BTC USD 37,763.0 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BENTUK MAKHLUK ALAM DI SEBALIK MATA.

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,395
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,395
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Ustaz lawan hantu air tular

PETALING JAYA – Seperti yang diketahui ramai bukan semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk halus lagi-lagi di dalam ‘alam sebalik mata’.

Semalam tular sebuah video di Facebook mengenai seorang pengamal perubatan atau lebih dikenali Ustaz Rosdi didakwa mengangkat ‘hantu air’ sehingga berlaku penampakan susuk tubuh makhluk halus tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 40 saat oleh Md. Rosdi Hassan di laman sosial Facebook, ustaz tersebut bertindak menyeberangi sebatang sungai pada waktu malam.

Ketika kejadian, ustaz berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya dan selepas beberapa saat beliau timbul dari permukaan air bersama satu ‘entiti’ yang bermata bewarna merah.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata pengguna Facebook berasa seram dengan pendedahan oleh ustaz berkenaan mengenai rupa sebenar jin yang lebih dikenali sebagai ‘hantu air’.

“Allahuakbar, cukuplah saya dapat lihat mahkluk ghaib dalam video ustaz ini sahaja. Kalau terjumpa depan mata sendiri, bukan saya takut tapi mugkin tak kuat semangat untuk berdepan dengan makluk ini,” kata Sulaiman Salleh.

“Alhamdulillah, bukan semua orang boleh zahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan Allah S.W.T dengan kehebatan ilmu orang-orang dulu,” jelas Mohd Yusoff.

“Seram betul bila tengok hantu air macam itu, ini baru jelmaan sahaja belum susuk tubuh sebenar kalau dia tunjuk dirinya yang sebenar pasti lagi menyeramkan,” ujar Nur Hidayah.

Terkini video tersebut mendapat lebih 11,000 reaksi dan dihujani lebih 2,600 komen di media sosial Facebook.

Sumber: K! ONLINE.
Oleh: NABIL AIMAN NOR AZWAN
Video: Media Sosial

———
Jgn lupa subscribe sbg follower ustad rosdi 🤣
49-C9-EDDF-B54-E-4882-8-E47-7-C37-A6967-E8-D.jpg
 
Sponsored Post

Maestro

Active+ Member
Messages
3,986
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,986
Reaction score
945
Points
81
mula2 hantu...lepas tu buat perubatan konon2 islam...
jap lagi ada yang si bodoh percaya..abis kain terselak...
dh kena tembak dalam baru nak report polis bagai...
Melayu still x boleh dipisahkan dgn tahyul...
sebab tu orang cam ni boleh cari makan...
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,657
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,657
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
ni mesti belajar dr krew2 angker indon..... abis sume hantu leh nampak...

Kan?

Allah angkat hijab bila kita saksikan sendiri...kita ada kat situ secara zahir.

Ini dalam rakaman pun dah boleh tengok :ROFLMAO:
 

copy left

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,234
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,234
Reaction score
612
Points
161
nampak sgt menipunye,
cmne lah ramai yg boleh percaya,
 

syahrizam

Active+ Member
Messages
3,626
Joined
Jan 4, 2011
Messages
3,626
Reaction score
107
Points
43
Jalan cerita dia macam kat dlam buku Tamar Jalis. Buku bercakap dengan jin. Mandi embun, tunggang harimau di hutan dan macam2 lagi.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,395
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,395
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Takkan la ustad nak menipu kita
Ni bukan bomoh atau dukun
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Polower marah media kua news pasal ustaz ni. Nnt katanya ustaz xnak share lagi ilmu2 kt fb
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register