BTC USD 54,779.2 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli belah atas talian rangsang 'e-conomy' internet di Asia Tenggara

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
Shopping Boost for the E-conomy.png

Beli belah dalam talian dijangka akan melengkapkan sebahagian daripada ekonomi internet di Asia Tenggara (SEA) kira-kira AS$300 bilion menjelang 2025, menurut unjuran dalam Laporan SEA e-Conomy 2019*.

Dalam masa empat tahun sahaja, e-dagang dikesan membawa pertumbuhan hiperbolik, melonjak tujuh kali dari AS$5.5 bilion (17% jumlah ekonomi internet) pada tahun 2015 kepada lebih daripada AS$38 bilion (38%) pada tahun 2019, menurut laporan. Sektor e-dagang sahaja dijangka melebihi $150 bilion dalam nilai barangan kasar (GMV) menjelang 2025 - AS$50 bilion melebihi daripada ramalan yang dibuat lebih dari setahun yang lalu.

Pada tahun 2015, perbelanjaan berkaitan perjalanan dalam talian adalah melebihi daripada 60% daripada ekonomi internet SEA. Perbelanjaan perjalanan dalam talian telah meningkat dari AS$19.4 bilion pada tahun 2015 kepada AS$34 bilion pada tahun 2019 dan dijangka mencapai AS$79 bilion menjelang 2025.

Anggaran sebanyak AS$300 bilion pada GMV menjelang 2025 bagi sektor ekonomi internet Asia Tenggara juga lebih tinggi daripada AS$20 bilion yang dijangka dalam laporan SEA 2016 e-Conomy oleh Google, Temasik dan Bain & Co. SEA adalah penduduk yang mempunyai 570 juta orang, dan kira-kira 90% iaitu 360 juta pengguna internet di rantau ini melayari internet menggunkakan telefon bimbit mereka.

Dengan kadar Pertumbuhan Majmuk Tahunan (CAGR) sebanyak 33%, nilai ekonomi internet melebihi tiga kali ganda antara 2015 (AS$32 bilion) dan 2019 (AS$100 bilion). GMV ekonomi internet berjumlah 3.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (SEA) pada 2019, meningkat daripada 1.3% pada 2015, dan dijangka mencapai 8% menjelang 2025. Secara kebetulan, saiz pasaran e-dagang SEA berjumlah AS$38 bilion pada tahun 2019 adalah bertepatan di bawah GMV pendapatan e-dagang pada Hari Single's Alibaba sebanyak AS$38.4 bilion pada tahun ini - mengatasi AS$7.4 bilion yang dibelanjakan pada Black Friday dan AS$9.4 bilion pada Cyber Monday di Amerika Syarikat, menurut kajian oleh Adobe Analytics.

* Nota: Laporan e-Conomy 2019 merangkumi enam pasaran terbesar di rantau ini : Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Lima sektor utama ekonomi internet di Malaysia
laporannya ialah: e-dagang, perjalanan dalam talian (penerbangan, hotel, sewa percutian), media dalam talian (pengiklanan, permainan, muzik langganan dan video on demand) dan yang paling utama, perkhidmatan kewangan digital (pembayaran, pengiriman, pinjaman, pelaburan, insurans).



Sumber : the edge markets
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
Perbelanjaan dalam talian di Asia Tenggara atasi pertumbuhan pengguna digital

online shopping.jpg


Perbelanjaan dalam talian di Asia Tenggara dijangka mencatatkan pertumbuhan tiga kali lebih pantas berbanding pertambahan pengguna digital menjelang 2025, dengan kategori pakaian dan penjagaan peribadi berada di tempat teratas, menurut satu kajian oleh Facebook dan Bain & Company.

Kajian itu mendedahkan kenaikan perbelanjaan dalam talian di rantau ini akan didorong terutamanya oleh kepelbagaian pilihan, akses internet yang lebih baik dan kemampuan.

"Oleh itu jenama, perlu menjadi lebih bijak dan menyusun semula pemasaran serta perbelanjaan perdagangan mereka untuk selari dengan perjalanan pengguna pelbagai saluran digital yang sentiasa berkembang.

"Jenama yang ingin meraih kejayaan dalam saluran pelbagai ini perlu memahami apa yang pengguna cari dalam kategori mereka, bekerja untuk menyelesaikan keperluan dan masalah, serta menyesuaikan kesetiaan bagi mewujudkan perbezaan, semua ini wajar dibuat dan pada masa yang sama membuat penyampaian dengan konsisten," kata rakan kongsi Bain & Company Singapura, Gwendolyn Lim kepada media semasa membuat pembentangan kajian itu.

Kepelbagaian saluran digital merujuk kepada talian runcit yang berintegrasi dengan kaedah yang berbeza untuk membeli-belah yang disediakan kepada pengguna.

Kajian yang bertajuk "Riding the Digital Wave: South East Asia's Discovery Generation", mendedahkan daripada 90 juta pengguna digital di rantau ini pada 2015, angka itu bertambah 2.8 kali kepada 250 juta pada 2018. Menjelang 2025, akan ada 310 juta pengguna digital di Asia Tenggara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Negara Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata tidak lagi wujud satu-satu cara untuk membeli-belah dan tidak ada orang yang berbelanja dengan cara yang sama dua kali.

"Memandangkan pelanggan sering terlibat dengan perniagaan melalui beberapa saluran serentak, adalah amat penting untuk mereka bentuk sesuatu penerokaan.

"Di Malaysia sahaja, 70 peratus responden berkata mereka agak terbuka kepada jenama lain atau akan membeli daripada pelbagai jenama apabila membeli-belah dalam talian. Ini bermakna perniagaan tanpa mengira saiz termasuk pemain khusus, mempunyai peluang yang besar untuk bersaing pada skala yang lebih besar di Asia Tenggara," katanya.

Tan ketika bercakap mengenai pelaksanaan cukai digital enam peratus membabitkan semua perkhidmatan digital pada tahun depan, berkata Facebook dituntut untuk mengenakan cukai enam peratus ke atas jualan iklan kepada semua pengiklan di Malaysia.

"Kami mematuhi keperluan tempatan di mana kami mengendalikan perniagaan kami dan akan terus fokus dalam membantu memajukan transformasi digital negara dengan menyokong perniagaan Malaysia berkembang secara domestik dan di luar negara," katanya.

"Riding The Digital Wave : Southeast Asia's Discovery Generation" memberi tumpuan bagi melihat bagaimana pengguna digital sedang membentuk e-dagang di rantau ini.

Kajian tersebut ini membuat penyelidikan ke atas 12,965 responden di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand serta Vietnam, dan menemu ramah lebih daripada 30 ketua pegawai eksekutif dan kapitalis teroka di rantau ini.

-- BERNAMA
 

silverchair959

Legendary Member
Messages
18,404
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,404
Reaction score
96
Points
135
betul ni....kalau aku kaya skang ni mmg target bukak company logistik hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register