BTC USD 41,104.3 Gold USD 1,839.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BELANJAWAN 2022 (29 Oktober 4PM)

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
1f46b.png
#Bajet2022: Pembangunan kaum Cina, India, Bumiputera Sabah & Sarawak
1f46b.png
#Budget2022: Community empowerment for Chinese, Indian, Sabah & Sarawak Bumiputera
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera
[Infografik / Infographics]

1636031009104.png

1636031016367.png
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan menyemak semula Bajet 2022 yang memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion.

Jelas beliau, kerajaan tidak perlu berbangga dengan mengemukakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara memandangkan ia melibatkan jumlah hutang yang besar.

BELANJAWAN 2022 yang besar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Dr Mahathir Mohamad, kerana ia melibatkan hutang.

Bekas perdana menteri berkata cadangan perbelanjaan kerajaan untuk tahun hadapan besar kerana hutangnya juga besar.

“Saya harap kerajaan akan semak semula bajet 2022.

Saiz peruntukan bajet tahunan:
2017: RM261b (Tun M kata Najib boros, akan bankrapkan negara)
2019: RM315b (Tun M jadi PM)
2020: RM297b (Tun M jadi PM)
2022: RM332b (Tun M kritik peruntukan bajet yang besar walaupun ianya adalah untuk usaha pemulihan Covid)

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Muhammed Abdul Khalid berkata komuniti Cina dan India hanya mendapat 3% daripada apa yang diterima Bumiputera.

Di mana keadilan, soal pakar ekonomi mengenai peruntukan bajet Bumiputera, bukan Bumiputera​


November 5, 2021 9:35 AM

Muhammed-Abdul-Khalid-bernama-051121-1.jpg


Jumlah keseluruhan peruntukan untuk Bumiputera dalam bajet sejak tiga tahun lalu adalah kira-kira RM30 bilion, menurut Muhammed Abdul Khalid. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi mempersoalkan sikap adil kerajaan dalam Bajet 2020 sambil menyatakan terdapat perbezaan besar dalam pengagihan antara komuniti Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Muhammed Abdul Khalid yang pernah menjadi Penasihat Ekonomi bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata komuniti Bumiputera mendapat peruntukan berjumlah RM11.4 bilion berbanding komuniti Cina dan India yang hanya mendapat kira-kira RM345 juta.

“Ini hanya 3% daripada apa yang Bumiputera dapat.
“Yang penting bagi saya, Bumiputera ramai orang Islam dan ini adalah konsep keadilan. Di mana keadilannya?


“Ya memang benar bahawa ramai Cina kaya tetapi ramai juga yang miskin. Adilkah kita?,” katanya dalam rancangan bual bicara bertajuk “Bajet 2022: Mampukah Rawat Ekonomi Melayu” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), malam tadi.

Khalid juga berkata, jumlah keseluruhan peruntukan untuk Bumiputera dalam bajet sejak tiga tahun lalu adalah kira-kira RM30 bilion.
“Apa hasilnya, kita pun tidak tahu. RM30 bilion pergi mana? Bumiputera yang mana yang dibantu?”

Sebelum ini, bekas menteri Zaid Ibrahim berkata “senang” untuk menjadi Bumiputera apabila berbilion wang telah diperuntukkan untuk komuniti itu.

“Ini mesti menjadi satu-satunya negara yang mempunyai bajet mengikut kaum,” katanya dalam hantaran di Twitter selepas pembentangan Bajet 2022 pada 29 Okt.

Selain itu, Khalid turut membidas cadangan pelaksanaan Cukai Makmur yang mana pendapatan korporat melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33% berbanding 24% sebelum ini.

Reaksi terhadap cukai itu berlaku dengan begitu cepat di Bursa Malaysia apabila jumlah permodalan pasaran syarikat tersenarai mencatatkan penurunan sebanyak RM33.8 bilion, manakala Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa mengakui pada Selasa lalu, ia mungkin disebabkan kebimbangan terhadap cukai berkenaan.

