BTC USD 56,621.3 Gold USD 1,824.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bencana alam di AUSTRALIA | Banjir di Sydney makin buruk

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
seroja_1618228461.jpg

Taufan Seroja musnahkan dua pekan di Australia​

SYDNEY: Dua pekan kecil di barat Australia mengalami kerosakan teruk selepas Taufan Seroja membadai sebahagian negara itu yang jarang berdepan taufan tropika, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.

Taufan itu yang memusnahkan beberapa bahagian di Indonesia dan Timor Leste minggu lalu, membawa bersama hujan lebat dan angin berkelajuan sehingga 170 kilometer sejam di kawasan yang tidak pernah dibadai ribut tropika sejak beberapa dekad.

Pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 70 peratus struktur di Kalbarri yang didiami 1,500 penduduk, musnah diserang taufan yang bergerak pantas itu.

Gambar diterbitkan media tempatan menunjukkan sejumlah rumah yang tidak lagi berbumbung dan serpihan memenuhi jalan raya.

Di Northampton, sebuah pekan yang didiami kurang 1,000 penduduk turut mengalami kemusnahan, kata jabatan perkhidmatan kecemasan Australia Barat.


"Petugas sedang menilai kerosakan dan buat masa ini, masih belum selamat untuk berada di luar rumah," kata jurucakap jabatan itu kepada AFP, memaklumkan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.


Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan, berkata masih terlalu awal untuk memberi gambaran penuh, namun kemusnahan itu mengecewakan komuniti yang terkesan.


"Penilaian semasa menunjukkan Kalbarri dan Northampton adalah paling teruk terkesan, namun masih banyak kawasan lain yang turut mengalami kerosakan teruk," katanya kepada wartawan di Perth.


Lebih 30,000 rumah di kawasan tengah barat Australia Barat terputus bekalan elektrik, manakala jeti bersejarah di bandar Carnarvon turut musnah.


Pasukan tentera sedang menggerakkan anggotanya untuk membantu dalam usaha pembersihan, manakala dana kecemasan kerajaan ditawarkan kepada penduduk terkesan.


Biro Meteorologi Australia memaklumkan, taufan Seroja adalah ribut pertama melanda kawasan berkenaan sejak 1956. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Seroja smashed into the Western Australian town of Kalbarri, 570 km north of Perth, as a Category 3 cyclone around 7pm on Sunday night, packing 170 km an hour winds. Residents spent hours listening to the terrifying sound of the town being torn apart. Many people have been left homeless and power and communications are still down in the popular tourist town.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register