BTC USD 28,426.8 Gold USD 1,978.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri perhatian serius hapus pengaruh gengster

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Sulaiman Mohamed berkata, insiden yang berlaku hingga mengorbankan seorang joki kereta itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berkaitan.

Beliau mengakui beberapa kawasan di Kuala Lumpur memang menjadi rebutan kumpulan kongsi gelap sejak dahulu lagi.

“Mereka berebut kawasan perniagaan, kawasan pelacuran, perjudian, kelab malam yang mahu dijadikan ‘lubuk emas’ mereka. Jadi apa yang berlaku di Bukit Bintang ini, jika dibiarkan, boleh mendatangkan masalah lebih besar kerana ia turut melibatkan nyawa orang awam.

“Semasa saya jadi Ahli Parlimen selama empat penggal dulu pun saya pernah bersemuka dengan mereka (anggota kumpulan kongsi gelap) dan juga bekerjasama dengan polis jika ada aduan berlaku kes-kes jenayah,” katanya.

Menurut Sulaiman, pergaduhan antara geng kerap berlaku, melibatkan ‘Red Light Area’ namun tidak akibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa orang ramai.
“Saya percaya polis akan bertindak habis-habisan bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya yakin PDRM dapat menangkap penjenayah yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Mereka semakin berani. Saya harap mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu juga menyarankan agar komuniti, khususnya peniaga di kawasan berkenaan, bekerjasama dengan polis sekiranya ada maklumat mengenai kegiatan sesuatu kumpulan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/beri-perhatian-serius-hapus-pengaruh-gengster-1.323019
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register