balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BALIK PULAU - Polis hari ini menahan lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua yang mendakwa dipukul sehingga patah tulang rusuk, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, kesemua pelajar tingkatan empat itu ditahan di sekolah dan diiringi guru mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada 12 tengah hari ini.
"Polis telah merekodkan keterangan kesemua pelajar terbabit dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kami meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai kerana polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Fah Hin berkata, kesemua pelajar berkenaan turut diberi kaunseling dalam sesi pertemuan itu sebelum dibenarkan pulang. - Bernama