BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2025: Kerajaan Peruntuk RM50 Juta Pergiat Aktiviti Bahasa, Kesusasteraan

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
2933cdbc24267529d04a4fc91ee635b967123f2627964

cd3083d700a12c43a11fd0c38f0d236267123f48a7d45

Mek Mulung

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini berkata usaha itu termasuk mengalih bahasa karya-karya agung, penganjuran teater serta memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam.

Beliau berkata selain itu, kerajaan turut mendukung penuh pembangunan industri seni kreatif dengan meningkatkan peruntukan Dana Kandungan Digital kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya berteraskan semangat kenegaraan.

“Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia. MyCreative Ventures pula disediakan RM25 juta bagi menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.

“Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta dan aktiviti merangkumi bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek,” kata beliau

 
Back
Top
Log in Register