BTC USD 57,385.0 Gold USD 1,787.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhenti bincang GST elak rakyat keliru

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH - Semua pihak terutama ahli-ahli politik diminta tidak terus membincangkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, masih banyak masa untuk membincangkan mengenai GST apabila ia dibahaskan di Dewan Rakyat, Mac depan.

"Saya fikir eloklah semua pihak berhenti membincangkan mengenai GST ini bagi mengelakkan rakyat menjadi keliru dan salah faham.

"Pada masa sama, program penerangan akan dijalankan termasuk memanggil editor-editor media untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai GST," katanya kepada pemberita semasa hadir merasmikan penutup pertandingan bola sepak veteran Ipoh kali keenam di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu GST yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang dan media massa.

Ekoran tiada kefahaman jelas mengenai GST, sebilangan rakyat keliru sehingga beranggapan GST akan menyebabkan harga barang menjadi mahal dan mereka terpaksa dua kali membayar cukai.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni menjelaskan, GST bukan satu sistem cukai baru sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sekarang tetapi ia akan menggantikan SST.

"Marilah lari daripada salah faham bahawa orang perlu bayar cukai dua kali apabila GST dilaksanakan kelak.

"GST bukan sistem cukai baru tetapi ia akan menggantikan SST dan ia lebih murah daripada SST," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, katanya, semua syer milik kerajaan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan dimiliki kerajaan.

Ahmad Husni berkata, langkah yang melibatkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan merupakan antara pendekatan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang lima peratus pada 2010.

"Syer kerajaan dalam GLC akan ditawarkan di Bursa Malaysia untuk dimiliki syarikat swasta. Ini inisiatif meningkatkan kecairan dan gelombang kedua penswastaan bagi mencapai sasaran ekonomi seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
isu untuk rakyat tapi tak leh dibincang..apa punya aqal daa..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
mana ada keliru.
dorang yg cuba kelirukan rakyat ada la
 

jaih

Legendary Member
Messages
10,153
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,153
Reaction score
529
Points
171
cover...keliru konon...padahal takut rakyat lagi tau apa sebenarnya GST neh...
 

aidil08

Active Member
Messages
1,653
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,653
Reaction score
5
Points
35
GST bukan sistem cukai baru tetapi ia akan menggantikan SST dan ia lebih murah daripada SST," ujar beliau.

betul ke nih?
aku pon jadi keliru daa
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
GST bukan sistem cukai baru tetapi ia akan menggantikan SST dan ia lebih murah daripada SST," ujar beliau.

betul ke nih?
aku pon jadi keliru daa

aku pun dah keliru nih :))
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Messages
25,324
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,324
Reaction score
558
Points
176
aku pun keliru pasal Gagau Semua Tempat ni...camna org miskin dpt faedah tapi org kaya tanggung cukai plak
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
apa beza antara cukai jualan,cukai perkhidmatadan dan cukai barangan perkhidmatan?
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Bezanya dari segi nama .... hihihihihihihihihi

aku jumpa yang nih..dalam buku kastam
Sales tax that is practiced in this country is a
single stage tax levied on certain imported and
locally manufactured goods, either at the time
of importation or at the time the goods are sold
or otherwise disposed of by the manufacturer.
sumber sini
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register