BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Beli kereta terpakai ‘cash’, dah belanja RM400 untuk baiki, tapi stress tengok berderet rekod saman lampau

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,796
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,796
Reaction score
4,319
Points
266
Awards
1

Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau​

Khamis, 04 Julai 2024 3:30 PM
Oleh: MSTAR



553.jpg

Seorang lelaki buntu mengetahui rekod saman lampau kereta dibelinya. -Gambar hiasan

MEMBELI sebuah kereta terpakai atau 'second hand' biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mahu menanggung komitmen bulanan tinggi atau untuk dijadikan kenderaan kedua.

Begitulah juga dengan Mann yang memutuskan untuk memiliki kereta terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM3,400.

Namun, menerusi grup Tanya Peguam di Facebook, dia bertanyakan pandangan kerana mahu membuat pertimbangan semula selepas melihat rekod lampau kereta yang sudah dibayar penuh itu.


2763737.jpeg


Tangkap layar perbualan WhatsApp dikongsikan Man.

Melalui semakan nombor pendaftaran kereta, terdapat lebih lapan saman yang masih belum dibayar.

"Saya nak tanya untuk urusan jual beli kereta (terpakai). Selepas urusan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer), saya ada buat semakan kereta.

"Ada saman berjumlah RM1,150. Saya berbincang dengan pemilik asal kereta. Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula," ujarnya.

Difahamkan, Man sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM400 untuk membaiki kerosakan pada kereta yang dibeli.

Bagaimanapun, dia memilih untuk menanggung kerugiaan berkenaan berbanding menambah lagi bebanan hutang saman pula.

"Saya sudah ada kos baiki kereta berjumlah RM400 tetapi saya tak kisah janji dapat semula RM3,400 yang saya sudah bagi untuk kereta tu.

"Tetapi owner tak nak bagi bayaran penuh semula, dia nak bagi 50 peratus je daripada harga asal. Saya buntu tak tahu nak buat apa," jelasnya lagi.

Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula.​


MAN​

Jelas Man, perkongsiannya ini bertujuan untuk mencari solusi bagi mendapatkan semula wang daripada pemilik asal kereta.

Malah, dia juga mempunyai segala butiran yang diperlukan untuk urusan dan tindakan lanjut.

Jika diteliti di ruangan komen, terdapat beberapa netizen menjelaskan mengenai status rekod saman tersebut.

Menurut salah seorang warga maya, Man tidak perlu bertanggungjawab membayar denda berkenaan memandangkan rekod saman tersebut adalah atas nama pemandu.

2763738.jpeg


Komen warga maya.

"Itu saman akan cari owner asal. Pemilik baharu tidak perlu bayar. Saman memang tertulis nombor pendaftaran kenderaan dan nama pemandu. Jadi tidak perlu risau. Setiap data tukar milik kenderaan ada dalam rekod JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

"Untuk memastikannya dan melupuskan saman, boleh berurusan dengan pihak JPJ untuk melepaskan pemilik baharu dan kenderaan daripada saman lepas.

"Untuk saman polis trafik, sepatutnya sama sebab undang-undang yang trafik PDRM kuatkuasakan juga adalah akta pengangkutan jalan," ujar netizen cuba membantu individu berkenaan.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...susah-hati-tengok-berderet-rekod-saman-lampau
 
Sponsored Post

tunggakkan saman JPJ tak boleh tukar nama ..
tunggakan saman PDRM boleh tukar nama ..

.. ada baiknya semak dulu sistem PDRM sebelum beli kenderaan :)

last year den bli viva rm6k cash kasi kek bini utk dio senang nk poie pasar dsb, tukar nama seller ke bini ok xdo mslh

tapi this year tiba2 dapek notifikasi saman paking MBSA tertunggak, tarikh saman ialah sblm beli viva tu... den fwd ke seller tapi dio buek donno ajo....
 
last year den bli viva rm6k cash kasi kek bini utk dio senang nk poie pasar dsb, tukar nama seller ke bini ok xdo mslh

tapi this year tiba2 dapek notifikasi saman paking MBSA tertunggak, tarikh saman ialah sblm beli viva tu... den fwd ke seller tapi dio buek donno ajo....
Impossibru.
Mana majlis tau owner kereta punya alamat.

Patut kalau saman owner lama, surat sampai ke alamat owner lama.
 
Impossibru.
Mana majlis tau owner kereta punya alamat.

Patut kalau saman owner lama, surat sampai ke alamat owner lama.
Tak mustahil tuan.
Kalau wife dloanman ada guna apps flexiparking, dah ada register kereta Viva dalam apps tu, memang akan dapat notification.
Saya pernah bayarkan kawan saya parking guna apps flexi tu.
Hingga sekarang saman parking kawan saya di tempat lain ada notification sampai pada hp saya.
 
Tak mustahil tuan.
Kalau wife dloanman ada guna apps flexiparking, dah ada register kereta Viva dalam apps tu, memang akan dapat notification.
Saya pernah bayarkan kawan saya parking guna apps flexi tu.
Hingga sekarang saman parking kawan saya di tempat lain ada notification sampai pada hp saya.

ha ah btul paking area shsh alam skg pakai apps, den & bini pakai apps ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register