BTC USD 56,408.2 Gold USD 1,762.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berita Keganasan di Afghanistan | Mullah Mohammad Hassan Dipilih Ketua Kerajaan

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,553
Points
721

AS, Taliban 'bertemu' di Qatar​


WASHINGTON: Delegasi Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Taliban akan mengadakan rundingan secara bersemuka di Doha, Qatar hari ini dan esok.

Jurucakap Jabatan Negara AS berkata, delegasi AS akan mengadakan pertemuan dengan wakil kanan pemerintah Taliban buat pertama kali selepas pengunduran tentera AS bulan lalu.

"Kami akan menggesa Taliban supaya menghormati semua hak warga Afghanistan termasuk wanita dan anak gadis serta membentuk pemerintahan yang inklusif dengan sokongan luar.

"Afghanistan akan menghadapi penguncupan ekonomi yang teruk dan kemungkinan krisis kemanusiaan.

"Kami juga akan menuntut Taliban membenarkan agensi kemanusiaan bebas memasuki ke kawasan yang memerlukan bantuan," kata jurucakap itu semalam.

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak menyatakan siapa yang akan mewakili kedua-dua belah pihak dalam rundingan bersemuka itu.

Ogos lalu, pegawai kanan AS termasuk Ketua Turus Tentera AS, Jeneral Frank McKenzie bertemu dengan pemimpin Taliban di Kabul ketika tentera AS mengambil alih lapangan terbang untuk mengaturkan penerbangan pulang warganya.

Jabatan Negara bagaimanapun menegaskan pertemuan di Qatar bukan tanda AS mengiktiraf pemerintahan Taliban di Afghanistan.

"Ia tertakluk kepada undang-undang daripada pihak Taliban," kata jurucakap itu lagi.

Delegasi AS juga akan membangkitkan keutamaan Presiden Joe Biden untuk memastikan warga dan sekutunya di Afghanistan dibenarkan meninggalkan negara itu.

Menurut pegawai rasmi AS, Taliban memberi kerjasama baik untuk membenarkan warga AS meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun terdapat kira-kira 100 lagi warga AS belum dapat meninggalkan Afghanistan ketika ini. - AFP
 

boca120879

Active+ Member
Messages
3,258
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,258
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh to Muslim
& Good day to Other

 

boca120879

Active+ Member
Messages
3,258
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,258
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh to Muslim
& Good day to Other

Since 9/11,

U.S. Military Suicides

Are 4 Times Higher

Than Deaths In War Operations


Source
 

boca120879

Active+ Member
Messages
3,258
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,258
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh to Muslim
& Good day to Other

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
KRISIS AFGHANISTAN | Taliban, Amerika Syarikat Adakan Pertemuan Di Doha

Pemimpin Kanan Taliban dan wakil Amerika Syarikat dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses pindah keluar warga asing dan warga tempatan dari Afghanistan.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register