BTC USD 57,192.6 Gold USD 1,831.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bencana alam di AUSTRALIA | Banjir di Sydney makin buruk

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Suhu Sydney paling panas hari ini sejak 1939 , mencecah 47.3 darjah celcius

SYDNEY - AUSTRALIA. Bandar ikonik Australia, Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 79 tahun.

Kata BBC, suhu di Sydney hari ini mencecah 47.3 darjah celcius dan disahkan jabatan meteorologi Sydney.

Keadaan cuaca ekstrim mengakibatkan beberapa perlawanan sukan terhenti, antaranya tenis dan kriket.

Pemain tenis Perancis Kristina Mladenovic yang sedang melawan atlet Australia Ellen Perez terpaksa menyerah kalah akibat cuaca panas.

"Saya minta maaf dan saya rasa ini kali pertama saya menyerah kalah sebab cuaca," kata Kristina di Twitter.

Sementara itu, kerajaan tempatan telah mengeluarkan amaran kebakaran dan mengharamkan sebarang aktiviti melibatkan pembakaran buat sementara waktu.

Semalam, beberapa kebakaran kecil yang dilaporkan berlaku di Victoria dan South Australia berjaya dikawal sepenuhnya.

http://www.sinarharian.com.my/global/suhu-sydney-paling-panas-hari-ini-sejak-1939-1.780312
 
Bangkai ikan dan belut dtemukan tersadai

41518668047_Wetlands.jpg

Ratusan ikan mati dijumpai di sekeliling Laguna Bulshells di bahagian barat laut Sydney, Australia. - Foto Facebook/Richie Benson

SYDNEY: Ratusan bangkai ikan dan belut ditemui di sekeliling pantai Laguna Bushells yang terletak di bahagian barat laut Sydney, Australia pada Ahad.


Jurucakap Rangkaian Alam Sekitar Hawkesbury (HEN), Richie Benson selaku organisasi pemantau laguna itu berkata anggotanya terkejut melihat penemuan itu yang tidak pernah berlaku, lapor ABC Online.

Malah kebimbangan ini timbul selepas oerginisasi itu menerima banyak laporan berkaitan kematian puluhan burung pelikan ditambah pula dengan kematian kura-kura dan belut di beberapa laguna berdekatan.

81518667945_freesize.jpg

Burung pelikan ditemui mati di Laguna Bulshells. - Foto Facebook/Richie Benson

“Pada Ahad, saya keluar bagi memantau Lugana Bushells dan kelihatan ikan dan belut mati di laguna itu.

“Sepanjang hidup saya, ini kali pertama saya melihat fenomena sebegini terjadi.

“Baunya sangat busuk dan ia boleh menyebabkan air di laguna itu beracun terutama selepas beberapa hari kematian haiwan itu,” ujar Richie.

81518667933_freesize.jpg

Belut dijumpai mati di Laguna Deep pada suhu 28.5C. Foto Facebook/Richie Benson

Sehubungan itu, HEN merancang untuk melaksanakan pengurusan air bagi memelihara nilai estetika laguna itu.

Bagaimana pun, Richie menjangkakan kematian haiwan-haiwan tersebut berpunca daripada pertembungan suhu panas dan paras air yang sangat cetek.

“Saya jangkakan kejadian berlaku disebabkan kombinasi suhu cuaca yang begitu panas dan paras air yang sangat cetek di laguna tersebut berkurangan.

“Apabila keadaan itu berlaku, belut melompat keluar dari air tersebut untuk mencari oksigen malangnya mati kekeringan,” jelas Richie.

Selain itu, Richie ada menyukat suhu cuaca di laguna Bulshells minggu lalu iaitu 37C.

51518667919_freesize.jpg

Kura-kura ditemui mati di Laguna Deep. Foto Facebook/Richie Benson

Bagaimana pun, pihak bertanggungjawab yang berkaitan dengan laguna diminta mengambil tindakan sewajarnya dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

http://www.astroawani.com/berita-du...ngkai-ikan-dan-belut-dtemukan-tersadai-168267

Subhanallah ... Kat Amerika Cyclone Bomb sampai -67 darjah celcius ... Kat Sydney panas sampai 47 darjah celcius ... Tak rasa ker Allah nak bagi kita semua sesuatu UJIAN yang sangat hebat ... ?? Aku takut ... Mari kita berdoa dan bertaubat ...

Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 80 tahun

SYDNEY - Larangan aktiviti pembakaran masih tidak dibenarkan di seluruh New South Wales (NSW), Australia hari ini, selepas Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 80 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Cuaca panas menyaksikan suhu mencecah 47.3 darjah Celsius di barat Sydney manakala seluruh bandar pelabuhan, suhu mencapai antara 41 hingga 45 darjah Celsius, sekali gus menjadikannya kawasan paling panas pada Ahad.

Negeri lain di tenggara negara itu juga mengalami cuaca panas teruk, dengan beberapa kawasan di Victoria amat serius pada Sabtu. Lalu lintas antara Sydney dan Melbourne terpaksa ditangguhkah selama beberapa jam.

Puluhan kebakaran hutan turut berlaku di kawasan tenggara dan di NSW sahaja pihak berkuasa mengendalikan sejumlah 51 kebakaran.

Pada Isnin pagi, dunia sukan digemparkan dengan berita kapten pasukan kriket England terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas mengalami dehidrasi teruk pada hari keempat perlawanan persahabatan terakhir menentang Australia di Sydney.

Menurut pegawai Meteorologi Australia, Jordan Notara, bagaimanapun diramalkan perubahan kepada cuaca sejuk sedang berlaku.

"Diramalkan terdapat sedikit penurunan suhu iaitu sekitar 30 darjah Celsius esok," katanya sambil menambah sekurang-kurangnya satu atau dua lagi cuaca panas ekstrim akan melanda sepanjang musim panas kali ini. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/dunia/sydney-dilanda-cuaca-paling-panas-dalam-tempoh-80-tahun-1.586620


Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,720
Reaction score
1,249
Points
201
panas wooo arini.. sampai xleh lena ..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,191
Reaction score
2,777
Points
206
Bali hujan.
Peram telur jelah duduk hotel.
 

jaki80

Fun Poster
Joined
Jun 14, 2010
Messages
269
Reaction score
2
Points
15
Kat jepun ribut salji aku tadah mug je buat ABC
 

miejoo

Active Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
1,060
Reaction score
46
Points
30
Subhanallah ... Kat Amerika Cyclone Bomb sampai -67 darjah celcius ... Kat Sydney panas sampai 47 darjah celcius ... Tak rasa ker Allah nak bagi kita semua sesuatu UJIAN yang sangat hebat ... ?? Aku takut ... Mari kita berdoa dan bertaubat ...
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
Pelik2 cuaca kat dunia sekarang ni , extreme kemain
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,173
Reaction score
71
Points
80
Mari kita istighfar byk kpd Allah SWT.
Peringatan utk kita semua...
Ustaz-ustaz dah sebut dunia ni pun dah ke penghujung nya...tasik galilie dah surut... baitul Maqdis dah dirampas zionis..
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
sini pulak panas bahang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register