BTC USD 26,778.5 Gold USD 1,959.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERAS putih menjadi punca utama lebih 60 peratus kes diabetes di Asia

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,416
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,416
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Nasi putih punca utama diabetes di Asia

.-AGENSI

COLOMBO: Kajian mendapati lebih 60 peratus penghidap diabetes dunia merupakan warga Asia dan pengambilan jumlah besar nasi putih menjadi punca utama epidemik penyakit tersebut.

Lapor portal thethaiger, beras putih dikisar serta digilap untuk menghilangkan lapisan luar yang kaya dengan nutrien dan kini berkait rapat dengan masalah diabetes yang semakin meningkat di benua ini.

Menjelang 2045, diabetes akan menjejaskan kira-kira 150 juta orang di Asia Tenggara, meningkat daripada 44 juta 20 tahun lalu.

Lebih daripada 90 peratus beras dunia dihasilkan di Asia dan setiap individu makan 78 kilogram setahun, lebih dua kali ganda berbanding rantau lain.

Beras putih hasil tinggi sangat penting untuk memerangi kelaparan global tetapi masalah kekurangan nutrisi dan kaitannya dengan diabetes jenis dua membawa kepada pencarian baka baharu beras kaya mineral.

Di kawasan luar bandar Sri Lanka, Pensyarah Universiti Colombo, Dr. Sirimal Premakumara menemukan pelbagai jenis padi yang ditanam selama berabad lamanya dan menghabiskan lebih 10 tahun mengkaji beras jenis coklat, ungu, merah dan pulut.

Jelas Sirimal, jenis-jenis beras itu masih ditanam dalam jumlah kecil oleh petani di Sri Lanka untuk kegunaan sendiri atau pasaran tempatan, tetapi hampir dilupakan di antara timbunan beras putih yang murah.

Menurut The Guardian, Premakumara sudah mendokumentasikan 300 jenis beras dengan sifat antidiabetes, antiradang dan antioksidan yang berpotensi penting untuk memerangi kelaparan global.

“Petanilah yang menyelamatkan bijirin tradisional ini. Kami memanggilnya beras ubat kerana mereka mendakwa ia seperti ubat dan kami hanya mahu mengesahkan dakwaan itu.

“Asia secara keseluruhan telah kehilangan beribu-ribu jenis beras berkhasiat melalui perindustrian pertanian padi dan beras putih sepanjang abad yang lalu,” katanya.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Beras tak salah
Yang salah adalah cara atau pun pola pemakanan
Dah makan nasi yang banyak glukosa
Makan pula manisan lain dalam kadar yang banyak
Belum kira minum air manis lagi
Dah kenyang malas pula bersenam
Ngam
 
dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,800
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
56,800
Reaction score
2,603
Points
666
Awards
1
Beras tak salah
Yang salah adalah cara atau pun pola pemakanan
Dah makan nasi yang banyak glukosa
Makan pula manisan lain dalam kadar yang banyak
Belum kira minum air manis lagi
Dah kenyang malas pula bersenam
Ngam
Yer sokong

Buh nasi kuah banjir bantai 2 ke3 pinggan

Buh lagi teh tarik

Kadang ayaq syurr

Habis makan desert plak kek

Mau tak kencing manis

Last buh ais krim kot atas
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Yer sokong

Buh nasi kuah banjir bantai 2 ke3 pinggan

Buh lagi teh tarik

Kadang ayaq syurr

Habis makan desert plak kek

Mau tak kencing manis

Last buh ais krim kot atas

Semua bermula dengan disiplin diri
Takdak hat tu
Boleh kata menjemput penyakit mai hinggap lah
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Malaysia adalah surga makanan

Makanan murah2 sbb tu ramai yg gemuk2 buncit terutamanya org2 islam melayu..napsu mereka tinggi

Payah nak tegur
Kita di marah nya balik

Menda ni dah lama jadi pun doc
Memang amik masa jugak nak didik rakyat

Orang kata sedap dulu
Sakit kemudian
 
TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,400
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,400
Reaction score
495
Points
51
Glukosa ni tak Bersalah pun. Yang bersalah sebenarnya kita sebab tak gunakan sebaiknya.

Glukose adalah bersifat 'quick energy' dan sesuai untuk aktiviti berat. Kalau tak guna dengan cepat, badan akan tukarkan kepada Lemak.

Kalau jenis yang tak aktif, sebaiknya pilih je makanan yang jenis high Protein atau high fiber contohnya sayuran memang mudah untuk kenyang lebih panjang.

Yang tak bleh tinggalkan terus makanan contohnya nasi...ada cara senang kita cuba makan nasi dlm 'kuantiti kecil' terlebih dahulu, orang kata wat cukup syarat. Pastu selebihnya makan high protein atau high fiber dalam 'kuantiti besar' supaya cepat kenyang. Bila kita dah kenyang, makanan feveret depan mata sekali pun automatik kira hilang selera.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register