Berita Keganasan Di Perancis TERKINI :80 masjid dikaitkan dengan keganasan diperiksa

CG Sponsors




fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,631
Reaction score
358
Points
141
apa motif ISIS serang Perancis..
nampak sgt nak wujudkan perasaan kebencian di Perancis sbb ramai org Islam kat sana..
apakata buat serangan kat US atau Israel..ni baru dikatakan hebat..
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Perancis mahu periksa hampir 80 masjid dikaitkan dengan keganasan

PARIS: Kerajaan Perancis melancarkan gerakan besar-besaran yang belum pernah dilakukan sebelum ini bagi membanteras keganasan dikaitkan dengan agama.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, berkata antara tindakan itu termasuk pemeriksaan terhadap 76 masjid di serata negara itu.

Tambah beliau dalam ciapan di Twitter, ada antara masjid berkenaan mungkin ditutup jika terdapat bukti terbabit dengan keganasan.

Arahan terbaru itu adalah tindakan susulan kerajaan pimpinan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, selepas beberapa siri serangan pengganas Islam radikal sejak kebelakangan ini.

Beliau memberi jaminan akan menghapuskan rangkaian pengganas di negara itu, yang disifatkannya sebagai musuh dalam selimut.

Siri serangan di Perancis meningkat selepas penyiaran semula karikatur Nabi Muhammad SAW ketika perbicaraan kes serangan di pejabat akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo, bermula September lalu.

Seorang lelaki menyerang orang awam di luar bekas pejabat Charlie Hebdo, yang sebelum ini menerbitkan karikatur itu buat pertama kali pada 2015, mengakibatkan serangan di mana 12 mangsa terkorban.

Pada 14 Julai 2016, 86 orang terbunuh selepas seorang pemandu trak merempuh orang ramai ketika hari kebangsaan Perancis pada 14 Julai 2016.

November lalu, tiga orang dibunuh oleh penyerang yang didakwa radikal Islam, bersenjatakan pisau di bandar Mediterranean, Nice.

Serangan di Nice berlaku selepas seorang guru sekolah, Samuel Paty, dipenggal oleh seorang pelarian, Chechen, 18, selepas guru itu menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW semasa pelajaran mengenai kebebasan bersuara. - AGENSI
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,387
Reaction score
1,876
Points
201
Ada pengganas bertopeng kan agamawan
Guna nama tuhan utk mempengaruhi pengikut2 utk berjihad
Pastu ketua mereka yg dpt kuasa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register