Berbasikal tunai haji

CG Sponsors

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Berbasikal tunai haji

IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi​

JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.

Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.

Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.

Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.

Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.

Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.

''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI
 
Sponsored Post

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,917
Reaction score
173
Points
83
berapa banyak pahala dorang dpt nih hehe p mesjid jln kaki setiap tapak tu pahala ni kan lagi 9 bln punye kayuhan haha
 
mydetox

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2010
Messages
5,326
Reaction score
28
Points
70
syukran...sampai juga ke mekah walaupun berbasikal...
 
copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,685
Reaction score
494
Points
131
tayar x botak ke,kalau pancit mcm mana?? tapi akhirnye sampai jgk
 
AkuHenjutJer

Super Active Member
Joined
Mar 4, 2010
Messages
6,895
Reaction score
83
Points
70
BERBASIKAL TUNAI HAJI
JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Sabtu,13 November lalu dan tiba di Mekah pada Ahad,14 November untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama 1 hari sahaja.Kedua-dua
mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada pagi Ahad semalam,sebelum ibadat haji bermula.Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, apabila ditanya apa rahsia kejayaan mereka?"Rahsianya mudah sahaja,gunakan GELANG MAGNETIK TUNGSTEN-AC INZAL," kata Nathim kepada wartawan Harian Mestrok.
 
panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15

ni promote ke menyindir ni?
huhu
 
kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
BERBASIKAL TUNAI HAJI
JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Sabtu,13 November lalu dan tiba di Mekah pada Ahad,14 November untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama 1 hari sahaja.Kedua-dua
mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada pagi Ahad semalam,sebelum ibadat haji bermula.Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, apabila ditanya apa rahsia kejayaan mereka?"Rahsianya mudah sahaja,gunakan GELANG MAGNETIK TUNGSTEN-AC INZAL," kata Nathim kepada wartawan Harian Mestrok.
ak nak satu...:eek::eek::eek:
 
Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
BERBASIKAL TUNAI HAJI
JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Sabtu,13 November lalu dan tiba di Mekah pada Ahad,14 November untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama 1 hari sahaja.Kedua-dua
mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada pagi Ahad semalam,sebelum ibadat haji bermula.Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, apabila ditanya apa rahsia kejayaan mereka?"Rahsianya mudah sahaja,gunakan GELANG MAGNETIK TUNGSTEN-AC INZAL," kata Nathim kepada wartawan Harian Mestrok.
agak2 la bro..xkan la mrh nyamuk kelambu dibakar..ape daa.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register