BTC USD 51,659.3 Gold USD 1,681.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhenti kejar bayang-bayang, tumpu PH Plus kata Guan Eng & Mat Sabu

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Berhenti kejar bayang-bayang, tumpu PH Plus kata Guan Eng & Mat Sabu

17 December 2020

MGF07102019_SIDANG-PARLIMEN_14.jpg

Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) tidak perlu lagi membuang masa dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan yang oportunis dan hanya memperalatkan pembangkang untuk kepentingan peribadi agar mendapat tawaran lebih lumayan daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH perlu melakukan satu anjakan semula dengan memberi tumpuan kepada penyatuan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Undian pada Selasa jelas menunjukkan bahawa 108 Ahli Parlimen yang menentang PN adalah jumlah yang sama yang kekal teguh bersama PH pada bulan Mac 2020.

“Tidak ada satu pun Ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar.

“Jelas Ahli Parlimen Kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, masa dan sumber seharusnya digunakan untuk memberi perhatian kepada 108 anggota Parlimen pembangkang atau PH Plus.

Ini bagi memastikan perjuangan bersama rakyat berdasarkan prinsip-prinsip nilai demokrasi, urustadbir yang baik, anti-rasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial dapat ditegakkan.

“Undian Belanjawan pada hari Selasa telah mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 Ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 Ahli Parlimen PH.
“Andai kata berdasarkan 108 Ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya!” katanya lagi.- MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
PH hanya diperalatkan, pembangkang perlu anjakan, kata Guan Eng, Mat Sabu




December 17, 2020 10:28 AM


lim-guan-eng-mat-sabu-FB-171220.jpg

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, gesa Pakatan Harapan berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang memperalatkan mereka. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Pakatan Harapan berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional “oportunis” yang memperalatkan mereka.

Dua pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, PH perlu menghadapi hakikat pembangkang memerlukan anjakan politik baru, susulan kegagalan mereka menghalang belanjawan persekutuan diluluskan.
“Undian semalam jelas menunjukkan 108 Ahli Parlimen yang menentang PN adalah jumlah sama yang kekal teguh bersama PH pada Mac 2020.

“Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar Ibrahim.

“Jelas Ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN.”

Mereka berkata, PH sudah menyuarakan sokongan kepada Presiden PKR, Anwar sebagai calon perdana menteri dan beliau boleh mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan yang bukan kleptokrat.

Bagaimanapun, kelulusan belanjawan itu menunjukkan Ahli Parlimen kerajaan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka.

Lim dan Mohamad berkata, lebih banyak masa dan sumber perlu digunakan untuk sekutu yang bergelut untuk perjuangan bersama dan PH perlu melihat melepasi 92 Ahli Parlimennya serta memfokuskan 108 Ahli Parlimen pembangkang.


“Undian belanjawan pada Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 Ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 Ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 Ahli Parlimen, PH Plus betapa kuat laginya?”

Jumlah itu nampaknya termasuk Ahli Parlimen Warisan dan Pejuang, yang masing-masing diketuai bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dua pemimpin itu kini tidak sependapat dengan Anwar.

“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.

“Pemimpin PH mesti mengetepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 Ahli Parlimen. Dengan 108 Ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan mantap, apa-apa saja kemungkinan boleh berlaku kelak.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
ni statement Mat Sabu dan Lim Guan Eng

1608187504507.png

1608187518472.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Kamarul Yusoff

· 2j ·


PENGAKUAN KALAH DARIPADA DAP DAN AMANAH!

Mengejutkan sekali membaca kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, hari ini, tetapi inilah hakikatnya, iaitu DAP dan AMANAH sudah mengaku kalah mengangkat bendera putih mengakui bahawa:

(1) “Selasa adalah hari yang mengecewakan bagi penyokong dan pemimpin PH, yang berharap Belanjawan 2021 dapat dikalahkan pada bacaan ketiga di Parlimen dan membolehkan PH menuntut kembali mandat rakyat yang dimenangi pada PRU 2018.”

(2) “Kelulusan Belanjawan 2021 dilihat sebagai tanda undi percaya kepada Kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

(3) “PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri.”

(4) “Undian Belanjawan pada hari Selasa telah mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 MP.”

Dengan pengakuan kalah daripada DAP dan AMANAH yang mempunyai 53 MP ini, khususnya pengakuan mereka bahawa kelulusan Belanjawan 2021 adalah tanda undi percaya kepada Kerajaan PN, diharapnya akan berakhirlah episod cubaan menjatuhkan Kerajaan PN.

Apatah lagi bila dalam sidang media beliau pada 14 Disember lalu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sudah tidak lagi mempersoalkan keabsahan Kerajaan PN sebaliknya setakat menyatakan bahawa Kerajaan PN adalah kerajaan lemah yang mempunyai kelebihan dua undi sahaja.

Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dapat ingat balik kata-kata beliau selepas menang tipis mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertarungan merebut jawatan Presiden UMNO pada 24 April 1987 dahulu: Kemenangan walau dengan 1 undi juga adalah kemenangan!

1608187628214.png

1608187637436.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
1608187661754.png


Majlis Presiden PH tak jadi bermesyuarat hari ini


Diterbitkan Hari ini 2:14 pm

Dikemaskini Hari ini 2:30 pm



Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.
Hal itu dimaklumkan beberapa ahli parlimen kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat semalam.


Dalam kenyataan itu Mohamad dan Lim mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka perolehi.
Sebaliknya PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Beberapa sumber dalaman PH memberitahu Malaysiakini, kenyataan dibuat Mohamad dan Lim itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak dan mendorong mesyuarat itu ditangguhkan.
Sebelum ini Presiden PKR merangkap Pengerusi PH mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

Susah nak terima tokoh luar
Tanpa mendedahkan siapa yang memberikan sokongan itu pengumuman Anwar tersebut membayangkan dia menerima dukungan daripada ahli parlimen Umno.

