BTC USD 26,894.8 Gold USD 1,976.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Berapa Harga Tiket Piala Dunia Qatar 2022 ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Bagi peminat bola sepak yang menonton Piala Dunia 2022 di Qatar, harga tiket yang dibayar adalah hampir 40% lebih mahal berbanding edisi terdahulu pada tahun 2018 di Rusia. Untuk Piala Dunia Rusia 2018, para peminat membayar purata RM1,121 untuk satu tiket, berbanding purata mencecah RM1,501 untuk satu tiket Piala Dunia Qatar. Malah, tiket untuk edisi kali ini adalah yang termahal bagi sejarah Piala Dunia untuk 20 tahun yang terakhir.
1670938936491.png

Tiket untuk Piala Dunia Jerman 2006 dianggap sebagai yang paling murah, dengan kos purata sekitar RM525 sahaja. Purata harga tiket perlawanan final yang berlangsung di Olympiastadion di Berlin adalah RM1,161. Piala Dunia di Qatar adalah yang termahal dalam sejarahnya, di mana pembinaan enam stadium baharu dan pengubahsuaian lengkap dua arena lain di negara ini dikatakan menelan belanja sekitar RM13.25 bilion. Harga untuk setiap tiket bagi setiap peringkat perlawanan di Piala Dunia Qatar adalah seperti di bawah;
Perlawanan
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kategori 4
Kurang Upaya
Pembukaan: Qatar vs Ecuador
RM2,730
RM1,943
RM1,334
RM243
RM243
Peringkat kumpulan
RM972
RM729
RM305
RM49
RM49
16 terakhir (kalah mati)
RM1,215
RM910
RM424
RM84
RM84
Suku akhir
RM1,882
RM1,272
RM910
RM362
RM362
Separuh akhir
RM4,223
RM2,911
RM1,577
RM605
RM605
Tempat ketiga & keempat
RM1,882
RM1,334
RM910
RM362
RM362
Akhir
RM7,098
RM4,430
RM2,668
RM910
RM910

Jumlah keseluruhan tempat duduk bagi kesemua 64 perlawanan yang berlangsung di 8 buah stadium sekitar Qatar adalah sebanyak 3,523,229. Jika kesemua tiket ini terjual, purata perolehan Qatar untuk tiket sahaja bagi Piala Dunia kali ini adalah sekitar RM5,288,366,729 atau lebih mudah, RM5.29 bilion.

Rujukan;
First Post
Sports Brief
Hukoomi

90 Min
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register