BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beramal bersama The Batik Boutique

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita-wanita yang terlibat secara langsung dalam penghasilan produk tersebut.

image.jpg

Hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita-wanita yang terlibat secara langsung dalam penghasilan produk tersebut.


USAHA murni syarikat perdagangan bebas The Batik Boutique memberi peluang kepada golongan miskin, ibu tunggal dan kurang berkemampuan untuk meningkatkan kualiti taraf hidup mereka melalui penjualan barangan hasil kraftangan berasaskan batik.

Pengasas The Batik Boutique Amy Blair berkata, objektifThe Batik Boutique adalah menggunakan pendekatan holistik bagi meningkatkan nasib kehidupan wanita tunggal serta keluarga mereka.

"Setiap hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita-wanita yang juga terlibat secara langsung dalam penghasilan produk tersebut.

"Selain itu, hasil keuntungan sebanyak 20 peratus akan didermakan kepada badan-badan kebajikan di Malaysia.

"Saya sangat gembira melihat tranformasi kehidupan keluarga-keluarga kurang berkemampuan menjadi lebih baik. Ucapan terima kasih kepada pelanggan The Batik Boutique yang membantu dalam usaha mencapai transformasi ini," katanya.

Ditubuhkan pada 2010, idea The Batik Boutique tercetus dengan harapan membantu seorang ibu tunggal menyara kehidupan sekeluarga.

Sejak itu, usaha tersebut telah membantu lebih 30 wanita yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang.

Pada masa sama projek The Batik Boutique juga bertujuan memperkenalkan karya seni batik ke seluruh dunia dan memartabatkan hasil warisan batik.

Sedikit mengenai Amy Blair yangdilahirkan di Texas dan berhijrah ke Malaysia pada 2007. Dia mengambil inisiatif untuk menguasai Bahasa Melayu daripada seorang ibu tunggal dan mengambil keputusan untuk membantu wanita tersebut mencari cara untuk menyara diri dan keluarganya.Apabila mengetahui bahawa wanita tersebut mempunyai sebuah mesin jahit, mereka berdua mula bereksperimen dengan hasil jahitan batik.

Semenjak itu, usaha ini telah menggalakkan lebih ramai golongan ibu tunggal untuk turut sama dalam penghasilan produk-produk batik yang cantik.

Pada2010, Amy memulakan syarikatnya The Batik Boutique dan memasarkan produknya di Malaysia dan luar negara.

Sehingga 20 peratus hasil keuntungan organisasi ini disalurkan kepada badan-badan kebajikan termasuk klinik komuniti yang memberi bantuan kesihatan kepada golongan kurang berkemampuan, program pengurusan kewangan untuk wanitaberpendapatan rendah dan pusat literasi Inggeris untuk kanak-kanak kurang berkemampuan.
 
Back
Top
Log in Register