BTC USD 27,779.8 Gold USD 1,996.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berang wang pencen dipotong datuk letak bom palsu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Inilah bom palsu yang diletakkan oleh William James Harkin di hadapan pejabat Jabatan Tenaga Kerja dan Pencen Britain (DWP) di Middleton.
< 1 / 1 >
GARA-gara berang kerana wang pencen dipotong, seorang lelaki warga emas bertindak meletakkan bom palsu di hadapan pejabat Jabatan Tenaga Kerja dan Pencen Britain (DWP) di Middleton.

William James Harkin, 54, melakukan perbuatan itu sebagai tindakan membalas dendam kerana tidak berpuas hati selepas DWP memotong dan membekukan akaun miliknya lapor Mirror .

Selepas itu, Harkin menghubungi balai polis berhampiran dan tidak lama kemudian unit pemusnah bom dihantar ke tempat kejadian.

Selepas mengetahui bom berkenaan palsu, Harkin dipanggil bagi memberi keterangan sebagai saksi bagaimanapun ketika disoal-siasat, polis mendapati kenyataannya meragukan.

Akibat perbuatannya itu, Harkin berdepan hukuman penjara dua tahun dan didakwa cuba mencetuskan panik dan terlibat dalam aktiviti keganasan.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas ulang tahun memperingati mangsa pengeboman Manchester pada 1996.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register