Berita Palsu Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
#KualaLumpur Jenazah selesai dikebumikan pada 11 pagi selepas selesai dimandi dan disolatkan di Masjid As-Sobirin Au4, Lembah Keramat. https://www.hmetro.com.my/…/tuan-guru-ismail-kamus-selamat-…


Tuan Guru Ismail Kamus selamat dikebumikan


VAN yang membawa jenazah pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus tiba untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Lembah Keramat.

VAN yang membawa jenazah pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus tiba untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Lembah Keramat.



CUACA mendung dan suasana sayu mengiringi majlis pengebumian pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus di Tanah Perkuburan As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

Jenazah selesai dikebumikan pada 11 pagi selepas selesai dimandikan dan disolatkan di Masjid As-Sobirin Au4, Lembah Keramat.

Turut kelihatan kenalan, tokoh agama dan ahli keluarga hadir bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid bagi menguruskan jenazah.

Keadaan di kawasan masjid dan tanah perkuburan dikawal Jabatan Amal Malaysia bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

Terdahulu, pendakwah terkenal itu disahkan meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor, jam 12.29 tengah malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma'ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.

Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.

Berita berkaitan:


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 11:32 AM


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Semasa saya di sekolah menengah lagi, suara beliau yang selalu berkumandang dalam kaset kaset ceramah. Gurau senda beliau menjadi ajukan ramai. Beliau mendidik orangramai dalam gurauan dan sindiran mesra.

Saya tidak mengenali beliau secara rapat. Namun, saya pernah mendapat jemputan makan oleh beliau 7 tahun lalu. Saya bukan hadir hendak makan tapi hadir menghormati ketokohan dan sumbangan beliau. Antara yang saya ingat dan menarik hati saya ialah walaupun beliau kurang sihat ketika itu, beliau tetap bersembang tentang poligami dan bagaimana beliau mengamalkannya. Di situ nampak kemampuan beliau mengendalikan para isteri. Ia menjadikan kami yang lebih muda ketika itu tersenyum dan terhibur. Setiap perkataan beliau menjadikan saya tersenyum dan rasa sayang padanya.

Al-Fadhil Dato Ismail Kamus rahimahulLah merupakan tokoh penting pada zamannya. Sumbangan beliau mempunyai kesan yang tersendiri dalam perkembangan dakwah masyarakat kita. Kita yang ada mewarisi sumbangan tokoh seperti beliau. Kita menghargai mereka, dalam masa yang sama mengakui bahawa masih ada ruang yang perlu dipenuhi dan diisi. Bahkan juga, mungkin dikemaskini.

Pemergian beliau merupakan rukun kehidupan iaitu setiap yang hidup mesti mati. Kita yang masih hidup ini mendoakan kebaikan atas sumbangan dan jasa. Kita juga mendoakan keampunan untuk beliau, itulah yang dituntut untuk kita lakukan. Kita menyayangi orang-orang yang berjasa dalam mengajak kita ke jalan ALLAH. Mudah-mudahan dengan doa dan sayang kita kepada mereka ALLAH berikan kebaikan untuk kita.

1588909610823.png


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,333
Reaction score
20,969
Points
1,671
Najib Razak
38 mins ·

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus atas pemergian arwah ke rahmatullah.

Satu kehilangan yang besar dirasakan.

Arwah seorang ulama dan guru yang banyak menyumbang dalam urusan berdakwah kepada kita semua.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,169
Reaction score
870
Points
171
tajuk leh betulkan balik ke.. kasi update la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register