BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berang Sambal Di Ciplak, Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
28.12.2023 - Selebriti masakan menyerahkan surat tuntutan kepada pihak yang didakwa menciplak produknya. Selebriti masakan, Khairul Amin Kamarulzaman, menyerahkan surat tuntutan kepada pihak yang didakwa menciplak produk sambalnya, sambil mengancam tindakan undang-undang. Khairul yang lebih dikenali sebagai Khairul Aming mendakwa pihak berkenaan, yang digambarkan sebagai penjual semula atau “reseller”, menjual barang yang kelihatan hampir sama dengan produknya.

“Sebenarnya kita kesan isu ini beberapa hari lepas tapi kita sedang kumpul bukti untuk ambil tindakan undang-undang. Hari ini peguam saya sudah hantar surat tuntutan. Kalau mereka gagal jawab surat kita, kita akan bawa kes ke peringkat lebih tinggi. Kalau nak berniaga bukan macam ini caranya. Kalau ada produk juallah dengan identiti dan bina jenama sendiri,” katanya.

Khairul berkata beliau menuntut lapan perkara. Khairul menjelaskan beliau menyokong peniaga tempatan tetapi tidak bersetuju dengan pendekatan ciplak. Sebelum ini pada 2021, seorang individu tampil memohon maaf berhubung isu ciplak produk sambal Khairul.
1703766380792.png
 
Sponsored Post

“Senang Je Tiru” – Netizen Bengang Kemunculan Sambal Nyet Menyerupai Produk Khairul Aming

Kad yang disertakan sekali dengan pembelian Sambal Nyet Khairi itu juga hampir sama dengan pemberian Khairul Aming kepada para pelanggan Sambal Nyet Berapi. Bila sebut Sambal Nyet, rata-rata rakyat Malaysia akan mengetahui bahawa produk yang dikeluarkan oleh pereka konten masakan dan pempengaruh media sosial Khairul Aming ini sememangnya barangan sangat laris. Sejak hari pertama dikeluarkan pada tahun 2021 sehingga kini, Sambal Nyet mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Memang laku betul!

Hasil jualan produk ini juga telah meraih jutaan ringgit sehingga Khairul Aming mampu untuk membuka beberapa kilang di Kelantan dan menyediakan peluang pekerjaan.
1703766559237.png

Peniaga Online Tiru Produk Sambal Nyet Khairul Aming?

Baru-baru ini, tular satu produk yang dijual di platform atas talian dan mendapat kecaman netizen di media sosial kerana barangan tersebut dikatakan telah meniru Sambal Nyet dari Khairul Aming. Menerusi beberapa perkongsian di laman X dan Facebook, pembungkusan produk yang diberi nama Sambal Nyet Khairi itu turut mempunyai pelekat berwarna merah dengan logo berapi seakan-akan produk jualan Khairul Aming. Bukan itu sahaja, kad yang disertakan sekali dengan pembelian sambal juga hampir sama dengan pemberian Khairul Aming kepada para pelanggan Sambal Nyet Berapi. Dari segi harga pula, Sambal Nyet Khairi ini dijual pada harga RM13.11 dan difahamkan ia turut dijual di platform TikTok. Walau bagaimanapun, jualan produk berkenaan di platform Shopee telah dipadam.

 

Netizen Bengang Dengan Tindakan Peniaga Tiru Produk Khairul Aming

Rata-rata netizen memberikan reaksi kurang senang selepas melihat kewujudan produk jualan dipercayai meniru Sambal Nyet yang popular di Malaysia. Malah mereka turut mendakwa gambar pada kad tersebut juga adalah gambar palsu yang dijana menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI). Sesetengah netizen berpendapat Khairul Aming perlu mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga berkenaan kerana telah menciplak barangan jualannya itu.

Lebih merisaukan lagi, ada juga segelintir pihak telah tertipu dan membeli produk berkenaan yang dipercayai Sambal Nyet jualan Khairul Aming. Pelanggan yang pernah terbeli Sambal Nyet Khairi itu mendakwa rasanya tidak sama dan jauh berbeza dengan produk sebenar jualan Khairul Aming.

“Dah terbeli sebab ingat KA punya. Sekali sampai rasa lain sangat. Tak pedas dan jauh beza sangat rasa dia,” kata netizen.

Difahamkan, lebih 800 botol sambal tiruan itu telah terjual di platform Shopee sebelum barangan berkenaan telah dibuang dari senarai jualan.
ciplak-sambal-nyet-khairul-aming.jpg
 

Kes Hampir Sama Pernah Berlaku Kepada Produk Sambal Nyet Khairul Aming

Pada tahun pertama jualan Sambal Nyet pada tahun 2021, Khairul Aming telah menyuarakan tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak yang didakwa telah menjual produk Sambal Nyet palsu. Selepas dua hari Khairul Aming mendedahkan perkara tersebut melalui bebenang di laman X (Twitter), pihak yang menjual Sambal Nyet palsu tersebut tampil berjumpa dengan Khairul Aming untuk membuat pengakuan salah serta meminta maaf dan menyesali perbuatannya itu.
ciplak-sambal-nyet-khairul-aming-2.jpg

Tiga tuntutan yang diminta dari Khairul Aming terhadap penjual tersebut adalah:
  1. Bayar pampasan tunai
  2. Permohonan maaf secara terbuka
  3. Pengakuan salah di balai polis
Akaun Shopee penjual tersebut juga telah dibuang oleh Shopee walaupun telah ditukar kepada nama lain. Khairul Aming berharap supaya perkara itu dijadikan sebagai pengajaran buat semua supaya tidak berulang lagi di masa hadapan.
 

Kes Hampir Sama Pernah Berlaku Kepada Produk Sambal Nyet Khairul Aming

Pada tahun pertama jualan Sambal Nyet pada tahun 2021, Khairul Aming telah menyuarakan tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak yang didakwa telah menjual produk Sambal Nyet palsu. Selepas dua hari Khairul Aming mendedahkan perkara tersebut melalui bebenang di laman X (Twitter), pihak yang menjual Sambal Nyet palsu tersebut tampil berjumpa dengan Khairul Aming untuk membuat pengakuan salah serta meminta maaf dan menyesali perbuatannya itu.
ciplak-sambal-nyet-khairul-aming-2.jpg

Tiga tuntutan yang diminta dari Khairul Aming terhadap penjual tersebut adalah:
  1. Bayar pampasan tunai
  2. Permohonan maaf secara terbuka
  3. Pengakuan salah di balai polis
Akaun Shopee penjual tersebut juga telah dibuang oleh Shopee walaupun telah ditukar kepada nama lain. Khairul Aming berharap supaya perkara itu dijadikan sebagai pengajaran buat semua supaya tidak berulang lagi di masa hadapan.

teringat katun 80an, monyet dah 4 hari aku tak makan, berilah aku sedikit makan...
maka monyet pun makan cili, berasap telingo berapi!

mgkn bleh buek jenama baru 'sambal monyet berasap' dgn logo monyet tebakor.....amacam ok?

cmni x langgar kopiraitkan? ekekekkekekeke

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register