Dua pemimpin Umno yang sedang dibicarakan, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, disebut-sebut sebagai antara ahli parlimen yang mendukung Anwar.

Namun pemimpin PH menegaskan beberapa kali gabungan itu tidak dapat menerima sokongan daripada ahli parlimen yang terpalit dengan skandal atau sedang dibicarakan.

Seorang ahli parlimen PKR memberitahu Malaysiakini tidak ada masalah untuk mereka berundur daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang jika parti lain berasa ahli parlimen Port Dickson itu gagal dalam tempoh beberapa bulan lalu.

7c09b9915960f236e9407ef1e9cd4e3d.jpg


Bagaimanapun kata sumber itu langkah yang diambil Anwar sebelum ini direstui PH, justeru naratif dan arah tuju masa depan PH wajar dibincangkan secara dalaman terlebih dulu sesuai dengan semangat kebersamaan yang ada.

Ahli parlimen PKR itu juga menolak kemungkinan melantikn Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, sebagai ketua pembangkang baru.

"Kalau mereka mencalonkan pemimpin dalam kalangan PH iaitu PKR, DAP dan Amanah, kami tak ada masalah untuk membincangkannya dan meneroka idea tersebut.

"Tapi menamakan seseorang di luar gabungan - terutama pemimpin dari parti yang lebih kecil - sangat susah untuk kami terima," katanya.

Sementara itu seorang ahli parlimen DAP berkata kenyataan bersama Mohamad dan Lim pagi tadi sekdar menggesa PH memperbetulkan langkah ke depan sebagai gabungan pembangkang yang lebih besar.

Katanya fokus utama mesyuarat hari ini bukan menuntut agar ketua pembangkang baru dilantik tetapi meminta Anwar dan PKR memberikan lebih banyak usaha dalam kalangan sekutu yang sama pihak berbanding penyokong kerajaan.

"Kami juga faham dalam keadaan sekarang ia memerlukan pertanggungjawaban bersama dan kita tidak boleh salahkan Anwar saja.
"Kami cuma mahu memperbetulkan keadaan," katanya.


Pembatalan itu juga berlaku tidak lama selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama mengenai langkah ke depan pembangkang pagi tadi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Anwar adalah satu-satunya pemimpin bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan kerajaan PN, kata naib presiden PKR.
#mnownews #perikatannasional #anwaribrahim #pakatanharapan

Puji Anwar kerana ambil risiko, ahli Parlimen PKR salahkan Dr Mahathir

Anwar adalah 'satu-satunya pemimpin' bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Dec 17, 2020 2:06 PM



Xavier-Jayakumar-FB-1.jpg

Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar. Gambar: Facebook







Seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim menyeru agar presiden PKR itu terus disokong dan menyalahkan Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dalam satu isyarat menunjukkan pembangkang masih berpecah antara dua ahli politik veteran itu.

Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar berkata, Anwar adalah “satu-satunya pemimpin” bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita semua patut memuji dan berterima kasih kepadanya kerana melakukan semua ini disebabkan beliau merupakan satu-satunya orang yang mengambil risiko untuk mencapai apa yang parti sekutu PH mahukan,” kata ahli Parlimen Kuala Langat yang berkhidmat dalam Kabinet 22 bulan Mahathir.

“Bayangkan jika dia berjaya, semua orang akan menikmati hasil daripada usaha kerasnya.”

Anwar dan penyokongnya sudah beberapa kali mendakwa mempunyai majoriti untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin, selepas kerajaan PH tumbang pada Februari.

Beberapa pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini bagaimanapun menunjukkan perdana menteri masih mempunyai kelebihan sokongan.

Xavier mengatakan Mahathir mensia-siakan peluang diberikan PH untuk memimpin kerajaan.
“Bayangkan jika dia berjaya, semua orang akan menikmati hasil daripada usaha kerasnya.”
“Rakyat perlu memahami keadaan negara sekarang dan kejatuhan kerajaan PH bukan disebabkan Anwar tetapi kerana keputusan sepihak Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tanpa berbincang dengan pemimpin PH lain.

“Ini dilakukan selepas kita memberikannya peluang bersama kita untuk membuat perubahan. Walaupun partinya adalah minoriti dalam kerajaan, kita memberikannya peluang untuk menjadi perdana menteri tetapi dia tetap gagal untuk melaksanakannya,” katanya.

Semasa kempen pilihan raya umum pada 2018, PH berjanji kepada rakyat Malaysia sekiranya menang, Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri dan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri.

Ini menyebabkan PH mendapat undi Melayu yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, mengakhiri dominasi Barisan Nasional selama 60 tahun.
Selain itu, PH mengatakan Anwar akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Sebaik sahaja dibebaskan daripada penjara, desakan dilakukan Anwar dan penyokongnya agar Mahathir meletakkan jawatan.

Desakan berterusan sehinggalah Mahathir meletakkan jawatan pada Februari menyebabkan kerajaan 22 bulan PH tumbang.

Hari ini DAP dan Amanah menggesa Anwar agar tidak membuang masa untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen kerajaan untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kekalahan tipis gabungan itu dalam pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa seharusnya dilihat sebagai peluang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar PH.

Pejuang pimpinan Mahathir dan Warisan pimpinan Mohd Shafie Apdal adalah antara parti pembangkang yang tidak berada dalam PH.


 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,525
Reaction score
473
Points
131
ha..
kan setel macam ni.

kalau bn ada swing pun.sama gak, rapuh
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,890
Reaction score
765
Points
81
Kalau tunggu pru15, lagi le confirm ph tak boleh memerintah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register