dia tahu saya tidak punya harga diri. Namun, siapa sangka M semakin liar ‘menguji’ nafsu saya sehingga memaksa saya melayan ‘phone sex’ dengannya.


Satu hari M meminta saya jujur dengannya mengenai status diri saya kerana dia meragui mengapa saya ‘senang melayan’ dia di telefon. Akhirnya saya memberitahu perihal saya pernah dirogol saja, tidak mengenai keterlanjuran bersama kekasih.


M percaya dan dia menerima saya serta memaksa saya menunjukkan gambarnya kepada mak ayah saya kerana dia tidak mahu saya dimiliki orang lain memandangkan M terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk tempoh lama.


M juga menstatuskan saya sebagai ‘tunang’ dia dan berjanji menjadikan saya isterinya apabila tamat belajar. Namun sikap cemburu M semakin menjadi-jadi apabila dia menukar nombor telefon saya serta menutup semua akaun laman sosial saya selain selalu dimaki hamun jika membuat kesalahan.


M selalu berfikir saya ada lelaki lain di kampung dan lebih teruk lagi M tidak percayakan saya lagi. M juga mengharamkan saya keluar dengan mana-mana kawan lelaki kecuali terpaksa.


Saya sangat tertekan, namun kerana ingin berubah saya tekadkan hati untuk mengikut kata-kata M dan berjanji untuk setia kepadanya.


Namun siapa sangka, pertemuan pertama dengan M memusnahkan impian saya untuk menjadi isterinya. Kami bukan saja terlanjur, malah terjadi pergaduhan besar gara-gara dia curiga ‘keadaan badan’ saya.


M mengugut menyiasat sendiri mengenai diri saya jika saya tidak mahu berterus terang, malah enggan kembali pada saya jika saya menipu. Akibat ketakutan, saya memberitahu segala rahsia yang saya simpan. Ternyata M sangat marah dan dia menolak dengan kakinya selain menggelar saya ‘pelacur’.


Saya merayu supaya M tidak meninggalkan saya. Saya terasa sangat terhina dengan tindakan M, namun tidak lama selepas itu dia memujuk saya dan menjelaskan dia lakukan semua itu untuk menyedarkan kesalahan saya serta mahu saya bersikap lebih jujur dengannya.


Namun beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran saya, M meminta hubungan diputuskan. Itu adalah ‘hadiah’ hari jadi M buat saya.


Saya menghubungi M meminta penjelasan, namun M dengan selamba menjawab dia hanya sekadar lalu dalam hidup saya untuk menyedarkan kesilapan yang saya lakukan. Saya menjadi buntu kerana tidak faham sikap M yang mempermainkan saya.


Jika benar mahu menyedarkan saya, mengapa perlu M ‘meniduri’ saya serta berjanji memperisterikan saya? Mengapa M memberi saya harapan jika sekadar ingin lalu dalam hidup saya? Hati saya tambah terluka apabila M terus memanggil saya ‘pelacur’.


Sejak itu saya tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menerima hakikat ini, malah saya cuba dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon segala dosa saya diampunkan.


Saya betul-betul ingin berubah bukan kerana M tetapi ikhlas daripada hati, malangnya saya diuji oleh M yang tidak berhenti-henti memanggil saya ‘pelacur’.


Saya cuba pekakkan telinga supaya tidak lagi terjerumus melakukan dosa terkutuk itu kerana saya tidak lagi mahu digelar ‘pelacur’. Saya menganggap apa yang berlaku adalah balasan di dunia di atas segala dosa besar yang saya lakukan.


Bagi saya, sesakit apa pun bahasa yang M keluarkan terhadap saya, itu tidak sama dengan sakitnya hati saya yang terhina akibat perbuatan sendiri.


Bantu saya untuk kembali yakin dalam hidup ini kerana saya tidak lagi mempercayai sesiapa pun, termasuk ahli keluarga saya.


GADIS SENGSARA
Perak

Selepas membaca luahan saudari, rasanya Dang Setia dapat menyelami kemelut hitam dialami saudari akibat terlalu percayakan lelaki dan kegagalan mengawal nafsu.


