BTC USD 40,846.9 Gold USD 1,839.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BELANJAWAN 2022 (29 Oktober 4PM)

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

Belanjawan 2022 berbunyi perkauman, dakwa ahli Parlimen PKR​


Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 2 Nov 2021 8:19PM · 0 Komen

49935707361_42337ae89b_o__full.jpg
Ahli Parlimen Subang Wong Chen mendakwa pembentangan Bajet 2022 Jumaat lalu cenderung kepada agihan berdasarkan kaum, sepatutnya diagih mengikut jurang miskin dan kaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2021.

BELANJAWAN 2022 yang dibentang minggu lepas didakwa membawa mesej perkauman apabila agihan antara kaum dilihat berat sebelah dan tidak adil, kata Wong Chen.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, kerajaan harus mengubah isi kandungan belanjawan tersebut agar dilihat lebih adil dalam pengagihan tanpa diskriminasi kaum.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Bajet 2022. Ada yang baik, ada yang perlu ditambah baik.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

Najib Razak

8j ·

Susulan kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM300 bilion serta pengambilan dividen melampau sebanyak RM140 bilion dari Petronas sejak PRU14 akibat pemansuhan GST dan lockdown separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia, kewangan kerajaan dan kemampuan kerajaan untuk bantu Rakyat yang terjejas akibat pandemik adalah terhad

Sebab itu, kerajaan perkenalkan cukai makmur ‘one-off’ sebanyak 33% akan dikenakan bagi syarikat berpendapatan melebihi RM100 juta - iaitu kenaikan dari cukai biasa sebanyak 24%.

Ini perbandingan kadar cukai korporat beberapa negara:
Hong Kong: 16.5%
Singapura 17%
Indonesia: 22%
Filipina: 25%
Thailand: 20%
Vietnam: 20%
UK: 19%
USA: 21%
China: 25%
MALAYSIA: 33% (biasanya 24%).

Saya pernah menulis beberapa kali bahawa antara niat sistem cukai GST ialah untuk turunkan cukai korporat dan cukai peribadi ke paras lebih kompetitif degan negara-negara jiran bagi menggalakan perniagaan baharu dan pelaburan asing dalam negara.

Ini juga trend seluruh dunia.

Dan ini juga dibuktikan apabila cukai korporat dan peribadi diturunkan beberapa kali dari 28% ke 24% semasa saya PM.

Malah, negara Filipina turut turunkan cukai korporat dari 30% ke 25% pada tahun ini sebagai satu usaha membina semula ekonomi mereka yang terkesan teruk oleh pandemik.
"Philippines to cut corporate tax to 25% to aid recovery from COVID"
https://asia.nikkei.com/.../Philippines-to-cut-corporate...

Tapi kita naikkan dari 24% ke 33% secara one-off untuk pungut sekitar RM3 bilion pulak.
"To an additional question by Ahmad Maslan (BN-Pontian) on the revenue to be earned from the prosperity tax, Yamani said it was not known yet but it could be more than RM3 billion."
https://www.freemalaysiatoday.com/.../prosperity-tax.../

Ini antara kebimbangan saya dalam perbahasan saya semalam bahas di Dewan Rakyat.
------

Saya menyedari bahawa hasil kepada kerajaan dijangka rendah dan kewangan kerajaan ketika ini sangat tertekan atau kritikal.

Tapi saya amat bimbang dengan dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat dari 24% ke 33% bagi syarikat yang untung lebih RM100 juta bagi tahun 2022 serta langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari luar negara untuk menambah pendapatan kerajaan.

Akibat pemansuhan GST, yang menyekat langkah kerajaan BN dahulu untuk menurunkan cukai korporat dan peribadi, kadar-kadar cukai negara kita sudah menjadi paling tinggi di ASEAN ketika ini – malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang sudah turunkan kadar cukai mereka dengan ketara sejak 2 tahun lepas.

Saya faham, kenaikan kadar cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang menjana keuntungan RM100 juta ke atas adalah langkah sementara untuk satu tahun sahaja, tetapi, ianya akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa yang akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan.

Perlu kita sedari, semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara-negara lain sebagai pilihan alternatif.

Sebab apa pelabur asing mahu memilih negara kita dengan kadar cukai yang tinggi untuk melabur apabila tawaran negara-negara jiran kita lebih menarik dan semakin menarik?

Kita boleh lihat daripada kejatuhan teruk pasaran saham sebanyak 33 point sehingga pukul 12 tengahari tadi akibat langkah tersebut.

Malah semasa saya berdiri ini …………….

