BTC USD 61,955.5 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri Nombor Telefon & Alamat Palsu Lepas Daftarkan Ibu Bapa Di Pusat Jagaan Nur Ehsan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,924
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,924
Reaction score
6,858
Points
916
Awards
1
13.09.2024 - Nasib segelintir penghuni Pusat Jagaan Nur Ehsan di Kempas Baru, di sini, yang tidak memiliki waris selain menjadi mangsa pengabaian keluarga menerima perhatian Pasaraya Econsave Cash And Carry yang menyampaikan sumbangan lampin pakai buang, hari ini. Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, sumbangan itu amat bermakna bagi penghuni pusat jagaan itu. Beliau berkata, pihaknya menjaga 100 penghuni di cawangan Jalan Denai 1 dan Denai 2 di Kempas Baru.

Menurutnya, seramai 40 penghuni di pusat jagaan itu berkerusi roda dan bergantung kepada bantuan individu lain untuk bergerak. Pihaknya juga memberi jagaan kepada tiga warga emas yang terlantar atas faktor usia. Justeru katanya, sumbangan lampin pakai buang itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung keperluan penghuni.

"Hanya segelintir penghuni pusat jagaan kami berwaris, bakinya tidak memiliki keluarga dan tidak dapat menyumbang yuran bulanan. Kami menampung sebahagian kos dengan yuran dibayar waris termasuk membayar gaji pekerja, selebihnya kami mengharapkan sumbangan diterima. Antara keperluan utama pusat jagaan adalah lampin pakai buang, susu serta barangan dapur," katanya ketika menerima sumbangan yang diserahkan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam.

Norijah berkata, walaupun berwaris, terdapat sesetengah ahli keluarga warga emas yang enggan mengambil tahu soal kebajikan mereka.

"Pernah berlaku kes di mana waris sanggup memberi alamat dan nombor telefon palsu semata-mata untuk lepas tangan hingga mengakibatkan warga emas berkenaan menghabiskan kehidupan di sini tanpa kehadiran keluarga. Manakala sesetengah waris pula memberi pelbagai alasan bagi mengelak menyumbang yuran bulanan," katanya.

"Sementara itu, Mas Imran berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban pusat jagaan itu. Untuk Nur Ehsan kami menyalurkan sumbangan berbentuk lampin pakai buang dewasa yang bernilai RM2,000. InsyaAllah kita akan menjayakan program kemasyarakatan di sini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada Pegawai Operasi Pusat Jagaan Nur Ehsan, Mohamad Saifullah Zolkanain. Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Maybank Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor 501132158862.
1726218131320.png
 
Sponsored Post

'Kesihatan Ibu Semakin Merosot'

19.09.2024 - "Ibu mengalami pelbagai kesulitan dan berdepan risiko jangkitan kuman kerana perlu mencuci darah menggunakan tiub dipasang di bahagian leher sejak sebulan lalu," kata S Tekineswari, 41. Tekineswari berkata demikian ketika menceritakan keadaan ibunya, V Rokomany, 65, yang mengalami kegagalan buah pinggang sejak lebih 10 tahun lalu dan kini menjalani rawatan mencuci darah di sebuah pusat dialisis di Taman Johor Jaya di sini.

Dia berkata, ibunya yang menjalani rawatan berkenaan tiga kali seminggu turut mengalami kerosakan tapak fistula di tangan kiri (akses ke dalam saluran darah). Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor menasihatkan ibunya yang juga berstatus ibu tunggal supaya segera menjalani pembedahan bagi tapak fistula baharu.

"Bagaimanapun kami terpaksa menangguh pembedahan berkenaan berikutan tidak mampu menampung kos kira-kira RM7,500. Kami sudah berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai saluran namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas sesuai," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam di kediamannya di Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Tekineswari berkata, ibunya yang juga orang kurang upaya (OKU) kini tinggal bersamanya dan adik lelakinya yang bekerja sebagai pekerja kilang.

"Saya tidak bekerja kerana memberi penjagaan sepenuh masa kepada ibu berikutan keadaan kesihatan ibu semakin merosot. Pendapatan adik lelaki saya hanya RM1,500. Buat masa ini ibu hanya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM300 sebulan namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah, tambang teksi ke pusat dialisis mahupun perbelanjaan dapur," katanya.

Tekineswari berkata, dia berharap ibunya dapat menjalani pembedahan fistula dalam tempoh terdekat.

"Ibu adalah jantung hati kami, kami berdoa supaya keadaannya berubah. Ibu seorang wanita yang gigih, ketika kami kecil beliau pernah bekerja sebagai pekerja bahagian pembersihan bagi menyara kehidupan keluarga," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Rokomany menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di 0114829000144705.
1726764744283.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register