BERITA KELUARGA MAHARAJA JPN| Berdiri teguh bersama rakyat: Maharaja Naruhito

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,604
Reaction score
2,825
Points
201
Puteri Mako bakal berkahwin



TOKYO: Puteri Mako, cucu sulong Maharaja Akihito dilaporkan akan mengahwini rakan sekolejnya, menurut media Jepun. Perkahwinan itu menimbulkan kembali perdebatan mengenai jumlah keluarga diraja yang semakin 'mengecil' kerana selepas berkahwin, Puteri Mako akan menjalani kehidupan harian sebagai rakyat biasa. Kabinet Jepun dijangka meluluskan rang undang-undang pada Jumaat ini, bagi membolehkan Maharaja Akihito, 83, turun takhta, iaitu yang pertama oleh maharaja negara itu dalam tempoh hampir dua abad.

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito dilaporkan menyuarakan hasrat itu kerana bimbang faktor usianya akan menyukarkan baginda memenuhi kewajipan sebagai maharaja. Bagaimanapun, setakat ini tiada pindaan dibuat terhadap undang-undang yang hanya membenarkan kaum lelaki mewarisi takhta atau membenarkan wanita untuk kekal dalam keluarga diraja selepas berkahwin.

Pindaan itu dianggap golongan konservatif sebagai langkah pertama untuk membenarkan kaum wanita mewarisi takhta diraja. Mengulas mengenai masalah kekurangan anggota diraja, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media, hari ini, berkata: "Pandangan kami tidak berubah mengenai langkah yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan kestabilan sistem penggantian takhta". Sementara itu, kelibat Kei Komuro, 25, iaitu tunang Puteri Mako berjaya dirakamkan media, hari ini, di luar sebuah pejabat guaman di sini, sehari selepas berita pertunangan mereka tersebar. Namun, Agensi Pengurusan Istana Diraja enggan mengulas lanjut mengenai berita berkenaan.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya membuat sebarang kenyataan, tetapi saya akan bercakap pada waktu yang sesuai," kata Komuro kepada wartawan. Bagaimanapun, media melaporkan Komuro yang sebelum ini pernah mempromosikan sektor pelancongan di sebuah kawasan berhampiran Tokyo, mengakui ada berbual dengan Puteri Mako menerusi telefon, semalam. Ketika ini, hanya ada empat waris yang layak mewarisi takhta diraja Jepun, iaitu dua anak lelaki Maharaja Akihito, abang maharaja, dan Putera Hisahito, 10, iaitu anak lelaki putera kedua maharaja.

Maharaja Akihito hanya mempunyai empat cucu, iaitu tiga daripada perempuan, termasuk Puteri Mako, anak sulong putera keduanya. Ini menimbulkan kebimbangan masyarakat Jepun, bahawa Putera Hisahito mungkin menjadi waris terakhir takhta. Dalam pada itu, Puteri Mako dan bakal suaminya, Komuro adalah lulusan Universiti Antarabangsa Christian. Puteri Mako yang memiliki ijazah sarjana dari Universiti Leicester kini bertugas sebagai penyelidik di sebuah muzium. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283535


Puteri Jepun Gadai Status Diraja Demi Kekasih



TOKYO: Seorang puteri Jepun sanggup menggadaikan status diraja semata-mata mahu menzahirkan rasa cintanya terhadap seorang pekerja industri pelancongan pantai.

Puteri Mako, cucu perempuan Maharaja Jepun, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Kei Komura yang mempunyai bakat meluncur air, bermain violin dan memasak.


Lelaki bertuah itu yang memenangi hati Mako, merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokas pengajian sama yang dihadiri oleh puteri berusia 25 tahun itu.

Sebaik sahaja Mako menjawab 'saya sudi' pada hari perkahwinannya pada Rabu, beliau akan hilang status sebagai Puteri Jepun walaupun merupakan cucu Maharaja Akihito, sekali gus menjadi rakyat biasa.

Menurut portal Mail Online, pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo kira-kira lima tahun lalu pada sebuah parti untuk berbincang tentang menyambung pengajian di luar negara.

Sejak itu, mereka berdua sering dilihat bersama, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang dilamun cinta.

Komuro bekerja sebagai 'Putera Laut' untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.

Difahamkan, hubungan mereka berdua direstui oleh ibu bapa Mako memandangkan perkahwinan tersebut tidak menjejaskan pemerintahan kerabat diraja kerana wanita tidak boleh menaiki takhta.

