BTC USD 53,291.8 Gold USD 1,682.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Bergambar] Tiga Terbunuh Kereta Melambung Atas Van

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Tiga Terbunuh Kereta Melambung Atas Van



KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Dua tukang masak adalah antara tiga orang yang terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke arah bertentangan dan melambung ke atas sebuah van di Jalan Syed Putra di sini hari ini.

Kedua-dua tukang masak itu, Lee Fong Hoon, 36, dan Oo Der Hing, 25, serta pemandu van, Raja Nazreen Raja Sulong, 34, mati di tempat kejadian, kata Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian pada 4.10 pagi berdekatan Sekolah Menengah Kuen Cheng itu turut menyebabkan seorang wanita cedera ringan apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang van terbabit.

"Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lee dari arah Petaling Jaya ke pusat bandar merempuh tiang lampu dan terbabas ke arah bertentangan lalu melambung ke atas van itu.

"Akibat dari kemalangan itu, van tersebut berpusing melawan arus dan dilanggar oleh kereta yang dipandu wanita itu," katanya.

Rosli berkata mayat Lee dan Oo serta Raja Nazreen, yang bekerja sendiri, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
ptt ar pg td aku blk tgk keta n van tu atas towing..keta tu hncur berkecai..van atas bumbung hancur..aku rase mmg berkecai kot myt kalu tgk keadaan keta
 

man_spaq

Super Active Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
5,865
Reaction score
16
Points
65
kesian mamat yg bawak van tuh...jadi mangsa keadaan...

al-fatihah utk driver van tuh...
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30


sampai melengkong lantai keta ni..
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register