BTC USD 32,355.4 Gold USD 1,802.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbogel, bakar motosikal depan surau

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201

Berbogel, bakar motosikal depan surau​

1624325875301.jpeg

PONTIAN – Penduduk di Taman Megah di sini terkejut dengan kejadian seorang lelaki disyaki kurang siuman membakar motosikal di hadapan surau taman perumahan berkenaan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, suspek yang berusia 38 tahun itu dikatakan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Menurut Pengerusi Surau Taman Megah, Abu Bakar Mohd. Basiran, lelaki itu kemudiannya memberhentikan motosikalnya di hadapan surau dan cuba untuk memasuki kawasan terbabit.


“Pintu pagar surau sentiasa berkunci sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan dan percubaan lelaki itu gagal sebelum dia berang dan bertindak membakar motosikalnya
.

“Lelaki tersebut meninggalkan motosikal dan berjalan dalam keadaan berbogel kira-kira 500 meter dari lokasi surau dan berlegar-legar di kawasan premis perniagaan taman ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan itu dan lelaki itu telah ditahan.

Katanya, suspek ditahan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) setelah menerima aduan awam.


“Lelaki tersebut yang menghadapi masalah mental dan mempunyai sejarah rawatan telah diserahkan kepada abang kandungnya sebelum dihantar ke Hospital Pontian ( HP ) bagi mendapatkan rawatan,” katanya.-K! ONLINE
 

CG Sponsors




Top
Log in Register