BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ben Ladin Hilang Sabar! Terkejut Dapat Tahu 2 Adik Dah Tak Sekolah - “Scam Duit Orang Sampai Beratus Ribu, Belanja Mewah Boleh”

kakigossip

Fun Poster
Messages
673
Joined
Apr 21, 2011
Messages
673
Reaction score
23
Points
15
astrogempak_ben_ladin_adik.png


Isu melibatkan keluarga kini menjadi topik hangat di laman sosial terutama dalam kalangan selebriti dan kini giliran penyanyi Ben Ladin pula. Adik tak sekolah

Berang dengan pihak didakwa mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan dua orang adiknya, Ben menerusi Instastory berkata kereta yang ditinggalkan juga tidak digunakan seperti yang sepatutnya.

"Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikirkan adik-adik nak sekolah. Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi 8 tahun," katanya.

Pada perkongsian yang sama, Ben atau Muhammad Benladen Munshi Shaihan turut mendakwa pihak yang tidak dinamakan itu melakukan penipuan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Tak jalankan tanggungjawab.

Kata Ben, individu tersebut sanggup berbelanja mewah namun tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Scam duit orang sampai beratus ribu. Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh. Roadtax kereta mati, saman berlambak. Kereta hancur," luahnya.

Pada Jumaat lalu, Ben mendedahkan sikap ibu bapanya yang didakwa menipu wang orang lain dan pendedahan itu mengejutkan peminatnya.

Apa yang lebih menyedihkan penipuan itu bukan sahaja menggunakan namanya tetapi kini dia terpaksa menanggung hutang apabila mangsa datang mencarinya meminta ganti rugi.

Tidak tahan terus menjadi mangsa keluarga sendiri, Ben membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

==============================

Aduhai Ben, sabar je lah kan. Nak gaduh2 kat IG pun malas2. Kadang2 camni la selebriti, kat luar cantik2, kat rumah? Huhu... Jangan lupa update story, ramai dok follow nak tau sambungannya. 🙄

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register