BTC USD 61,683.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berita Keganasan di Afghanistan | Mullah Mohammad Hassan Dipilih Ketua Kerajaan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
pia_1632704594.jpg

Pakistan International Airlines (PIA) adalah syarikat penerbangan pertama menyambung semula penerbangan ke Kabul. - Foto AFP

Kabul buka semula penerbangan antarabangsa​


KABUL: Taliban menggesa syarikat penerbangan antarabangsa menyambung semula operasi penerbangan ke Kabul berikutan semua masalah teknikal di lapangan terbang utama negara itu sudah diselesaikan.

Sebelum ini, kemudahan di lapangan terbang Kabul rosak teruk ketika perpindahan lebih 120,000 orang pada 30 Ogos lalu susulan penarikan pasukan Amerika Syarikat (AS) yang terakhir.

Sejak itu, hanya penerbangan disewa beroperasi, walaupun Pakistan International Airlines (PIA), Iran Mahan Air dan Kam Air Afghanistan melakukan sejumlah penerbangan khas.

Komuniti antarabangsa mahu Taliban berpegang kepada janji bahawa mereka akan membenarkan sesiapa saja meninggalkan negara itu selepas penerbangan komersial disambung semula.

Ketika ini, syarikat penerbangan seperti PIA dan Kam Air mengenakan bayaran lebih AS$1,200 (RM 5,026) untuk penerbangan sehala, 40 minit dari Kabul ke Islamabad.

Menurut syarikat penerbangan, walaupun tiket dijual pada harga berkenaan, penerbangan tidak tetap itu sentiasa terlebih langganan oleh penumpang.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri yang baru dilantik, Abdul Qahar Balkhi, menyatakan Taliban berharap perkhidmatan komersial dengan jadual yang tepat akan disambung semula tidak lama lagi.

"Ramai warga Afghanistan tersekat di luar dan tidak dapat kembali ke tanah air.

"Lebih-lebih lagi, ramai warga Afghanistan yang memiliki pekerjaan antarabangsa atau melanjutkan pendidikan ke luar negara kini menghadapi kesulitan untuk mencapai destinasi mereka," katanya.

Perkhidmatan di lapangan terbang Kabul dipulihkan dengan bantuan teknikal dari Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Turki. - AFP
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,553
Reaction score
15,485
Points
2,376
OPERASI PENERBANGAN | Taliban Rayu Syarikat Penerbangan Sambung Operasi

Kerajaan taliban di Afghanistan merayu syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa menyambung semula perkhidmatan ke negara itu.

Mereka berjanji akan memberi kerjasama penuh dan memaklumkan segala masalah di lapangan terbang Kabul telah diselesaikan.

Kenyataan kementerian luarnya itu hadir selepas pentadbiran baharu menggiatkan usaha membuka negara dan memohon pengiktirafan antarabangsa.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
selfie_1632791127.jpg


Anggota Taliban diarah henti 'berselfie'​


DUBAI: Anggota Taliban dimaklumkan oleh menteri pertahanan mereka, Mullah Mohammad Yaqoob, supaya mengelak daripada bersiar-siar di tempat-tempat daya tarikan dan berkongsi gambar 'swafoto' mereka di media sosial, demikian lapor Wall Street Journal.

Beberapa gambar yang menunjukkan anggota Taliban bermain di taman tema dan berkelah, tular sejak Taliban merampas kuasa di Kabul.

Malah, terdapat juga gambar yang dikongsi menunjukkan anggota Taliban menaiki bot kayuh yang berbentuk angsa putih.

Menurut laporan WSJ, kebanyakan anggota Taliban belum pernah datang ke bandar terbabit.

"Apabila tidak bertugas, mereka bersiar-siar, berkelah dan melawat taman hiburan, lengkap berserban dan bersenapang.

"Anggota Taliban dari daerah lain di Afghanistan juga datang ke Kabul dan bersiar-siar di sana," menurut laporan itu.

Antara daya tarikan utama di bandar itu yang menjadi pilihan anggota Taliban 'berehat' adalah tasik Qargha, di mana terdapat bot kayuh, taman haiwan Kabul dan kejiranan Wazir Akbar Khan, di mana terdapat kawasan bukit menghijau dengan pemandangan bandar.

Bagaimanapun, Mullah menerusi satu mesej audio menekankan bahawa anggota yang melakukan rondaan harus terhad di kawasan di mana mereka dikerahkan.

Beliau juga mengkritik beberapa anggota kerana memasuki pejabat kerajaan, di mana mereka tiada urusan, malah bergambar.

"Perbuatan itu sangat menjelikkan memandangkan semua orang mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar di kementerian penting dan sensitif tanpa sebarang sebab," tegas beliau seperti yang dipetik oleh Reuters.

"Perbuatan bersantai dan bergambar serta merakam video tidak akan membantu anda di dunia ini mahupun di akhirat," kata Mullah.

Beliau juga menggesa anggota Taliban supaya memperbaiki penampilan mereka dan mematuhi apa yang beliau sifatkan sebagai peraturan dalam Islam. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
gunting_1632798422.jpg


Taliban larang penduduk Afghanistan cukur janggut​


KABUL: Taliban mengharamkan tukang gunting rambut di wilayah Helmand, Afghanistan daripada mencukur atau memotong janggut pelanggan.

Menurut tafsiran Taliban, ia melanggar undang-undang Islam.

Tambah kumpulan itu, sesiapa yang menyalahi undang-undang terbabit akan dihukum.

Sebilangan tukang gunting di ibu negara Kabul berkata, mereka juga menerima arahan yang sama.

Arahan itu menunjukkan negara itu kembali kepada undang-undang ketat yang dikuatkuasakan oleh kumpulan itu ketika berkuasa sebelum ini, meskipun ia menjanjikan jenis pemerintahan yang lebih bertolak ansur, lapor BBC.

Sejak merampas kuasa bulan lalu, Taliban menguatkuasakan hukuman tegas ke atas penentang pemerintahannya.

Sabtu lalu, anggotanya menembak mati empat individu yang dipercayai penculik dan mayat mereka digantung di tepi jalan wilayah Herat.

Dalam satu notis yang ditampal di wilayah bahagian selatan Afghanistan, Helmand, pegawai Taliban memberi amaran bahawa tukang gunting rambut mesti mematuhi hukum Syariah berhubung potongan rambut dan janggut.

"Tiada seorang pun yang boleh membuat aduan," menurut notis itu, lapor BBC.

Pegawai kerap datang dan mengarahkan kami supaya berhenti mencukur janggut," kongsi seorang tukang gunting di Kabul.

"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami bahawa mereka boleh menghantar pemeriksa yang menyamar sebagai pelanggan untuk menangkap kami.

"Seorang lagi tukang gunting yang mengendalikan satu daripada salun terbesar di bandar itu berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai kerajaan.

Mereka mengarahkannya supaya 'berhenti mengikut cara Amerika' dan jangan mencukur atau memotong janggut sesiapa pun.

Tukang gunting lain yang tidak didedahkan nama mereka oleh BBC demi menjaga keselamatan mereka berkata, undang-undang baru itu merumitkan mata pencarian mereka.

"Salun fesyen dan tukang gunting semakin menjadi perniagaan terlarang," kata seorang tukang gunting.

"Ini kerja saya sepanjang 15 tahun yang lalu dan saya tidak rasa saya boleh meneruskannya." - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register