Berjaya selamatkan diri daripada cubaan samun

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


MELAKA RAYA - Seorang penghantar surat khabar sempat memecut laju motosikal yang ditunggang selepas cuba dibelasah dua lelaki dipercayai mahu menyamunnya berhampiran Taman Bukit Piatu Mutiara, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berusia lewat 40-an itu diserang dua lelaki bermotosikal ketika dia menunggang sendirian untuk menghantar surat khabar di sekitar Bukit Katil kira-kira jam 6.10 pagi.

Penasihat Persatuan Penghantar Surat Khabar negeri, Yong Ying Hua berkata, bapa beranak dua itu adalah mangsa selepas perkara sama berlaku pada rakan mereka yang sehari sebelum kejadian.

“Mangsa mendakwa dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang menjerit supaya berhenti setelah tiba di tempat kejadian.

“Mangsa yang curiga kemudian mengeluarkan besi cota yang dibawa bersama bagi mempertahankan diri daripada diapa-apakan dua lelaki lingkungan 20-an berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki yang seolah-olah tidak gerun dengan mangsa kemudian bertindak berhenti di tepi jalan sebelum menghampiri mangsa untuk membelasahnya.

“Mangsa yang bimbang keselamatan dirinya kemudian memecut laju motosikal ditunggangi menuju kawasan lebih selamat.

“Syukur mangsa tidak sempat diapa-apakan namun dia yang bimbang keselamatan dirinya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi persatuan berkenaan, Khoo Teck Hoe ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan melahirkan rasa kebimbangan dan nyawa terancam berikutan pengedar surat khabar atau vendor keluar bekerja seawal jam 3 pagi.

“Saya berharap perkara seumpama ini dipantau di Melaka Tengah bagi mengelak golongan seperti kami tidak terus menjadi sasaran penjenayah,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/berjaya-selamatkan-diri-daripada-cubaan-samun-1.148121
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Org hantar surat khabar pun mau rompak gak ke??
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
macam2 hal lar ..

tp .. sorang jual sokabar nie .. memang banyak cash kek tangan dia woo ..


harap2 .. lepas nie .. persiapkan lar ngan cota 16 kek dalam motor hang tuh .. kalu depa mai lagik .. kasik pelangkung sedas kek depa ..


bru ada akai ..


:)):)):))​
 

eizjoe

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,196
Reaction score
41
Points
70
mungkin dia sesat jalan tu kot
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,690
Reaction score
21,085
Points
1,671
xselamat pagi2 keluar..masih gelap lg..mmg ada can kena attack

klo kt jb berapa ramai org kerja singpore kena samun kelua rumah 4-5pagi
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
penyamun sekarang pun dah banyak plan
seiring dengan kadar peningkatan ekonomi
 

budak_design

Active Member
Joined
Jun 27, 2010
Messages
1,815
Reaction score
2
Points
25
dh polis buat ape...dh ade org repot tu esok gi la perangkap malaun tu..(mcm dalam cite gerak khas tu la)....pahtu esok org len plk repot..luse org len plk repot...lepas tu cakap org ramai di minta lebih berhati hati...kalau gerak khas sorg je repot..terus buat mesyuarat....:))
 

khairuls

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2010
Messages
9,212
Reaction score
10
Points
65
dh polis buat ape...dh ade org repot tu esok gi la perangkap malaun tu..(mcm dalam cite gerak khas tu la)....pahtu esok org len plk repot..luse org len plk repot...lepas tu cakap org ramai di minta lebih berhati hati...kalau gerak khas sorg je repot..terus buat mesyuarat....:))
itu la beza CERITA dgn realiti... :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register