Nilai sekitar RM25 bilion ini telah dihapuskan dari pasaran kita. Dan yang akhirnya menanggung kerugian ini adalah rakyat secara langsung atau secara tidak langsung melalui tabung-tabung simpanan rakyat seperti KWSP, ASB, Tabung Haji serta Unit Trust.

Sekiranya matlamat perbelanjaan kerajaan yang paling besar ini adalah untuk menjana peluang pekerjaan yang baharu dan memulihkan ekonomi serta menambah pendapatan kerajaan, ada banyak lagi cara selain memperkenalkan cukai-cukai baharu.
---
Akhirnya, nilai sebanyak RM33.8 bilion sudah musnah dalam pasaran saham kita semalam berbanding hasil tambahan RM3 bilion kepada kerajaan yang dikutip dari cukai makmur ini.

Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?

Saya sangat bimbang bahawa langkah sementara ini akan memberi impak jangka masa panjang terhadap keyakinan pelabur dan ekonomi negara kita serta nilai aset simpanan Rakyat.


1635861909396.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Pihak pembangkang tidak sepatutnya memutar belit isu mengenai kesaksamaan pembahagian dana kepada negeri-negeri dengan membahagikan jumlah keseluruhan bajet itu. - Tiong King Sing


Pembangkang tidak patut putar belit fakta Bajet 2022
| | 02 November 2021



1635862774692.png

Tiong King Sing


KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen meminta pihak pembangkang supaya tidak memanipulasi fakta berkenaan Bajet 2022 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berkata, pihak pembangkang tidak sepatutnya memutar belit isu mengenai kesaksamaan pembahagian dana kepada negeri-negeri dengan membahagikan jumlah keseluruhan bajet itu.



“Mengenai bajet ini, (jumlah keseluruhan) RM332.1 bilion tetapi perbelanjaan (mengurus) RM233.5 bilion, (perbelanjaan) pembangunan sahaja RM75.6 bilion, sepatutnya kalau kita bahagikan 11 negeri, dua wilayah sepatutnya satu negeri atau wilayah dapat RM5.82 bilion.

“Tetapi pembangkang sudah putar belit, dia masuk (kira) jumlah RM332.1 bilion itu (kemudian) bahagi, tak patut, pasal gaji polis kerajaan Persekutuan bayar, perkhidmatan perubatan semua kerajaan Persekutuan bayar, kita jangan keliru,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut meminta kerajaan supaya meningkatkan peruntukan pembangunan Sarawak pada 2023 agar penaiktarafan kawasan luar bandar dan infrastruktur negeri itu dapat dilaksanakan.

Sementara itu, wakil rakyat dari Sarawak, Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) pula berkata, Sarawak perlu menerima peruntukan pembangunan lebih tinggi berdasarkan saiz demografinya yang lebih besar berbanding Sabah.

“Kita harus lihat dari segi kesaksamaan pembangunan untuk wilayah terutama di Sabah dan Sarawak, dari peruntukan pembangunan Sabah menerima RM5.2 bilion (manakala) Sarawak RM4.6 bilion.

“... RM4.6 bilion hanya enam peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan, walaupun saya tahu secara asasnya ada peningkatan RM0.1 bilion tapi dengan izin ia mungkin satu kenaikan tetapi bukan belanjawan yang mencukupi,” katanya dan menambah Sabah juga memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan.


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) pula berkata, Sabah dan Sarawak menyumbang hampir RM145 bilion melalui keuntungan hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas iaitu merangkumi 45 peratus daripada jumlah Bajet 2022.

Bagi mencapai kemakmuran negara, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, kerajaan perlu berlaku adil kepada semua negeri dengan janji yang dibuat kepada Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia 1963 mesti dikotakan.

Sesi perbahasan rang undang-undang itu yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat disertai 31 ahli Parlimen pada Selasa.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu. - Bernama



 

qi_telcommunication

Active Member
Messages
1,749
Joined
Mar 16, 2013
Messages
1,749
Reaction score
186
Points
43
Dalam bajet ni patut caruman kwsp bahagian majikan dinaikkan 2% bagi yg bergaji bawah 5k, bawah 10k naikkan.1%
 

stillFX

Super Active Member
gem
Messages
7,931
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,931
Reaction score
1,065
Points
151

Bajet 2022: "Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang KWSP" - Najib gesa had i-Citra naik ke RM10,000​


November 1, 2021 15:51 MYT
Bajet 2022: Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang KWSP - Najib gesa had i-Citra naik ke RM10,000

Najib berkata ada dalam kalangan mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil, selain menyelesaikan tunggakan hutang. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa kerajaan agar menaikkan had maksimum pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Citra kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Membahaskan Bajet 2022 hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, peningkatan had tersebut adalah sebagai skim pengeluaran khas terakhir memandangkan ia amat dituntut oleh rakyat kerana keperluan yang mendesak akibat pandemik COVID-19.


