Berani!...Remaja nekad sepak peragut

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Nur Shazwani menunjukkan gelang tangan emas miliknya yang gagal diragut peragut terbabit ketika melalui jalan di Kampung Wakaf Dua, Marang, d

MARANG – Berani! Demikian tindakan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di sini, yang nekad menyepak seorang peragut bagi menghalang gelang tangannya diragut seorang lelaki bermotosikal di Kampung Wakaf Dua, Bukit Payung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Nur Shazwani Rozi, 17, membonceng motosikal ditunggangi sepupunya dan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut mangsa, walaupun berjaya menghalang peragut dari meragut gelang tangan emas yang dipakainya, namun dia tetap berputih mata apabila peragut terbabit berjaya melarikan beg miliknya yang diletakkan di bahagian depan motosikal tersebut.

Menceritakan detik cemas itu, anak sulung daripada empat beradik itu berkata, ketika melalui jalan di Kampung Wakaf Dua itu, tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah belakang mereka lalu meragut gelang tangan emas yang dipakai.

“Saya yang terkejut terus menyepak peragut itu. Apabila gagal meragut gelang, dia (peragut) terus tarik beg yang diletakkan di bahagian depan motosikal.

"Masa itu kami terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya, semalam.

Mangsa kehilangan dua telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Note 2 dan Blackberry Bold 4 anggaran bernilai RM3,000 dan tunai RM350 serta lesen memandu dan kad pengenalan. Kerugian keseluruhan berjumlah RM3350.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Esah Sidek, 38, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan keselamatan di kawasan terlibat supaya kejadian sama tidak berulang.

“Sebelum ini, saya pernah mendengar cerita mengenai kejadian ragut di kawasan ini dan tidak menyangka kejadian seumpama itu akan menimpa anak saya,” kata Siti Esah yang mengakui anak perempuannya itu masih trauma dengan kejadian tersebut.

Siti Esah berkata, selepas kejadian, anak perempuannya terus ke kedai miliknya yang terletak beberapa kilometer dari tempat kejadian sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bukit Payung lebih kurang jam 4 petang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/remaja-nekad-sepak-peragut-1.150877
 
Last edited:
Sponsored Post

PipFX

Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
2,206
Reaction score
120
Points
33
giler la..baru 17 tahun,nset sampai 2..dah mcm business woman..nset plak note 2..ak yg dah keje ni pun pk 2 3 kali nak beli..
 

Dewa19Kangen

Banned
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
3
Points
65
tuhan bg peringatan ja tu,kalo owner ada bt khilaf lg atau riak dgn harta yg ada,mukin pencopet masuk rumah pula,muka n nama dah ada,tggu rumuor anak sapa,dok kampung mana,lg seminggu depa mai ambush rumah..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,483
Reaction score
2,201
Points
206
kaya betul.
tapi dah aang-alang kaya apsal la pi naik moto.

bawak la ferrari ke baru betol.
 

hurairah01

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jun 12, 2008
Messages
8,979
Reaction score
21
Points
65
pengajarannya .. jgn tunjuk sngt kita ni berduit. Bukan duit je le ilang, nyawa pung melayann.
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
wahh.. gelang ada ketupat lg...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register