berjimat cermat....

CG Sponsors




kill_V

Junior Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
73
Reaction score
0
Points
6
Senjata haram jadi bahan binaan Sukan Olimpik

LONDON: Pisau dan pistol yang dirampas daripada samseng London dikitar semula menjadi bahan binaan bangunan Sukan Olimpik 2012.

Polis London menyatakan, hingga kini, lebih 52 tan besi daripada senjata api, pisau dan kunci lama terkumpul sepanjang tahun lalu.

Bahan yang diperoleh, termasuk keluli, besi dan juga bahan berharga lain dilebur semula dan diguna untuk pembinaan bangunan, termasuk lapangan Olimpik di Stratford, timur London.

"Kami sentiasa mencari cara baru mengitar semula dan pasaran baru untuk bahan kitar semula bagi mengurangkan penggunaan sumber dan menjimatkan wang dan tenaga," kata jurucakap polis, Sarah Foster.

Laporan alam sekitar Met menyatakan, polis mengitar semula 3,182 tan bahan lusuh pada 2008 dan tahun lalu, termasuk pakaian seragam, peluru lapang sasar dan tahi kuda. - AFP
:D:D:D:D
 
Top
Log in Register