Inilah masalah yang perlu diatasi segera supaya saudari dapat melupakan sejarah hitam dan membuka lembaran baru dalam hidup.


Saudari seorang yang berpelajaran, Dang Setia percaya saudari dapat mengatasi masalah itu dengan keazaman tinggi untuk mengubah diri menjadi insan lebih baik.


Ingatlah jasa ibu bapa. Mereka sanggup berkorban wang ringgit untuk melihat anak berjaya dalam pelajaran, sekali gus dalam hidup.


Berjaya dalam hidup tidak semestinya kaya raya dengan wang melimpah ruah, sebaliknya memiliki pakej seimbang termasuk keluarga bahagia.


Masalah saudari memang berat, tapi ia masih boleh diatasi dengan syarat saudari betul-betul ingin berubah. Bagaimana untuk berubah? Dang Setia percaya saudari boleh mengamalkan dua pendekatan iaitu agama dan psikologi.


Sebagai manusia yang dijadikan Tuhan, kita tidak boleh lari daripada memohon pertolongan-Nya apabila menghadapi kemelut besar dalam kehidupan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


Bertaubatlah dengan seikhlas hati kerana Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mungkin kesalahan silam itu berlaku kerana saudari lalai dalam kehidupan hingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.


Ingatlah, solat itu tiang agama. Kalau saudari tidak menunaikan solat, ia ibarat membina rumah yang tidak kukuh dan runtuh bila-bila masa.


Begitu juga dalam kehidupan kita seharian. Kalau tiang hidup kita kukuh, insya-Allah kita boleh menjauhi perkara dilaknat Tuhan biarpun sebagai manusia cabaran dan godaan itu akan sentiasa ada.


Teruskan beribadat kepada-Nya jika saudari masih dibelenggu dosa silam. Selain solat wajib dan berdoa, perbanyakkan solat sunat seperti taubat, hajat dan dhuha.


Bagi Dang Setia, agama tetap pendekatan utama apabila kita berdepan masalah manakala cara lain seperti psikologi sebagai penyelesaian sampingan.


Daripada sudut psikologi, saudari perlu mempunyai motivasi diri yang kuat untuk mengatasi masalah itu. Apa itu motivasi? Motivasi adalah daya pendorong daripada keinginan kita untuk berubah atau berjaya. Motivasi adalah energi pendorong yang berasal daripada dalam kita sendiri supaya apapun yang kita inginkan dapat diwujudkan.


Motivasi erat sekali hubungannya dengan keinginan dan cita-cita, bila satu tidak ada, motivasi tidak timbul.


Kebanyakan kita ada keinginan dan impian besar, tapi kurang inisiatif dan kemahuan untuk mengambil langkah bagi mencapainya. Ini menunjukkan kurangnya energi pendorong daripada dalam diri kita atau kurang motivasi.


Ini bermakna, penyelesaian terhadap masalah saudari sebenarnya berada dalam diri saudari. Orang lain hanya mampu memberi nasihat, tapi hanya saudari mampu mengatasinya dengan keinginan kuat untuk berubah.


Namun untuk berubah, kita tidak semestinya lari daripada cabaran. Dang Setia percaya cabaran utama saudari adalah mempercayai lelaki selepas diperdaya dan dinodai.


Jangan tutup ruang kepada lelaki untuk mendekati saudari kerana ia membabitkan masa depan saudari, terutama impian membina keluarga bahagia.


Cuma saudari perlu bijak mengawal situasi, bukan biarkan situasi mengawal diri. Apabila situasi mengawal diri, berlakulah perkara mungkar selepas nafsu kian membara.


Ingat, masih banyak lelaki baik di dunia ini. Nasihat Dang Setia, jagalah mahkota diri biarpun sudah dinodai kerana ia lambang kesucian seorang wanita.

wow . ini lah nama nya peluang dicari wow again
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
sian die ..tp ak pun tak tau nak kesian camne ...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register