BTC USD 57,084.2 Gold USD 1,832.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bencana alam di AUSTRALIA | Banjir di Sydney makin buruk

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
AUSTRALIA_BUSHFIRES_1612343080.jpg
Anggota bomba bergelut untuk memadam kebakaran hutan yang semakin marak berhampiran Perth. - Foto EPA

71 kediaman musnah dalam kebakaran hutan berhampiran Perth

PERTH: Sekurang-kurangnya 71 kediaman musnah dalam kebakaran hutan yang di luar kawalan berhampiran bandar keempat terbesar Australia, Perth, hari ini.

Menurut pihak berkuasa, penduduk tidak menghiraukan perintah berkurung COVID-19 dan meninggalkan kawasan yang terancam itu.

Kebakaran itu memusnahkan Perth Hills dan bergerak menuju ke kawasan berkepadatan penduduk tinggi.

Enam anggota bomba mengalami kecederaan ringan termasuk seorang daripadanya mengalami lecur ketika usaha memadamkan api, namun setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan serius.

"Bagi penduduk yang kehilangan rumah ia sangat tragik untuk mereka," kata Pesuruhjaya Kebakaran Australia Barat, Darren Klemm.

Beberapa amaran kecemasan dikeluarkan dan dijangka bertambah buruk berikutan angin bertiup kencang mengakibatkan api lebih marak.

Kebakaran melanda ke kawasan penduduk yang baru-baru ini diperintahkan menjalani perintah berkurung susulan kes COVID-19 dikesan, membabitkan seramai dua juta penduduk sekitar Perth yang dikuatkuasakan mulai Ahad lalu.

"Ia situasi yang belum pernah kita lihat sebelum ini. Perintah berkurung sepenuhnya dan kebakaran hutan yang sedang marak. Ia semakin panas dan sangat menguji kepada semua," kata Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan.

Tiada kes baharu COVID-19 dikesan sejak perintah berkurung bermula, tetapi kemusnahan rumah akibat kebakaran itu dijangka terus meningkat.

Ratusan penduduk meninggalkan kawasan itu sejak Isnin lalu ketika api mula marak dengan ramai berlindung di pusat pemindahan.

Suhu diramalkan meningkat kepada 35 darjah Celsius hari ini sebelum diramalkan hujan dan merendahkan suhu, namun tiupan angin luar dijangka berlaku hujung minggu ini. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Heartbreak as fires destroy homes in Perth's hills



 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Perth fires still burning out of control | 7NEWS


 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Perth bushfires: No loss of human life, 81 homes lost and 'a lot' of animal loss


 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
AUSTRALIA_RAIN_FLOODS_1616383889.jpg

Jambatan New Windsor di utara Sydney, dinaiki air sekali gus mengakibatkan terputus hubungan dan ribuan penduduk diarahkan berpindah akibat banjir buruk melanda kawasan itu. - Foto EPA.

Banjir di Sydney makin buruk

SYDNEY: Ribuan penduduk diarahkan berpindah manakala lebih 200 sekolah ditutup berikutan banjir buruk di utara Sydney, akibat hujan lebat melanda kawasan Tenggara Australia.

Hujan lebat sepanjang hari itu menyebabkan banjir semakin meluas di kawasan pesisir di negeri New South Wales itu yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

Ia terjadi hanya setahun selepas kebakaran akibat perubahan iklim yang belum pernah berlaku sebelumnya di wilayah sama, diikuti kemarau berpanjangan yang menyaksikan Sydney memperkenalkan catuan air.

Bahagian pesisir utara New South Wales adalah yang paling teruk terjejas dan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata wilayah itu dilanda bencana alam yang terjadi sekali dalam setiap 100 tahun.

Austcazxcqralia-Weather-Flood_1616383896.jpg


Australia-Weatcqafcher-Flood_1616383893.jpg


Di Lembah Hawkesbury-Nepean yang luas di Sydney, paras air sungai dijangka meningkat ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak tahun 1961, selepas Empangan Warragamba, yang membekalkan sebahagian besar bekalan air bersih Sydney, melimpah Sabtu lalu.

Pegawai perkhidmatan kecemasan memaklumkan media tempatan bahawa setakat ini 18,000 orang sudah mendapat perintah pemindahan di seluruh negeri, dengan 2000 orang masih berada di pusat pemindahan.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai situasi yang boleh mengancam nyawa walaupun setakat ini belum ada laporan kematian atau kecederaan serius.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima 8,700 panggilan bantuan sejak krisis bermula dengan lebih 2,000 daripadanya dalam tempoh 24 jam terakhir, kata pegawai kepada Sky News Australia.

Pihak berkuasa pendidikan menyatakan lebih daripada 200 sekolah ditutup, termasuk beberapa yang mengalami kerosakan dalam banjir.

Biro Meteorologi juga memberi amaran mengenai keadaan berbahaya hari ini, sebelum menjangkakan cuaca buruk itu mulai reda dijangka pada akhir minggu ini.

Rekod taburan hujan dijangka akan terus turun dalam beberapa hari mendatang ketika banjir merebak ke barat laut negeri itu, dan lebih jauh ke utara ke Queensland.

Pegawai kesihatan berkata, hujan lebat dan banjir akan menangguhkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 yang dihentikan sementara di Sydney dan sekitarnya kerana masalah bekalan dan penghantaran. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Australia declares natural disaster over torrential floods




 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Several homes have been evacuated after a ‘life threatening’ landslide with severe storms opened up in south-east Queensland.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,476
Reaction score
1,144
Points
156
Aistralia dah lepas summer kan?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Evacuation orders remain in place for thousands of residents along the Hawkesbury Nepean river system. And the NSW SES isn't only rescuing people.


Thousands of residents have been forced to evacuate from their homes after the Nepean River burst its banks, with the Hawkesbury and Kempsey also flooding their surroundings.


In Logan, there is disbelief in Shailer Park, as an enormous section of road continues to rupture and wash away. It has families in more than 20 homes worried.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register