“Kita tidak pernah dengar (tentang cukai ini). Tiba-tiba (cukai) naik ke 33%. Kita mahu kutip RM3 bilion, pasaran jatuh RM33 bilion,” kata Khalid sambil menjelaskan penurunan itu turut menjejaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Idea keseluruhannya ialah untuk mengutip cukai lebih besar daripada pengeluar sarung tangan yang menjana keuntungan empat hingga lima kali ganda berbanding sebelum ini (Covid-19) tetapi anda ingin sasarkan kepada semua.”

Katanya, masalah besar dengan cukai itu ialah pelaksanaan dasar yang mengejutkan dan ia menjejaskan keyakinan pasaran.
Beliau menegaskan ketelusan dalam pelaksanaan dasar dan sikap konsisten amat penting.
“Pasaran akan bertolak ansur dengan beberapa bentuk cukai tetapi bukan seperti ini. Konsepnya ialah cukai secara adil,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Beliau ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Bloomberg hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengurangkan kerencatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi kepada trajektori jangka sederhana.

Tengku Zafrul: Pemulihan ekonomi berada di landasan betul melalui Bajet 2022​



05/11/2021



https://www.facebook.com/sharer.php...-berada-di-landasan-betul-melalui-bajet-2022/
https://telegram.me/share/url?url=h...i+berada+di+landasan+betul+melalui+Bajet+2022
41635608839_TBTENGKUZAFRUL.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi menjelang 2022 menerusi belanjawan pengembangan yang diumumkan Jumaat lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Beliau ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Bloomberg hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengurangkan kerencatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi kepada trajektori jangka sederhana.

“Tidak sewajarnya kita berhenti terlalu awal, kita mahu memastikan bahawa kesan ekonomi diminimumkan dan pertumbuhan ekonomi kembali kepada trajektori jangka sederhana.

“Daripada segi pembiayaan hutang, kita mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran. Jelas sekali, kita mempunyai asas pelabur yang pelbagai dan kita yakin bahawa pembiayaan hutang atau bon dapat dikumpulkan secara domestik,” katanya.

Di bawah belanjawan terbesar yang bernilai RM332.1 bilion, kerajaan telah memperkenalkan cadangan cukai melalui Bajet 2022 seperti cukai kemakmuran, kajian semula cukai keuntungan hartanah termasuk pengenaan cukai khidmat ke atas perkhidmatan penghantaran bagi melonjakkan pendapatannya.

“Memang kita telah mengumumkan satu cukai khusus iaitu cukai kemakmuran, yang merupakan cukai sekali sahaja. Ia hanya melibatkan peningkatan cukai (kutipan) secara marginal yang merangkumi lebih daripada 230 syarikat besar yang tersenarai di bursa saham, yang telah mencipta laba berlebihan semasa pandemik.

“Ia adalah cukai progresif sebanyak 9.0 peratus. Jadi ia bukan jumlah yang besar dan ini adalah untuk membantu membiayai pakej penjagaan kesihatan semasa pandemik COVID-19,” kata Tengku Zafrul.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa pengenalan cukai kemakmuran bukan bersifat mesra perniagaan, dengan menjelaskan bahawa pasaran akan menyesuaikan diri dengan pengumuman itu.

“Saya tidak bimbang (tanggapan). Jika kita melihat di mana kita berada hari ini, jika anda melihat kekuatan mata wang dan ekonomi, dan seperti yang telah saya katakan, cukai progresif (akan) hanya melibatkan 230 syarikat tersenarai.

“Jika anda tengok kepada sektor perniagaan, kita telah memberikan pakej bantuan sebanyak RM40 bilion dan kita juga mempunyai program bernilai RM4.8 bilion membabitkan pekerjaan, ini menjamin 600,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kita perlu melihatnya secara holistik dan fokus utama sekarang adalah kepada ekonomi serta mewujudkan pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, kerajaan yakin dengan ekonomi pada 2022, yang bakal didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh dengan anggaran pertumbuhan antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun tersebut.

