Berita Gembira Untuk Rakyat Malaysia : Harga gula naik 20 sen sekilogram

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Harga gula naik 20 sen sekilogram

Dis 31, 09 6:26pm
http://www.malaysiakini.com/news/120911

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

"Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...ni bukan berita gembira da....ni berita lawak ler........bagus apa x naik harga 50 sen da
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
kan lagi bagus kalu naik 50 sen ...dgn itu lagi cepat kerajaan akan lingkup da
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
confirm ke ?.. kalau camtu .. YAHOOOO!!!!! terima kasih pak najib .. anda telah membebankan kami..muaah..muahh..muahhh
 

eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,249
Reaction score
94
Points
30
sikit sangat 0.20 tu .....

elok naikkan 0.50 terus .....
 

persada

Account locked as requested by owner
Joined
Jul 16, 2009
Messages
4,776
Reaction score
54
Points
35
confirm ke ?.. kalau camtu .. YAHOOOO!!!!! terima kasih pak najib .. anda telah membebankan kami..muaah..muahh..muahhh
terang2 hentam tu hihihi~~~ :))
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

aku dah selalu sgt jumpa ayat template diorang ni :eek:
 
Last edited:

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,210
Reaction score
1,116
Points
201
Aik.. sal la berita dah lapuk nih di bangkit2 kan... Korang telah membuat kan aku tersenyum mengenangkan kebaikan kerajaan najib nih... Bertuah kita ada pemimpin cam nih, dgn harapan rakyat akan jadi sihat dan kurang kencing manis,...huhuhh. Tp sejak aku kurang makan gula, darah aku lak jadi makin tinggi... Oh Najib Kamek Sayang Kamuk.... ~X:)(scam:(scam:mad:
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
"segala pujian hanya bagi najib" kata pemuja amno...:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register