Berita TV1 pukul 9 malam terus dikritik

CG Sponsors




amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,842
Reaction score
10
Points
25
tuan mod, kalau dah ada benda ni, pohon delete je. tqvm


just to share benda ni. sesiapa yang tengok berita pasti akan dapat lihat perbezaan berita skang. sejak penjenamaan semula RTM pada awal tahun ini, berita RTM telah ditukar kepada TV1 dan ia dah ditukar waktu siarannya. bukan lagi jam 8 tapi dah jam 9. pada pendapat aku, adalah amat merugikan buat macam ini sebab dah begitu lama berita utama diletakkan dalam jam 8. jam 8 je orang dah stand by depan TV nak tgk berita. tak kira la berapa kerat je yang tgk berita RTM.

orang ramai pun dah set mind set yang berita jam 8, apa ke halnyer lak si RTM ni ubah masa siaran berita perdana mereka ni.
apa kata anda?

ini yang aku petik dari www.utusan.com.my ruangan forum:

Berita TV1 pukul 9 malam terus dikritik

SEBAGAI sebuah institusi komunikasi yang tertua di negara ini dan mempunyai sejarah kredibiliti yang tinggi, RTM tidak seharusnya memberikan jawapan yang tidak bersifat profesional untuk sekadar meyakinkan diri sendiri terhadap teguran awam mengenai penjenamaan semula RTM, terutama sekali perubahan Berita Perdana TV1 dari pukul 8 ke 9 malam.

Membuat dakwaan seorang dua menyokong perubahan itu merupakan kenyataan yang hambar dan tidak berasaskan kepada fakta dan sumber yang kukuh.

Kementerian Penerangan tidak boleh memberikan jawapan dengan mengetepikan pegangan utama atau doktrinnya sendiri iaitu setiap maklumat mesti disahkan benar dan bukannya hearsay mengikut emosi atau rekaan sendiri.

Ini dapat kita rasakan dan lihat dalam membaca jawapan yang telah diberikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan dan kenyataan terbaru tanpa nama oleh RTM.

Jawapan RTM secara rambang bersifat sendiri dan tidak profesional menampakkan RTM sudah berada pada peringkat kecewa dalam hambatan dan persaingan dengan stesen TV lain terutama di bidang menyampaikan maklumat. Ini adalah amat membimbangkan.

Secara mudah sahaja orang ramai dapat menolak dakwaan RTM kononnya perubahan Berita Perdana ke pukul 9 malam menyebabkan lebih ramai orang akan menontonnya.

Sebenarnya pada masa itu lebih ramai orang yang memilih TV3 dan lain-lain stesen yang memberikan rancangan hiburan kerana persepsi orang ramai terhadap kegagalan RTM selama ini untuk melaksanakan janji memberikan berita cepat sekali dua tetapi tidak konsisten dalam hal ini tidak mungkin meyakinkan ramai orang terhadap kelemahan Berita Perdana RTM.

Berita Perdana RTM pada pukul 8 malam walaupun rendah ratingnya masih berdaya menarik penonton oleh kerana penonton tidak ada pilihan lain lagi sama ada menonton Berita Terkini TV3 atau RTM1.

Kebanyakan penonton mempunyai kegemaran menukar-tukar saluran untuk mencari berita yang lebih baik atau yang lebih cepat yang mereka ingin tahu. Apa pun dikatakan orang, tetapi berita RTM pukul 8 malam dalam bahasa Malaysia tetap ditontoni sekalipun sekejap.

Bagaimanapun sekarang penonton tidak ada pilihan kecuali menonton berita TV3 dan difahamkan Buletin Utama TV3 (pukul 8 malam) telah meningkat ratingnya berganda-ganda dan siaran berita [email protected] (pukul 9 malam) tidak ada penonton.

Tidak dapat dinafikan persepsi umum dan sudah menjadi tradisi negara ini pukul 8 malam adalah waktu berita nasional.

Silalah pegawai-pegawai Kementerian Penerangan membuat tinjauan ke rumah-rumah, ke kedai kopi atau ke kedai mamak dan juga di tempat awam yang ada TV untuk mengetahui berapa kerat yang menonton berita [email protected]?

