BTC USD 97,531.6 Gold USD 2,688.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2025: Perlis terima dua projek utama

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Belanjawan 2025: Perlis terima dua projek utama

Izwan Abdul HalimOctober 18, 2024

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, Belanjawan 2025 dilihat tidak memberi impak besar terhadap kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, terutamanya dengan penarikan balik banyak subsidi mulai tahun hadapan.

“Banyak subsidi akan ditarik balik tahun depan. Peruntukan kepada ahli parlimen di blok pembangkang juga tak disalurkan,” kata beliau sebagai reaksi pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, petang tadi.

Beliau juga berkata, ramai rakyat Perlis tidak mendapat manfaat yang sewajarnya daripada peruntukan tersebut.


Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ di Parlimen pada jam 4 petang tadi.

Ini merupakan kali ketiga belanjawan dibentangkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Walaupun begitu, Mohd Shukri mengakui Perlis menerima dua projek utama dari Kerajaan Pusat.

“Yang pertama, projek naik taraf jalan di persisiran pantai ke Kuala Sanglang dan Jalan Persiaran Wawasan di Kangar.

“Yang kedua, projek naik taraf pos kawalan dan pembinaan blok baharu di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian,” katanya.

Beliau turut menyambut baik peruntukan ini, terutamanya untuk menaik taraf pekan-pekan di sempadan, khususnya di sempadan Selatan Thailand.

“Saya mengharapkan projek ini segera dijalankan memandangkan Perlis masih lagi dalam tempoh Tahun Melawat Perlis,” katanya lagi.

Namun, beliau berharap agar Belanjawan 2025 dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua rakyat tanpa mengira blok parti.

“Cuma saya mengharapkan bajet 2025 ini dapat diseimbangkan dan memberi manfaat sepenuhnya buat semua rakyat tanpa mengira blok parti,” tegasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak melupakan Perlis dalam perancangan bajet tersebut.

“Apapun, terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana tidak lupa kepada Perlis dalam Bajet 2025.

“Insya-Allah, kerajaan negeri Perlis akan terus memberi kerjasama yang baik dalam hubungan antara negeri dan Persekutuan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/10/2024
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register