Berapa gaji wakil rakyat kita dan apa kerja mereka sebenarnya?

Recommended Brokers


Latest Threads

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
0
Location
kl


Apa sebenarnya tugas seorang wakil rakyat ni, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?


Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, tak tahulah apa nak cakap.


Saya cuba cari di internet apa tugas dan tanggunjawab wakil rakyat di Malaysia ini. Setakat ini saya tak jumpa. Yang ada sedikit panduan di http://calonpasn9.blogspot.com dan juga di laman web Parlimen Kanada yang dengan jelas menyatakan apa peranan ahli Parlimen mereka dan butiran terperinci gaji dan elaun yang diterima oleh semua ahli Parlimen serta Menteri Kabinet.


Macamana kita nak matang dalam berpolitik dan bersikap terbuka dalam politik jika peranan wakil rakyat pun kita tidak faham. Kalau tak percaya cuba minta TV3 buat temuramah , tanya rakyat, lebih-lebih lagi yang mengundi apa tugas wakil rakyat. Macam-macam jawapan akan keluar.


Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT

Sumber : http://calonpasn9.blogspot.com


1. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.


2. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.


3. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.


4. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.


5. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.


6. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.


7. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.


8. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.


9. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.


10. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.


11. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.


Role of Canadian Members of Parliament

Representing Constituents in Parliament

Members of parliament represent the regional and local concerns of the constituents in their ridings (also called electoral districts) in the House of Commons. Members of parliament solve problems for constituents on a wide variety of federal government matters - from checking on individual problems with federal government departments to providing information on federal government programs and policies. Members of parliament also maintain a high profile in their ridings and take part in local events and official functions there.


Making Laws



While it is public servants and cabinet ministers who have direct responsibility for drafting new legislation, members of parliament can influence legislation through debates in the House of Commons and during all-party committee meetings to examine legislation. Even though members of parliament are expected to "toe the party line," both substantive and fine-tuning amendments to legislation are often made at committee stage. Votes on legislation in the House of Commons are usually a formality following party lines, but can be of significant strategic importance during a minority government. Members of parliament can also introduce legislation of their own, called "private members bills," however it is rare that a private members bill passes.


Watchdogs on Government

Canadian members of parliament can influence federal government policy by participating in House of Commons committees which review federal government department activities and spending, as well as legislation. Government members of parliament also raise policy issues in caucus meetings of members of parliament of their own party and can lobby cabinet ministers. Members of parliament in opposition parties use the daily Question Period in the House of Commons to raise issues of concern and bring them to the attention of the public.


http://canadaonline.about.com/cs/parliament/a/rolemps.htm


Salaries of Canadian Members of Parliament


The salaries and allowances of Canadian members of parliament are adjusted on April 1 each year. Increases to the salaries of members of parliament are based on an index of base-wage increases from major settlements of private-sector bargaining units maintained by the federal Department of Human Resources Development.


Member of Parliament $157,731

Prime Minister* $157,731 $315,462

Speaker* $ 75,516 $233,247

Leader of the Opposition* $ 75,516 $233,247

Cabinet Minister* $ 75,516 $233,247

Minister of State $ 56,637 $214,368

Leaders of Other Parties $ 53,694 $211,425

Government Whip $ 28,420 $186,151

Opposition Whip $ 28,420 $186,151

Other Party Whips $ 11,165 $168,896

Parliamentary Secretaries $ 15,834 $173,565

Chair of Standing Committee $ 11,165 $168,896

Caucus Chair - Government $ 11,165 $168,896

Caucus Chair - Opposition $ 11,165 $168,896

Caucus Chairs - Other Parties $ 5,684 $163,415


http://canadaonline.about.com/od/houseofcommons/a/salaries-canadian-members-parliament.htm
"
 
Sponsored Post

abdullah abd wahab

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2010
Messages
2,814
Reaction score
429
Points
0
aku pn xtau .... wakil aku bru jumpa sekli..2 pon ada event ....
kebetulan di undang....
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,846
Reaction score
10
Points
0
gaji (elaun) ahli dewan rakyat:

elaun bulanan: RM6,508.50

Elaun Mesyuarat

a) Elaun ini dibayar pada kadar RM200 sehari kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen.

b) Elaun ini dibayar pada kadar RM150 sehari kerana menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan lain – lain yang dianjurkan secara rasmi oleh Kementerian / Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri yang daripadanya Ahli Parlimen menerima undangan rasmi untuk menghadirinya.

c) Ahli Parlimen layak untuk dibayar satu elaun mesyuarat sahaja bagi mesyuarat yang dihadiri oleh Ahli Parlimen itu pada hari yang sama di bawah subperenggan (a) atau (b).

