BTC USD 41,043.9 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan lulus, ‘hadiah’ rumah Najib antara tarikan minggu ke-4 Dewan Rakyat

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
FW1202787_KL59_18112021_PARLIMEN-lpr-1024x682-1.jpg

Ahli Parlimen bersidang di Dewan Rakyat semalam. Gambar: Bernama



Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar, selain isu-isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan ahli Parlimen.
Sebanyak 31 kementerian terlibat dalam sesi penggulungan selama empat hari sepanjang minggu ini, selepas RUU itu dibahas 131 ahli Parlimen selama dua minggu sebelum ini.
RUU ini seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa mulai Isnin ini sebelum diluluskan dan dibawa ke Dewan Negara.

Minggu ini juga menyaksikan persidangan agak “panas” apabila ahli Parlimen blok pembangkang membangkitkan isu berkaitan siasatan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), larangan penjualan arak dan peruntukan RM100 juta sebagai “hadiah” kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Menjawab isu kanabis ditimbulkan beberapa ahli Parlimen, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata permohonan penggunaannya bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk dipasarkan.

Isu pelaksanaan rangkaian 5G pula ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen yang menyoal kewajaran kerajaan melaksanakan rangkaian berkenaan menggunakan konsep single wholesale network systemmelalui syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) berbanding konsep multi system.

Dalam hal ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menjelaskan bahawa pihak DNB tidak menggunakan dana secara langsung kerajaan dan tiada sebarang jaminan kerajaan diberikan, selain syarikat terbabit turut diarahkan memberikan taklimat kepada semua Ahli Parlimen tentang pelaksanaan rangkaian itu.

Selain itu, Dewan Rakyat juga dimaklumkan mengenai cadangan penggubalan akta khusus berkaitan pensijilan halal yang sedang diteliti, kos mengerjakan ibadah haji yang dijangka meningkat dan senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.

Turut dimaklumkan ialah mengenai Kerangka Dasar Luar baru yang sedang digubal Wisma Putra yang akan memasukkan beberapa pendekatan baharu termasuk diplomasi budaya, manakala kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim pula dijangka siap awal tahun hadapan.

Persidangan minggu ini bagaimanapun tidak begitu “meriah” malah ada sesi penggulungan beberapa kementerian hanya dijalankan kira-kira 20 minit susulan kebanyakan Ahli Parlimen yang membangkitkan soalan ketika sesi perbahasan tidak berada di dalam Dewan ketika sesi penggulungan.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register