RTM mesti jujur dalam membuat siasatan ini dan bukannya hanya untuk menyakinkan menteri atau untuk menutup kesilapan amat besar yang telah dilakukan.

Sesungguhnya apa yang wajib disedari oleh Kementerian Penerangan bahawa penjenamaan semula RTM telah mendatangkan akibat yang sangat buruk dari segi mengekalkan penonton tradisi dan juga untuk mendapat penonton baru.

Strategi yang digunakan tidak berasaskan kepada kajian yang menyeluruh dan tidak mengambil kira pandangan pegawai-pegawai berpengalaman dalam RTM atau pandangan kalangan profesional dari luar.

Ia dilakukan dengan tergesa-gesa dan mempunyai sebab tertentu yang lebih diketahui oleh KSU Penerangan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak tidak boleh menganggap perkara ini sebagai kecil malah ini lebih besar daripada isu penswastaan IJN kerana perubahan RTM adalah melibatkan maruah bangsa dan negara.

Alasan bahawa ramai orang yang belum pulang dari kerja dan juga masih ada di surau pada pukul 8 malam, adalah alasan yang sangat tipis. Sekiranya benar alasan pukul 8 malam tidak sesuai untuk Berita Perdana kerana orang belum pulang ke rumah dan masih berada di surau, kenapa TV3 boleh mendapatkan tiga juta penonton pada masa itu?

Sekurang-kurangnya pada masa lalu, Berita Perdana dapat berkongsi jumlah penonton berita yang besar itu.

Pada umumnya orang Melayu menganggap perubahan berita RTM dari pukul 8 malam ke pukul 9 dan memberikan tempat kepada berita Mandarin pukul 8 malam adalah menjatuhkan martabat dan kedudukan bahasa Kebangsaan dan juga maruah nasional.

Mengharapkan orang Cina untuk melihat berita Mandarin pukul 8 malam adalah suatu perhitungan yang silap kerana ada stesen lain yang mendahului berita Mandarin dari RTM dengan cara persembahan yang sukar untuk disaingi oleh RTM.

Datuk Seri Najib mesti memandang serius perkara ini. Ini bukanlah cara terbaik yang berkesan untuk memulihkan imej dan pengaruh BN menjelang pilihan raya 2013.

CUCU CICIT TOK MAT

Damansara, Kuala Lumpur
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tak tengok berita RTM...tak leh caya...semua auta saja...siap jam 12 malam pun ok gak...semua dah lena...
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
auta lebih.angin gua..
 

suweb84

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
3,214
Reaction score
10
Points
25
Tak tengok berita RTM...tak leh caya...semua auta saja...siap jam 12 malam pun ok gak...semua dah lena...
:)):))
kul 2,3 pagi pon ok... wat bite tuk org blik dr kelab malam :p:p
 

bong

Active Member
Joined
Jan 5, 2009
Messages
1,453
Reaction score
23
Points
25
kalau musim pilihanraya, berita tempatan dah jadi macam 'bilik gerakan BN' :D
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
aku x penah tgk berita kat RTM ...sebb dah lah pengacaranye x menarik , suasana lak suram , berita lak disunting mcm hampeh sekali..

belajar lah sikit dpd TV3 - walaupun asyik nak kutuk pembangkang , berita nye lebih segar dpd RTM ..
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
:)):))
kul 2,3 pagi pon ok... wat bite tuk org blik dr kelab malam :p:p
aku setuju letak kul 2 -3 pagi...



aku lagi setuju kalau RTM takde siaran berita...:eek::eek:

dah tau dah berita dia... lebiih k urang papan tanda "1 lagi projek berprestij dari kerajaan....."... berita byk camtu le...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
aku x penah tgk berita kat RTM ...sebb dah lah pengacaranye x menarik , suasana lak suram , berita lak disunting mcm hampeh sekali..

belajar lah sikit dpd TV3 - walaupun asyik nak kutuk pembangkang , berita nye lebih segar dpd RTM ..
Tunggu saja berita dari aku jam 4 pagi...siap ada ulasan selari lagi...:)):)):)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register