Beracun tetapi enak dimakan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BALING 10 Feb. - Ubi gadung merupakan sejenis ubi beracun yang bukan sahaja dijauhi manusia, malah kebanyakan haiwan.

Namun, yang peliknya, ubi berkenaan menjadi antara sajian istimewa masyarakat di Kampung Bukit Palong, Bongor dekat sini, kerana dikatakan mempunyai rasa yang cukup enak.

Bagaimanapun, ubi tersebut perlu dibuang racunnya terlebih dahulu sebelum dimasak sama ada direbus atau dikukus untuk dijadikan hidangan yang lazat.

Proses membuang racun tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana jika tersilap langkah boleh mengakibatkan orang yang memakannya muntah atau mabuk.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Abdullah Abdul Ghani, 64, memberitahu, ubi tersebut boleh didapati pada musim tertentu dan untuk membuang racunnya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.

"Ubi ini amat berbahaya jika proses membuang racun dan getahnya tidak dilakukan dengan cermat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Abdullah berkata, walaupun mengambil masa, penduduk kampung bergotong-royong membersihkan ubi tersebut dan membuang racunnya sebelum dimakan beramai-ramai.

Seorang penduduk, Shamsiah Ismail, 60, berkata, keenakan ubi gadung rebus dan kukus membuatkan penduduk sanggup menunggu selama tiga hari untuk menikmatinya.

Jelasnya, ubi tersebut mempunyai sejenis getah berbahaya dikenali sebagai getah ipoh yang perlu dibuang dan dibersihkan terlebih dahulu.

Menurutnya, ubi tersebut perlu direndam di dalam air yang mengalir laju sekurang-kurangnya tiga hari.

"Ubi berwarna kekuningan ini perlu 'dibersihkan' sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ia bertukar berwarna putih," ujarnya.

Menurutnya, selepas ubi bertukar warna menjadi putih, barulah ia dilumur dengan garam untuk menghapuskan racun.

Aishah Omar, 53, pula berkata, ubi itu jika disagat, airnya yang berwarna putih boleh dijadikan bedak untuk melicinkan kulit wajah dan ia telah menjadi amalan penduduk kampung.

Jelasnya, pada musim kemarau ubi tersebut akan mati dan apabila musim hujan bermula, ia akan tumbuh kembali.
 
Sponsored Post

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
beracun ?

bahaya ni

tak tau pun
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
jom eboss..gahering ubi gadung
 

PainKiller

Super Active Member
Joined
Jan 21, 2008
Messages
7,913
Reaction score
41
Points
70
x pernah tau aku pasai ubi ni..
mcm mana getah racun boleh ilang dgn alirkan
kat air mengalir laju selama 3 hari?
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Untuk pengetahuan am anda semua, ubi gadung juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka anda. :)
 

KayoSokmo

Banned
Joined
Jul 25, 2009
Messages
882
Reaction score
4
Points
15
kene rendam kat sungai ubi ni 3 hari 3 mlm ..... daun dia kalau binatang makan leh mati kembung binatang tu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,133
Reaction score
1,088
Points
201
sodap ni .. sama mcm pucuk keladi .... huhuh sedap2
 

sfauzie

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Macam ni rupanya ubi gadung tu...baru ku tahu....

 
Sponsored Post
Top
Log in Register