BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERITA Dari PARLIMEN ke-12

JaMeQ

Legendary Member
gem
Messages
16,164
Paid Membership
Joined
May 15, 2007
Messages
16,164
Reaction score
105
Points
123

Parlimen ke-12 bersidang hari ini


KUALA LUMPUR – Persidangan penggal pertama Parlimen ke-12, bermula semalam setelah dibubarkan pada 13 Februari lalu dan ia dimulakan dengan acara mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mendahului 222 ahli Parlimen untuk upacara angkat sumpah diikuti Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan serta menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli Parlimen lain.


Harap Parlimen Ke 12 dpt bersidang dgn sebaik2nya demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat:D
 
apa cerita menarik ari nie di Parlimen?
 
Timbalan Speaker: 17 anggota pembangkang sokong Wan Junaidi

KUALA LUMPUR 28 April – Persidangan pertama Parlimen ke-12 mencatat perkembangan menarik apabila dua anggota Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan seorang daripadanya turut mendapat sokongan daripada 17 anggota pembangkang. UM

Menggambarkan kebijaksanaan dan keterbukaan pihak pembangkang...mana yg bagus kita sokong..yg x bagus kena la bangkang...

Jgn jadi cam dorang tuh... apa yg kita buat sumer nak bantai!!:(scam
 
Yang penting kebajikan rakyat diutamakan...:)cgrock
 
Jangan guna parlimen untuk kepentingan politik individu - Sultan Mizan

2.agong_rasmi1.jpg
2.agong_rasmi2.jpg

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara.

Baginda bertitah demikian di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi.

Baginda menegaskan, ini adalah disebabkan penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan ahli Dewan Rakyat.

"Jadikanlah dewan yang mulia sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas dan hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan yang mulia ini bagi kepentingan politik individu," tegas baginda.

Justeru baginda meminta penyertaan aktif dan perbahasaan yang berkualiti hendaklah menjadi keutamaaan ahli dewan rakyat.

Dalam masa yang sama, baginda meminta kerajaan memajukan sektor pertanian dengan matlamat menjadikannya sebagai penjana ketiga pertumbuhan ekonomi negara melalui tranformasi daripada pertanian tradisional kepada entiti komersial.

Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pensijilan halal.

Baginda turut menegaskan, pencapaian ekonomi yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna sekiranya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan masih berlaku.

Justeru, baginda berkata, sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, usaha-usaha pembanterasan rasuah akan dipertingkat melalui perstrukturan semula BPR dan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia, jawatankuasa Parlimen Imagebebaskan rasuah, dan lembaga penasihat pencegahan rasuah serta penambahan bilangan pegawai pencegah rasuah.

Baginda turut berkata, kerajaan komited untuk mengadakan penambahbaikan memperkasakan sistem kehakiman negara supaya terus kekal adil, dihormati dan bebas dari sebarang pengaruh selari dengan hasrat rakyat.

"Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Sehubungan itu, suruhanjaya pelantikan hakim akan ditubuhkan bagi membantu menilai dan memilih calon yang sesuai untuk dilantik sebagai hakim," titah baginda.


Baginda turut bertitah, pembangunan kerohanian juga penting bagi meningkatkan kesejahteraan umat.

"Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah, dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian Islam," titah baginda lagi.


Baginda turut bertitah bahawa pilihan raya umum telahpun berlalu dan rakyat memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan untuk mentadbir negara.

Oleh itu, baginda menasihatkan ahli-ahli Yang Berhormat menunjukkan sifat dan tingkah laku yang terpuji agar nama baik dewan mulia sentiasa terpelihara.

"Laksanakanlah kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian yang aktif dengan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen," titah baginda lagi.
- mks.

2.agong_rasmi3.jpg
 
Petugas media ghairah dekati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR,28 April (Hrkh) - Suasana majlis angkat sumpah Ahli Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, penggal pertama, Parlimen ke-12 menyaksikan suatu kelainan daripada penggal-penggal sebelum ini.

Ini kerana pada kali ini, para wartawan dan petugas media kelihatan begitu ghairah mendekati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat berbanding ahli parlimen BN bagi menjawab isu-isu terkini setelah pakatan rakyat berjaya menerajui lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
1.media_1.jpg

Begitu juga dengan beberapa bantahan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen sebelum dan semasa upacara mengangkat sumpah dijalankan termasuklah pertikaian mengenai pakaian yang dikenakan ahli parlimen Pasir Mas, Dato' Paduka Ibrahim Ali.

Hal tersebut dibangkitkan ahli Parlimen (BN-Kalabakan), yang menyatakan bahawa Ibrahim telah melanggar etika pakaian yang telah ditetapkan parlimen.

"Saya merujuk peraturan berpakaian ahli-ahli parlimen yang mengenakan 'black suit' sebagai pakaian rasmi pada hari ini selain baju Melayu," ujarnya.

Isu tersebut dijawab Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Hj Mulia yang menyatakan kedudukan Ibrahim Ali dalam parti politik semasa.

"Saya difahamkan ahli parlimen Pasir Mas adalah merupakan ahli bebas yang meminjam logo orang lain semasa pilihan raya yang lalu," jelasnya sambil disambut hilai ketawa dan sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Ibrahim yang merupakan ahli parlimen terakhir mengangkat sumpah hari ini mengucapkan terima kasih di atas jawapan YDP Dewan Rakyat tersebut sambil meneruskan upacara tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik perhatian dewan adalah apabila Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengangkat sumpah tanpa merujuk kepada teks upacara yang disediakan.

Sambil bersahaja dan tersenyum, Tan melafazkan ikrar tersebut memandangkan beliau adalah antara ahli parlimen yang paling lama menjadi ahli Dewan Rakyat.

Namun, terdapat juga ahli parlimen yang tidak mengangkat tangan semasa upacara tersebut menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) menegur tindakan tersebut.
1.media_2.jpg

Walau bagaimanapun, Pandikar dengan berseloroh menjelaskan perkara tersebut sambil bergurau mengenai keadaan Karpal yang uzur serta tidak mampu mengangkat tangan kanannya sebagai memenuhi etika mengangkat sumpah.

"Oleh kerana saya tidak mampu untuk menggunakan tangan kanan, maka saya akan menggunakan tangan kiri sahaja,"katanya.

Upacara majlis angkat sumpah dimulai dengan pelantikan YDP Dewan Rakyat diikuti dengan majlis angkat sumpah ahli-ahli parlimen BN yang diketuai Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ia diikuti dengan 82 ahli parlimen pembangkang, bermula dengan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan) seterusnya Karpal mengetuai pihak DAP.

PAS pula diketuai Presidennya, yang juga merupakan ahli parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengangkat sumpah sambil diikuti Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa.

Pada majlis tersebut juga, Menteri Dalam Negeri, Dato' Syed Hamid Albar membentangkan usul agar pihak Ketua Polis Negara dapat menjalankan peranan untuk memastikan jalan-jalan yang bakal dilalui ke Dewan Rakyat dikawal dengan baik untuk memastikan tiada kekacauan timbul.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli-ahli dewan tanpa sebarang bantahan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan ahli-ahli Dewan Rakyat di bankuet parlimen. - mks.
 
2.agong_rasmi1.jpg
2.agong_rasmi2.jpg



ini kali pertama aku tengok agong senyum,dia senyum kat sapa tu,kalau derih mau agong nak senyum
 
Semoga thread ini akan memberikan banyak info dan perbincangan...
 
Back
Top
Log in Register