BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Beraya dengan langsir lama

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
WALAUPUN perniagaan keluarga yang diusahakannya mengaut keuntungan tahunan bernilai jutaan ringgit, ia tidak bermakna bapa kepada sepasang anak ini mewah berbelanja.

“Persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini sangat sederhana, lagipun hanya ada kami berdua kerana anak-anak belajar di luar negara.

“Untuk rumah pula, tiada langsir atau perabot baru. Semua guna yang lama. Turunkan yang ada sekarang, cuci dan gantikan dengan yang bersih. Bagi saya, selagi masih nampak cantik dan boleh digunakan, saya tidak akan beli yang baru.

Bagi saya, hari lebaran perlu diraikan dengan penuh rasa keberkatan, bukan dengan pembaziran. Tetapi bagi orang yang berniaga seperti saya, sudah pasti saya mahu orang ramai membeli-belah di Mydin sempena Aidilfitri ini,” ujar Ameer yang mengakui sudah empat tahun menggunakan langsir yang sama.

Melupakan seketika kesibukan bekerja, jadual raya anak kedua Mydin Mohamed ini ringkas sahaja. Tidak perlu menempuh perjalanan jauh untuk bertemu keluarga, Ameer memilih untuk pulang ke kampung isterinya di Melaka seusai solat Subuh pada hari raya pertama.

Balik Melaka

“Setiap tahun, memang inilah rutin kami. Sampai saja di Melaka, kami terus ke masjid untuk bersolat raya dan menziarahi pusara ahli keluarga sebelah isteri. Selepas itu, kami akan berkumpul dan berkunjung ke rumah saudara-mara.

“Kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas makan tengah hari untuk bertemu dengan orang tua saya pula,” ujarnya yang sangat menggemari juadah nasi himpit, rendang dan kuah kacang di pagi raya.

Tidak bercuti lama untuk menyambut hari raya, Ameer akan terbang ke China seminggu selepas itu untuk mencari kain bagi persiapan hari raya tahun hadapan.

Bunyinya mungkin pelik, mengapa perlu mencari kain secepat itu sedangkan Aidilfitri baru seminggu dirayakan?

“Anda bukan orang pertama yang bertanyakan soalan itu. Selain kuih raya, baju raya adalah entiti penting dalam menyambut kedatangan Syawal. Bagi yang suka baju siap jahit, mahukan banyak pilihan dengan tawaran harga yang lebih berbaloi, mereka akan datang ke sini untuk beli baju raya.

“Justeru, untuk sambutan raya, Mydin menyediakan 200,000 helai baju kurung wanita, 100,000 helai baju Melayu, 100,000 helai pakaian kanak-kanak dan 20 kontena songkok untuk 42 cawangan kami di seluruh negara. Saya memang perlu ke China selepas seminggu beraya untuk cari dan beli kain.

Fesyen
“Jika saya tunggu empat atau lima bulan sebelum raya baru hendak beli kain, alamatnya tukang jahit tak akan sempat siapkan stok baju raya.

“Alhamdulilah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan kami boleh habiskan ratusan ribu stok itu sebelum menjelang lebaran,” terangnya.

Kerana itu juga, sebaik sahaja Mydin mula menjual baju raya iaitu sebulan sebelum puasa, beliau sudah mula fikir jenis fabrik, corak dan fesyen yang sesuai digayakan untuk raya tahun berikutnya.

“Walaupun kebanyakan lelaki tidak begitu ambil tahu tentang fesyen, tetapi sebagai pembuat keputusan, saya perlu sentiasa peka dengan perkembangan fesyen daripada dewasa sehingga kanak-kanak.

“Bila ada selebriti tanah air tampil dengan rekaan baju atau tudung yang difikirkan mudah menjadi ikutan, saya akan segera buat sesuatu supaya Mydin juga mempunyai rekaan baju atau tudung seperti itu tetapi dijual pada harga yang jauh lebih murah,” katanya yang mengupah lebih 20 syarikat menjahit kebanyakannya di Kedah serta negara Indonesia dan China. – SITI NOR AFZAN KASIMAN
 
mmg diorg pkai langsir lama..tp jgkla bape riban..:-?
 
Back
Top
Log in Register