Berdepan cara ‘gentlemen’-Datuk K

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: “Saya minta mereka yang tidak puas hati supaya berdepan dengan saya secara ‘gentlemen’. Jangan bersikap ‘baling batu, sembunyi tangan’,” kata Datuk Khalid Mohd Jiwa berhubung pelbagai gosip dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya di Internet.

Suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang terkenal dengan gelaran Datuk K itu mengakui beliau memang ‘sasaran utama’ penyebar fitnah, namun tidak akan membiarkan perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya.

“Memang sejak berkahwin dengan Siti, saya sedar dan bersedia dengan ‘harga’ yang perlu dibayar, namun kami bahagia serta saya sayangkan rumah tangga kami.

“Saya tidak akan membiarkan rumah tangga kami terus ‘diserang’ pihak tidak bertanggungjawab. Sampai satu tahap, saya akan bertindak,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Siti di restoran RSMY anjuran kelab peminat Siti Nurhaliza, SitiZone, di sini, semalam.

Khalid berkata, sejak beliau dan isteri mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan semua gosip yang dilemparkan di Balai Berita, Khamis lalu, ramai pihak memuji serta menyokong tindakan itu demi membersihkan nama baik mereka.

“Saya sebenarnya berterima kasih kepada media kerana banyak membantu dan berjasa menaikkan nama Siti dalam industri hiburan.

“Namun yang mengecewakan, ada media mencedok gosip tidak berasas di Internet sehingga menjejaskan nama baik saya di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat.

“Saya tidak berdendam, tetapi berharap perkara sedemikian tidak berulang kerana saya sedar gosip di laman web tidak akan berkesudahan,” katanya.

Berhubung pandangan beliau supaya Siti meninggalkan bidang seni sebagai cara menghentikan segala tohmahan, Khalid berkata, beliau sebenarnya tidak berniat sedemikian.

“Saya meminati nyanyian Siti, malah di majlis ini ramai peminat memujuk saya supaya mengizinkan Siti terus menyanyi. Saya menyuarakan pandangan itu kerana kecewa dengan segala yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, beberapa peminat Siti yang ditemui pada majlis berkenaan meminta penyanyi itu terus berbakti kepada industri hiburan tanah air dan menguatkan semangat berdepan dugaan.

Penyelaras majlis itu, Nur Hidayah Mohammad, berkata dia kecewa kerana ada pihak tergamak melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada penyanyi itu.

“Saya bersimpati dengan beliau dan suami yang kerap menjadi serangan fitnah, namun saya berharap Siti tabahkan hati serta kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran berkenaan,” katanya.

Nur Hidayah berkata, walaupun popular, Siti tidak sombong, malah pandai melayan peminat.

“Beliau sentiasa melayan peminat dengan baik dan tidak pernah mengecewakan peminat yang mahu mengambil gambar atau tandatangannya walaupun sibuk,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Penjaja Jalan Masjid India, Mohd Yusof Khairdin, pula menasihatkan mereka yang menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap rumah tangga penyanyi itu supaya mengingati balasan Tuhan.

“Saya minta mereka menghentikan semua tuduhan itu kerana setiap fitnah akan mendapat pembalasan daripada Allah,” katanya.

Akhbar kelmarin melaporkan, Khalid bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang penyebar fitnah jika ia terus berterusan.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di Internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tiada pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan, kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

Sebab tu ler aku tak nak kawin ngan artis...:)):)):))
 
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
datuk k tunjuk belang,padan muke org yg wat fitnah tu
 

rauzan

Active Member
Joined
Sep 24, 2008
Messages
1,258
Reaction score
10
Points
25

ok lg eboss...
aq ni xtaw la,ada ka x artis yg nk kat aq ni...
:D
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
gaaa.. jangan lah bersikap menaip kemudian sembunyi IP haha
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
yela,mesti la sembunyi kalau xseng la org thu
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Jaga Dato R.... Datuk K nak ambik tindakan tu......
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
'macho' giler si K tu..berduit mmg mcm tu
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
KUALA LUMPUR: “Saya minta mereka yang tidak puas hati supaya berdepan dengan saya secara ‘gentlemen’. Jangan bersikap ‘baling batu, sembunyi tangan’,” kata Datuk Khalid Mohd Jiwa berhubung pelbagai gosip dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya di Internet.

Suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang terkenal dengan gelaran Datuk K itu mengakui beliau memang ‘sasaran utama’ penyebar fitnah, namun tidak akan membiarkan perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya.

“Memang sejak berkahwin dengan Siti, saya sedar dan bersedia dengan ‘harga’ yang perlu dibayar, namun kami bahagia serta saya sayangkan rumah tangga kami.

“Saya tidak akan membiarkan rumah tangga kami terus ‘diserang’ pihak tidak bertanggungjawab. Sampai satu tahap, saya akan bertindak,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Siti di restoran RSMY anjuran kelab peminat Siti Nurhaliza, SitiZone, di sini, semalam.

Khalid berkata, sejak beliau dan isteri mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan semua gosip yang dilemparkan di Balai Berita, Khamis lalu, ramai pihak memuji serta menyokong tindakan itu demi membersihkan nama baik mereka.

“Saya sebenarnya berterima kasih kepada media kerana banyak membantu dan berjasa menaikkan nama Siti dalam industri hiburan.

“Namun yang mengecewakan, ada media mencedok gosip tidak berasas di Internet sehingga menjejaskan nama baik saya di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat.

“Saya tidak berdendam, tetapi berharap perkara sedemikian tidak berulang kerana saya sedar gosip di laman web tidak akan berkesudahan,” katanya.

Berhubung pandangan beliau supaya Siti meninggalkan bidang seni sebagai cara menghentikan segala tohmahan, Khalid berkata, beliau sebenarnya tidak berniat sedemikian.

“Saya meminati nyanyian Siti, malah di majlis ini ramai peminat memujuk saya supaya mengizinkan Siti terus menyanyi. Saya menyuarakan pandangan itu kerana kecewa dengan segala yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, beberapa peminat Siti yang ditemui pada majlis berkenaan meminta penyanyi itu terus berbakti kepada industri hiburan tanah air dan menguatkan semangat berdepan dugaan.

Penyelaras majlis itu, Nur Hidayah Mohammad, berkata dia kecewa kerana ada pihak tergamak melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada penyanyi itu.

“Saya bersimpati dengan beliau dan suami yang kerap menjadi serangan fitnah, namun saya berharap Siti tabahkan hati serta kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran berkenaan,” katanya.

Nur Hidayah berkata, walaupun popular, Siti tidak sombong, malah pandai melayan peminat.

“Beliau sentiasa melayan peminat dengan baik dan tidak pernah mengecewakan peminat yang mahu mengambil gambar atau tandatangannya walaupun sibuk,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Penjaja Jalan Masjid India, Mohd Yusof Khairdin, pula menasihatkan mereka yang menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap rumah tangga penyanyi itu supaya mengingati balasan Tuhan.

“Saya minta mereka menghentikan semua tuduhan itu kerana setiap fitnah akan mendapat pembalasan daripada Allah,” katanya.

Akhbar kelmarin melaporkan, Khalid bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang penyebar fitnah jika ia terus berterusan.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di Internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tiada pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan, kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

Sebab tu ler aku tak nak kawin ngan artis...:)):)):))

apa kejadah persatuan penjaja ni interframe plak...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register