InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,802
- Reaction score
- 4,383
- Points
- 601
Polis Perancis buru suspek bom Lyon
Imej suspek serangan bom di Lyon yang dimuat naik Polis Kebangsaan Perancis menerusi Twitter. Foto EPA

Imej suspek serangan bom di Lyon yang dimuat naik Polis Kebangsaan Perancis menerusi Twitter. Foto EPA
LYON: Polis Perancis sedang memburu seorang lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, iaitu suspek serangan bom di laluan pejalan kaki di sini, semalam.
Kejadian itu mengakibatkan 13 mangsa cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Ia berlaku menjelang berlangsungnya pilihan raya Parlimen Eropah di negara itu.
Presiden Emmanuel Macron menyifatkan insiden itu, yang berpunca daripada bungkusan berisi serpihan bom yang diletakkan di laluan pejalan kaki berkenaan, sebagai satu serangan.
Berikutan itu, katanya, beliau sudah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner ke Lyon.
Pada masa sama, pihak polis turut meminta bantuan saksi kejadian menerusi Twitter, untuk mengesan suspek dipercayai menaiki basikal bukit.
Imej suspek itu berjaya dirakamkan kamera keselamatan di kawasan terbabit sebelum letupan berlaku.
Pihak polis turut memuat naik imej seorang lelaki yang memakai seluar pendek berwarna cerah dan baju lengan panjang warna gelap menerusi Twitter.
Polis turut disifatkan lelaki sebagai membahayakan.
Dalam pada itu, Menteri Kehakiman Perancis, Nicole Belloubet ketika memberitahu stesen televisyen BFM, berkata masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa serangan itu adalah angkara pengganas. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/05/567761/polis-perancis-buru-suspek-bom-lyon