Berbanding dengan kerabat raja di Britain dan negara Eropah yang lain, keluarga diraja sering mengelak daripada menjadi perhatian umum walaupun ketika mengembara di luar negara atau muncul pada majlis keramaian.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/17/cinta-puteri-mako/#xZC2oitVflxemSiC.99

Perkahwinan Mako cetuskan perdebatan


BAHAN PERDEBATAN: Gambar fail 28 Februari lalu menunjukkan Mako (dua kiri) menyertai adiknya Kako, bapanya Akishino dan ibunya Kiko menyaksikan perlepasan Akihito dan Michiko di lapangan terbang Haneda di Tokyo. — Gambar Reuters

TOKYO: Puteri Mako di Jepun, cucunda sulung Maharaja Akihito, akan berkahwin dengan seorang bekas rakan sekelas di kolej, media Jepun melaporkan, yang menghangatkan perdebatan mengenai kerabat diraja yang semakin kecil kerana beliau mesti menjadi orang biasa selepas berkahwin nanti.

Kabinet Jepun dijangka meluluskan rang undang-undang Jumaat ini untuk membolehkan Akihito, 83, turun takhta, tindakan pertama seumpamanya oleh seorang maharaja Jepun dalam tempoh hampir dua dekad, selepas baginda berkata pada Ogos lalu bahawa baginda bimbang usia akan menyukarkan usaha untuk menunaikan kewajipan.

Namun rang undang-undang itu tidak akan merujuk kepada topik kontroversi mengenai sama ada untuk meminda undang-undang pengganti lelaki sahaja atau membenarkan wanita kekal dalam kerabat maharaja selepas perkahwinan, satu langkah yang golongan konservatif bimbang akan menjadi langkah pertama untuk membenarkan wanita mewarisi takhta.

Ditanya mengenai masalah kekurangan berkenaan dalam kerabat diraja, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu satu sidang akhbar semalam: “Tiada perubahan dalam pandangan kami untuk meneruskan pertimbangan dalam langkah untuk memastikan penggantian maharaja yang stabil.”

Tunang tidak rasmi Mako yang berusia 25 tahun, Kei Komuro, muncul di hadapan kamera media semalam di luar pejabat undang-undang di Tokyo di mana beliau bekerja, sehari selepas berita tentang pertunangan mereka dilaporkan.

Agensi Kerabat Diraja enggan mengulas.

Sekarang bukan masa bagi saya untuk membuat kenyataan, tetapi saya mahu bercakap pada waktu sesuai,” kata Komuro, 25, berkali-kali kepada pemberita.

Komuro, yang menurut media pernah menjadi ‘Putera Laut’ untuk mempromosikan pelancongan di sebuah daerah berhampiran Tokyo, memberitahu beliau berbual singkat di telefon dengan Mako kelmarin.

Hanya empat pewaris takhta iaitu dua putera Akihito yang berusia separuh baya iaitu Putera Mahkota Naruhito dan Putera Akishino, manakala isteri masing-masing berusia awal 50-an, adinda Akihito, 80-an, dan Putera Hisahito, 10, anakanda Akishino.

Akihito mempunyai empat cucu, tiga daripadanya perempuan, iaitu Mako, adindanya Kako, dan puteri Naruhito, Aiko.

Populasi diraja yang mengecil mencerminkan trend lebih umum dalam masyarakat Jepun, menimbulkan kebimbangan bahawa putera paling muda itu mungkin juga yang terakhir.

Di bawah sistem sekarang, terdapat risiko Hisahito akan menjadi satu-satunya pewaris dalam kerabat diraja,” Profesor Universiti Keio Hidehiko Kasahara dipetik media memberitahu panel pakar yang mengkaji isu penurunan dari takhta.

Mako, yang mana seperti bakal suaminya lulusan Universiti Kristian Antarabangsa, mempunyai ijazah Universiti Leicester dan bekerja sebagai penyelidik di sebuah muzium. — Reuters

http://www.utusanborneo.com.my/2017/05/18/perkahwinan-mako-cetuskan-perdebatan
 
Last edited:
Sponsored Post

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,198
Reaction score
465
Points
41
ok la tu. boleh bebas p mana2. tak terikat dgn protokol diraja
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di?
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
semak samun juga ka apa ni?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,455
Reaction score
8,592
Points
1,746
kerana cinta..
semoga bahagia hingga ke akhir hayat
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,201
Reaction score
1,537
Points
596
semoga bahagia na

satu geng Jepun ngan Maria Ozawa
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,751
Reaction score
995
Points
161
x cun.... ike ike..ike kembung .. ike singge..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,248
Reaction score
1,673
Points
206
cinta pertama la ni.

memang susah nak move on puteri ni nanti kalau diorang berpisah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register