Setakat ini, 75 peratus daripada keseluruhan populasi yang merangkumi lebih 90 peratus penduduk dewasa Malaysia telah menerima vaksin

Tengku Zafrul berkata dasar fiskal dan monetari Malaysia masih akomodatif dan kerajaan sedang berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2022 berbanding 6.5 peratus tahun ini.

“Masih ada ruang untuk kita gunakan dan dalam belanjawan, kita mengandaikan harga minyak berada pada sekitar US$66 setong dan seperti yang anda tahu (sekarang) ia telah naik lebih tinggi daripada itu. Langkah-langkah cukai baharu ini pun tidak dimasukkan dalam aliran pendapatan negara pada tahun hadapan,” katanya.
— BERNAMA

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
SEKTOR PEMBINAAN | Bantuan & Projek Wajar Diperluas Kepada Semua Pemain Industri

Sektor pembinaan menerima pelbagai bentuk bantuan, dari sudut program latihan dan pembiayaan, khususnya untuk kontraktor belia berskala kecil, dalam Bajet 2022.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
FB_IMG_1636789452950.jpg

💰Bajet 2022 - Peruntukan khusus Sabah & Sarawak

-infografik-

#bajet2022 #budget2022 #SarawakTok #sabah #malaysia #keluargamalaysia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1


DAP sifatkan Keluarga Malaysia gagal​

LIM-GUAN-ENG-re.jpeg


LIM Guan Eng berucap dalam pembukaan Konvensyen Biasa DAP Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

  • 14 November 2021, 1:14 pm





SHAH ALAM: Gagasan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai gagal oleh DAP berikutan dasar itu dilihat seperti tidak dipraktikkan dalam Belanjawan 2022 apabila peruntukan bagi kaum Cina dan India rendah.

Hal demikian dijelaskan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang menyifatkan peruntukan berjumlah RM345 juta dalam Rang Undang-Undang Perbekalan itu adalah tidak adil dan perlu dikaji serta ditingkatkan.

“DAP tidak pernah menentang peruntukan berjumlah lebih RM9 bilion kepada kaum Bumiputera dalam Belanjawan 2022, baru-baru ini. Namun, kami mempersoalkan peruntukan kira-kira RM345 juta kepada kaum Cina dan India.

“Peruntukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kaum Cina dan India amat rendah jika hendak dibandingkan apa yang diberikan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan Persekutuan,” katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen Biasa DAP Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Terdahulu, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 November lalu, sejumlah RM11.4 billion diperuntukkan kerajaan kepada kaum Bumiputera dari segi bantuan, pendidikan dan pemerkasaan syiar Islam.
Manakala bagi kaum Cina, sejumlah RM200 juta dan RM145 juta kepada kaum India diperuntukkan bagi tujuan sama.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal penggantian kenderaan rasmi bagi anggota kabinet daripada model Proton Perdana kepada Toyota Vellfire atas alasan kos sewa bulanan sedikit lebih rendah.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan ketika PH memerintah selama 22 bulan itu menegaskan tindakan sedemikian tidak pernah dibuat oleh kerajaannya seperti yang didakwa beberapa pemimpin politik lain.

“Adakah anda percaya dengan apa yang diperkatan kerajaan bahawa sewa kereta Vellfire lebih murah daripada Perdana,” soalnya. – UTUSAN

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1


Parlimen: 8 kementerian dijadual gulung perbahasan Bajet 2022​


November 17, 2021 10:30 AM

dewan-rakyat-pembangkang-bernama.jpg


Sebanyak 17 kementerian telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan Bajet 2022 yang dijadual selama empat hari bermula Isnin. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan antara lapan kementerian yang dijadual menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Penggulungan perbahasan yang memasuki hari ketiga peringkat kementerian itu akan menyaksikan menteri atau timbalan menteri dari kementerian terbabit menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan 131 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semasa membahaskan rang undang-undang itu selama tujuh hari, bermula 1 Nov lepas.

