Covid-19 Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,920
Reaction score
221
Points
33
947343.jpg


SEPANG - Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

"Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.

"Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit Covid-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut, tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.

Setakat Khamis, video itu telah mendapat perkongsian hampir 1,000 selain lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook.


== sinar harian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,920
Reaction score
221
Points
33

Dakwaan Aktiviti Judi Di PKRC Maeps Disiasat
 

ross88

Active Member
Joined
Jan 10, 2008
Messages
1,712
Reaction score
29
Points
30
Kalau betul ... mmg kaki judi habis
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,010
Reaction score
742
Points
121
tapi siyes mmg bosan doh kena kuarantin tempat mcm tu hahahaha..

silap2 kalo ko bawa buku novel 400 pages, 2 hari dah siap baca hahaha.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,300
Reaction score
21,165
Points
1,671
bosan sgt ni. luar negara tgk mesti geleng kepala org covid sini bole main race lagi. kt sana yg kena covid nyawa tinggal hujung je
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,493
Reaction score
2,008
Points
201
Kene pasang radio bacaan quran mcm di kelantan..baru la tak bosan
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,458
Reaction score
2,535
Points
201
Tolak tepi yg berjudi ni sebab bukan Islam.....tapi seeloknya biarkan sentiasa ada majlis mengingati Allah swt....majlis istighfar.....bosan tu subjentif....kalau hidup sentiasa hu ha..hu ha..enjoy...kaki tgk tv...movie.....lepak hura hara...pasti akan bosan...kalau hidup ada tertib....tau hala tuju....boleh susun aktiviti diri sendiri...sakit tu ujian dari Allah swt....dan wktu sakitlah kita lagi kena ingatkan Allah swt...
 

lau_kau

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,776
Reaction score
1,202
Points
151
Judi atas talian smp bila nk settle, Judi mcm nie cepat......napa sebab dragon pegang ka xleh settle tu hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register