BTC USD 51,906.9 Gold USD 1,682.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhenti kejar bayang-bayang, tumpu PH Plus kata Guan Eng & Mat Sabu

CG Sponsors




akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,230
Reaction score
2,050
Points
206
kelakar nuar ni, die senyap2 bersama geng banduan umno xpe,
tp org lain kene buat keputusan ikut die
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,956
Reaction score
783
Points
121
eloklah jahanam terus pemimpin2 pembangkang ni

semua barua perosak bangsa & agama rasmi

time bangsa & agama kena hina , cerca, pertikai diam menikus

time rakyat jatuhkan baru sibuk nak petik rakyat...

semua tunduk dgn kehendak KESAMARATAAN DAP - Malaysian Malaysia
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,113
Reaction score
2,663
Points
201
Style gak idea ni...

X payah PN ke MN ke apa ke.. Free For All. Kerusi DAP konfirm dah menang sebab Cina tak mau undi MCA.
Tapi part kerusi lain semua Free-for-All.

10 penjuru pun x pa. Nanti last2 nak bentuk kerajaan baru gabung balik. Hahahahaa... senang x ada drama merajuk lah kena pijak lah apa lah. :LOL:
Actually ada keburukkan..
Bila split bnyk sangat..
Yang strong seperti vote cina ke atas dap boleh win..

Cth :

1) bersatu dpt 20% vote, pkr dpt 20% ,umno dpt 20%, dap dpt 40% vote..

Dap akan menang kerusi tersebut..

Tujuan aku open kerusi supaya x bergaduh, tp mereka sesama mereka kena faham implikasi..
Jika kwsn cina 40%-45%..

Orang melayu sesama melayu takleh split banyak sangat..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Tolak cubaan ‘Tok Dalang’ pecah-belahkan PH, kata pemimpin DAP (Ronnie Liu)

December 18, 2020 4:42 PM

Pakatan-Harapan-PH-Bendera-Flag-Bernama.jpg

Gambar Bernama.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP, Ronnie Liu, menongkah arus parti apabila menggesa Pakatan Harapan tidak bingkas ‘meninggalkan’ Anwar Ibrahim dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau menolak sebarang cadangan untuk Anwar berundur sebagai pemimpin PH dan menggesa gabungan itu tidak terpengaruh dengan taktik “Tok Dalang” yang mahu memecah-belahkan kesatuan antara PKR, Amanah, dan DAP.

“Janganlah kita biarkan ‘Tok Dalang’ (ini) untuk memecah belah rakan-rakan (dalam PH) dan pada masa sama kita mesti menarik lebih ramai pihak menyertai perjuangan kita,” kata Liu.


ronnie-liu-ms-181220-1.jpg
Ronnie Liu.

Liu berkata gabungan PKR, DAP dan Amanah itu harus meningkatkan permuafakatan di bawah Anwar dan bukannya melayan suara-suara yang mahukan Ahli Parlimen Port Dickson itu diganti sebagai pemimpin utama PH.
Liu yang juga ADUN Sungai Pelek mengingatkan PH mengenai ‘pengorbanan’ Anwar yang mencetuskan gerakan reformasi 1998 sehingga membolehkan PH menawan Putrajaya pada 2018.

“Ketidakadilan yang berlaku terhadap Anwar adalah punca rakyat Malaysian menyokong PH,” kata Liu.
Semalam, Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Sze, mendesak Anwar berundur setelah gagal menunaikan janji untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mahukan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin tertentu PN dan Umno yang digerakkan Anwar sebelum ini diberhentikan.
Mereka juga mahukan anjakan baharu untuk PH dan menuntut fokus diberikan untuk memperkuatkan barisan pembangkang termasuk mereka yang berada di luar PH.
Liu tidak menyatakan siapa ‘Tok Dalang’ yang dimaksudkan itu, namun Dr Mahathir Mohamad sering mengkritik kepimpinan Anwar dalam PH yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai mengkucar-kacirkan gabungan itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
108 pemimpin muda Amanah sokong kenyataan Mohamad, Guan Eng

Disember 18, 2020 16:14 MYT
108 pemimpin muda Amanah sokong kenyataan Mohamad, Guan Eng

Seramai 108 pimpinan muda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan hala tuju Pakatan Harapan (PH) selepas ini.

KUALA LUMPUR : Seramai 108 pimpinan muda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan hala tuju Pakatan Harapan (PH) selepas ini.
Menerusi satu kenyataan, mereka menegaskan kesatuan dalam kalangan semua parti komponen pembangkang amat mustahak bagi menghadapi cabaran politik mendatang serta persediaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


“Pakatan Harapan perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.
“Idea Politik Baharu Gabungan Besar atau disebut sebagai “Grand Coalition” bukanlah satu perancangan untuk membelakangi mana-mana parti komponen PH.

“Kita memerlukan ikhtiar baharu dalam mobilisasi gabungan parti pembangkang dalam satu visi dan misi yang sama iaitu dengan menolak kleptokrasi dan mengangkat nilai demokrasi, integriti serta urus tadbir yang baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut mereka, sudah sampai masanya untuk pimpinan PH dan parti-parti pembangkang yang lain memberi fokus kepada penyatuan dan kesepaduan.

“Ia bagi menggembleng usaha supaya dapat bergerak sebagai satu pasukan, menampilkan wajah-wajah baru kepimpinan yang segar dan mengenepikan perbezaan serta bebanan lampau,” menurut kenyataan itu lagi.



Astro AWANI sebelum ini melaporkan dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.

Mohamad dan Guan Eng menegaskan, undian Belanjawan 2021 pada Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang oportunis.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja dan Bagan itu, kelompok itu hanya memperalatkan PH untuk kepentingan peribadi agar memperoleh tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).


 
Sponsored Post
Top
Log in Register