Sebanyak 17 kementerian telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan Bajet 2022 yang dijadual selama empat hari bermula Isnin.

Sebelum sesi penggulungan, persidangan Dewan Rakyat seperti biasa akan dimulakan dengan sesi pertanyaan bagi jawab lisan dan berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, tiga daripada 10 soalan terawal melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.



Antara soalannya adalah berkaitan peruntukan yang disalurkan kepada tiga kampung Orang Asli di kawasan Parlimen Tebrau pada 2020 dan hingga September 2021 serta punca kementerian tidak menyediakan rumah pasang siap (prefab) untuk Orang Asli di Kampung Pasir Putih dan tidak menyambungkan paip air kepada Kampung Pasir Salam.

Turut ditanya adalah persoalan berkenaan rang undang-undang baharu untuk menyokong isu perkauman yang diajukan P. Prabakaran (PH-Batu) dengan meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada Akta Perpaduan Negara itu akan bersifat adil dan saksama untuk semua kaum di Malaysia.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
1637232758641.png



Bajet 2022 lulus peringkat dasar, PH tak sokong undi belah bahagian

Diterbitkan: Nov 18, 2021 6:29 PM

PARLIMEN l Bajet 2022 melepasi peringkat dasar dengan undian suara di Dewan Rakyat hari ini, susulan kegagalan Warisan dan Pejuang untuk mendapatkan sokongan Pakatan Harapan (PH) bagi memohon supaya undi belah bahagian dijalankan.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 15 ahli parlimen bagi membolehkan undi belah bahagian dijalankan. Undi yang juga disebut block vote akan dikira di kalangan semua wakil rakyat Parlimen yang hadir dan direkodkan dalam Hansard.

Warisan dan Pejuang tidak menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang merupakan perjanjian antara PH dengan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang dimeterai pada 13 September lalu.

Antara perjanjian MOU tentang transformasi dan kestabilan politik adalah bahawa PH akan menyokong atau berkecuali ketika mengundi untuk Bajet 2022 dan sebarang rang undang-undang berkaiatan dengan Perbekalan.


ADS

Ketika speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkan undian suara bagi peringkat dasar Bajet 2022, Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mencelah dan memohon supaya undi belah bahagian dijalankan.



d834a2af690ebe748b2b8be4b243fb82.jpg



Ahli Parlimen Warisan lain seperti presiden parti Shafie Apdal (Warisan-Semporna) serta Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) menyertai gesaannya untuk undi belah bahagian.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) juga mengesahkan bahawa dia menyokong gesaan supaya undi belah bahagian dijalanakan.

Bagaimanapun, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan kepada Azhar bahawa pembangkang tidak mencapai kuorum yang diperlukan iaitu sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Justeru, Bajet 2022 lulus peringkat dasarnya dengan undi suara. Ia akan memasuki peringkat jawatankuasa minggu depan, dengan butiran belajawan yang lebih khusus akan dibahaskan.

PH sebelum ini berkata mereka akan mengambil bahagian dalam undian suara walaupun tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam Bajet 2022.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
#BHnasional Majoriti Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong Bajet 2022, tanpa perlu melalui undian belah bahagi
#Bajet2022
https://bit.ly/30zgat8

Bajet 2022 lulus dengan sokongan majoriti

November 18, 2021 @ 5:29pm


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat petang ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 peringkat dasar.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa perlu melalui undian belah bahagi.
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, pada jam 5.20 petang.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan kira-kira sejam.




Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Minggu depan, perbahasan akan melalui peringkat jawatankuasa sebelum pengundian sekali lagi dilakukan.

Selain Kementerian Kewangan, empat lagi kementerian menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

DATUK_SERI_TENGKU_MOHD_ZAFRUL_TENGKU_ABDUL_AZIZ_1637229270.jpg
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register