Belia 16 Tahun Di Nobat Pendebat Terbaik Debaton Parlimen

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,513
Reaction score
2,028
Points
176
13.10.2019 - Kuala Lumpur, Meskipun baru berusia 16 tahun, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal, mampu membuktikan kebolehannya hingga dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam Debaton Parlimen 2019 (Belia) di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Dengan 380 undi, Nurul Rifayah menewaskan pendebat yang lebih berusia daripadanya iaitu dari 18 hingga 25 tahun.

“Saya memang tidak sangka langsung untuk dinobatkan menjadi pendebat terbaik kerana pendebat yang lain semuanya lebih berusia dan berpengalaman. Sebagai pelajar sekolah, untuk bersaing dengan mereka bukan satu perkara yang mudah.

Ini satu peluang untuk saya tunjukkan kepada orang ramai khususnya anak muda, jangan jadikan umur kita sebagai penghalang,” katanya kepada pemberita setelah selesai sesi perdebatan itu.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Setiabudi itu, beliau menjadikan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai idola dalam arena perdebatan serta sentiasa mengikuti perkembangan menteri muda itu sejak beliau masih menjadi pendebat Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sesi perdebatan semalam adalah sesi kedua daripada tiga sesi Debaton Parlimen yang dianjurkan oleh Malaysiakini dan Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ketua Pegawai Pematuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Zulkarnain Mohd Yasin menyifatkan Debaton Parlimen ini satu usaha yang baik untuk mendedahkan kepada generasi muda tentang pembuatan polisi dan undang-undang.

Dengan topik ‘Keselamatan Siber dan Privasi’, sesi perdebatan kali ini menerima kolaborasi daripada MCMC untuk membantu 24 peserta mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai topik perdebatan itu.

“Selain dapat memberi peluang kepada para belia untuk merasai suasana debat ala parlimen, agensi-agensi yang berkolaborasi dengan pihak penganjur juga berpeluang memberikan penjelasan tentang tugas dan peranan agensi untuk meleraikan kekeliruan khasnya dalam perlaksanan dasar,” katanya.

Beliau turut memuji keupayaan para pendebat kerana berjaya mengupas isu keselamatan siber secara mendalam biarpun dalam usia yang muda.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/10/13/belia-16-tahun-dinobat-pendebat-terbaik-debaton-parlimen/
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,608
Reaction score
162
Points
78
Kalau jadi YB atau menteri satu hari nanti harap jgnlah jadi menteri yg xtau nak wat keje plk.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register