Elaun Keraian RM1,500 sebulan

Bayaran Khas RM1,500 sebulan

Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi


a) Suatu elaun berjumlah RM150 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi di luar Malaysia.

b) Suatu elaun yang berjumlah RM100 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi –


(i) di suatu tempat yang jaraknya tidak kurang daripada 32 km pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen; atau


(ii) bagi menghadiri persidangan Majlis Parlimen tanpa mengambil kira jarak daripada pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen.

Elaun Makan semasa bertugas rasmi di luar Malaysia = Gred 54 – Sistem Saraan Malaysia

Kelayakan Perjalanan

a) Layak untuk tiket kapal terbang Kelas Bisnes bagi perjalanan rasmi.

b) Layak dibekalkan 2 Pas Kereta Api percuma bagi Kelas Satu termasuk tempat tidur.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan adalah diberi.

d)Semasa Parlimen bersidang, Ahli Parlimen layak dibayar tambang pergi balik ke Negeri masing-masing pada setiap hujung minggu. Ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, layak dibayar tambang pergi balik atau elaun perjalanan kenderaan seperti di perenggan kecil 6(a) dengan syarat Bahagian Pilihanraya Parlimen ahli Parlimen adalah di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari Bangunan Parlimen. Bayaran tambang atau elaun perjalanan kenderaan akan diberikan yang sama nilainya dengan 3 hari elaun hotel dan 3 hari elaun hidup harian atau tambang pergi balik sebenar, yang mana lebih tinggi.

Elaun Bulanan Tetap Perjalanan = Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan rakyat pada kadar RM1,500 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.

Telefon

a) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus dalam tempat kediaman persendirian Ahli Parlimen itu.

b) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus di pejabat perkhidmatan.

c) Kos pemasangan dan sewa telefon yang dilakukan berkenaan dengan subperenggan (a) dan (b) ditanggung oleh Kerajaan.

d) Ahli Parlimen layak diperuntukkan dengan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM 1,500 sekali dalam masa tiga tahun dan hendaklah disokong dengan resit asal pembelian.

e) Suatu Elaun Telefon pada kadar RM 900 sebulan dibayar tanpa memerlukan sokongan apa-apa resit.


............

antara elaun yang dapat oleh mp. elaun ini ada yang kena cukai. hehee..
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,846
Reaction score
10
Points
0
so janganlah "pau" mp anda. kesian mereka.
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,846
Reaction score
10
Points
0
gaji dan elaun untuk MP di bayar melalui Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 Akta 237 dan kemudahan untuk MP pula ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong melalui perintah Agong yang dibuat dengan Statut Paper 235 tahun 1983. untuk speaker dewan rakyat/negara dan timbalannya, lain kiraan gaji. thanks.
 

periamuda

Super Active Member
Joined
May 30, 2009
Messages
5,908
Reaction score
63
Points
0
Kerja senang gaji besar semua orang pun nak. Modal air liur je. Tiap-tiap bulan duit masyukkk...
 

wawantow

Active+ Member
Joined
Oct 20, 2011
Messages
3,326
Reaction score
230
Points
0
Location
Somewhere over the rainbow...
rasa aku salah 1 tugas wkil rkyat ialah, bila ada prjk blh bg pd laki atau bini dye

pastu kata dye tiada kaitan, pastu audit negara pn subahat walau mula2 dedahkan , dorang pn idop happy dgn mnyamun, yahoooooooooo...
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,846
Reaction score
10
Points
0
Perghh.. Cuba berbaik sangka. Bab kita yg duk minta duit kat yb tu tak pula cakap. Gaji yb sikit sebenarnya. Cuba bayangkan yb yg sabah swk yg kena melawat pendalaman. Berapa kos nak ke sana. We pay peanut we get peanut.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register