BTC USD 60,156.4 Gold USD 1,742.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Belgian Virologist Proposes Plan to Eradicate COVID-19 in 6 Weeks Using Ivermectin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601
Usah guna 'ivermectin' rawat pesakit COVID-19 - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi peringatan bahawa ubat 'ivermectin' tidak harus digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Ubat antiparasit yang murah itu digembar-gemburkan oleh segelintir pihak dalam media sosial sebagai 'rawatan ajaib' untuk penyakit COVID-19.

Susulan itu, WHO mengeluarkan garis panduan menekankan bahawa 'ivermectin' sepatutnya hanya digunakan ke atas pesakit COVID-19 dalam konteks ujian klinikal.

Setakat ini, menurut WHO, terdapat kepastian amat rendah dalam bukti mengenai keberkesanan 'ivermectin' mencegah kematian dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19, serta menghapuskan virus itu dari badan.

Pelbagai hantaran dan penulisan dalam media sosial yang menyokong penggunaan 'ivermectin', didapati meningkat di negara seperti Brazil, Perancis, Afrika Selatan serta Korea Selatan, ketika kerajaan serata dunia bertungkus lumus melaksanakan program vaksinasi.

Pandemik COVID-19 mendorong lonjakan permintaan terhadap ubat itu, terutama di Amerika Latin.

Bagaimanapun dalam garis panduan yang dikemas kini mengenai terapeutik COVID-19, WHO menegaskan, pihaknya mengesyorkan 'ivermectin' tidak digunakan ke atas pesakit wabak itu, kecuali dalam konteks ujian klinikal.

"Syor ini meliputi pesakit dengan sebarang penyakit serius dan tempoh gejala," katanya. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register