BTC USD 96,503.9 Gold USD 2,675.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2025 : Sasaran subsidi petrol RON95 dilaksanakan pada pertengahan 2025

Md Hanif

Fun Poster
Messages
788
Joined
Jun 13, 2023
Messages
788
Reaction score
58
Points
25
Penyasaran subsidi petron RON95 turut dicadang dilaksanakan pada pertengahan tahun depan dengan penjimatan yang dicapai akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

1729253078229.jpeg
 
Sponsored Post

PH ni asalnya pakatan yg terlalu idealist.
Itu yg bermacam macam janji duk tabur dulu dengan alasan zaman dulu lain.
Padahal zaman yg dia tabur janji bulan bintang tu la dia duk ratib ekonomi malaysia teruk nak bankrap.
Idea reformasi dalam pkr hanyalah utk mengangkat anwar jadi pm.
Tak lebih dari tu. Buktinya hari ni tol tak free, lagi tambah konsesi ada.
Education tak free, nak tarik subsidi lagi ada. Petrol pun bakal naik tahun depan.
Harga barang, kos sara hidup tak turun pun.
Malah ringgit yg diorang gelabah dulu cakap nak bankrap tak sampai rm4 pun lagi.
Bila anwar jadi pm ringgit nak cecah rm5 pun still puji anwar pm terbaik.
Perjuangan lawan BN sebab rasuah pun dah kelaut.
Penyokong kem reformasi ni dah macam kena sihir.
Sampai skrg tak sedar2 lagi apa yg jadi tak seperti apa yg diperjuangkan dulu
 
PH ni serpihan dari BA dan PR. Serpihan dari BA dan PR dulu mmg idealist. Masih terbuai teori negara kita ni kaya dgn hasil bumi, jika ditadbir dgn amanah maka hasil bumi tersebut dpt tampung macam2 keperluan rakyat.

Sbb tu timbulnya janji2 nk bagi pendidikan percuma, tol percuma, minyak murah, dll.

Sekarang ni mereka dah reti, yg duit hasil sumber bumi, x cukup pun. Nk lena ada dasar dan polisi ekonomi sendiri yg jelas dan berkesan. Dan ternyata dasar ekonomi UMNOBN dulu juga yg terpaksa diteruskan.
 
Subsidi RON95, kaedah 'harga dua peringkat' diperhalusi - Rafizi

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA, 20 Oktober- Kerajaan sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api RON95 melalui sistem harga dua peringkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata mekanisme itu akan membolehkan 85 peratus rakyat yang layak di negara ini terus kekal menikmati subsidi harga petrol.

"Tapi bila buat 'tier-pricing petrol' sudah tentu mekanismenya perlu berlainan. Ia perlu dibincangkan lebih lanjut dan diperhalusi kerana melibatkan 30 juta orang. Jadi, konsepnya tier-pricing," kata Rafizi kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Statistik Kebangsaan 2024 dan pra-pelancaran Laman Statistik di Putrajaya.

Jelasnya, perbincangan terperinci akan melibatkan kementeriannya dan Kementerian Kewangan bersama pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Penjaja Petrol.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelan subsidi bersasar untuk bahan api RON95 akan diperkenalkan pada pertengahan tahun depan.

Sementara itu, beliau berpendapat bahawa Belanjawan 2025 menepati perancangan kerajaan dalam meletakkan negara di landasan yang tepat bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa memotong perbelanjaan kepada rakyat.

"Walaupun ia yang terbesar dalam sejarah tetapi tahun depan, kita akan terus mengurangkan hutang. Jadi, hutang tahunan itu daripada RM100 bilion, turun RM95 bilion (2022), RM90 bilion (2023) dan anggaran 2024 sebanyak RM85 bilion dan tahun depan kita sasar lagi kurang, RM80 bilion.

Daripada segi fiskal, kita perlu mengurangkan hutang baharu tahunan ini untuk kita mencecah sekitar 60 peratus hutang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2028," tambah Rafizi.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register