Bengang rakan mabuk, lelaki bertenggek tingkat 6

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,270
Reaction score
2,385
Points
206
WhatsApp-Image-2020-12-03-at-10.20.04-e1606962704232.jpeg


JOHOR BAHRU – Sepasukan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri berjaya memujuk seorang lelaki warganegara Indonesia yang memanjat keluar tingkap di tingkat enam sebuah pangsapuri di Bukit Indah, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 7.28 pagi.

Katanya, lapan anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, didapati seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 32 tahun telah keluar tingkap di tingkat enam sebuah kediaman.

“Siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian selepas diganggu rakan serumah yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa agar kembali memasuki rumah.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 7.58 pagi selepas memastikan keselamatan mangsa,” ujarnya.-K! ONLINE

 
Top
Log in Register