Menurut bekas Perdana Menteri itu, ada dalam kalangan mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil selain menyelesaikan tunggakan hutang.


"Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang caruman mereka. Justeru, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikan ke RM10,000.

"Sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP," katanya di Dewan Rakyatdi sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Najib berkata, antara langkah yang boleh dilakukan termasuk membantu KWSP meraih pendapatan dengan memberikan projek-projek yang lebih lumayan dalam tempoh pasca COVID-19.

"Oleh itu, ini selaras cadangan saya tadi, projek Bandar Malaysia perlu diberikan kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan syarat projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR KL-SG) dikembalikan dengan konsep, asal yakni Singapura ke Bandar Malaysia dan tidak dari Johor Bahru ke KLIA," ujarnya lagi.

Selain itu, Najib juga mencadangkan agar menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum, selain mengesyorkan pembayaran dividen KWSP secara struktur berperingkat atau 'multi-tier dividend structure'.

"Keadah bayaran dividen secara 'multi-tier dividend structure' ini perlu diperluaskan ke tabung-tabung simpanan lain seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Tabung Haji agar matlamat merapatkan jurang pendapatan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan tercapai," ujar bekas Menteri Kewangan itu lagi.

terbaik pok jib. harap dibukakan hati yang tukang lulus ni utk one-off kwsp
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Semua kekeliruan mengenainya akan dijawab pada sesi penggulungan Bajet 2022 nanti. #AWANInews #AWANI745 #Bajet2022

Tiada unsur perkauman dalam Bajet 2022 - PM​



November 3, 2021 13:51 MYT
Tiada unsur perkauman dalam Bajet 2022 - PM

Menurut Perdana Menteri, semua kekeliruan mengenai Bajet 2022 tersebut akan dijawab oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen termasuk pada sesi penggulungan Bajet 2022 nanti. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Subang daripada PKR, Wong Chen yang mendakwa Bajet 2022 yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu mempunyai unsur perkauman.

Jelas beliau, kenyataan Wong Chen itu bermungkinan kerana Ahli Parlimen berkenaan gagal memahami dan membaca keseluruhan isi kandungan Bajet 2022 yang dibentangkan.


“Macam mana pulak unsur perkauman? Saya ingat dia tidak faham pasal bajet bila dia tak baca. Saya sudah umumkan untuk Kampung Baru Cina ada, untuk masyarakat India ada, saya sebut semua sekali.


“Bajet ini inklusif semua sekali. Malah kita sebut satu persatu, untuk kaum Cina apa dia, untuk kaum India apa dia, untuk Orang Asli apa dia, untuk Sarawak apa dia, terperinci satu persatu. Jadi mungkin dia tak baca, itu yang dia tidak faham, “ jelas beliau pada sidang media pada Rabu.

Apapun jelas beliau lagi, semua kekeliruan mengenai Bajet 2022 tersebut akan dijawab oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen termasuk pada sesi penggulungan Bajet 2022 nanti.

Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen pada Jumaat lalu dengan menyaksikan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan peruntukan berjumlah RM332.1 bilion.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

Korek Korek

11m ·

LGE kata di sebalik kepayahan pandemik dan kemelesetan ekonomi, kerajaan memainkan sentimen perkauman dan agama dengan mencampuri gaya hidup orang bukan Melayu dan bukan Islam. Rakyat terus dipesongkan perhatian.

Lalu dia dakwa, Bajet 2022 mengabaikan bukan Melayu dan bukan Islam - yang ‘diperuntukkan kurang daripada 0.1% daripada bajet RM332 bilion’ – sedangkan komposisi adalah 30% penduduk.

Tulisan dia sahaja sebenarnya sudah sarat dengan hasutan perkauman dan penuh pemesongan.

‘Kurang daripada 0.1%’, kira macam mana?

Bantuan Tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia atau Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tablet untuk siswa B40, Bantuan Tambang Pengangkutan, Insentif Penggajian JaminKerja, pelepasan cukai, geran, pembiayaan kredit - semua kaum terima.

Peruntukan untuk kesihatan – apa hospital awam di Malaysia tidak ada doktor bukan Melayu kah? Rawatan dan ubatan hanya untuk pesakit Melayu sahajakah?

Peruntukan penyelenggaraan dan bina jalan raya – apa ada lorong mengikut kaum dan agamakah? 99.9 km untuk setiap pemandu Melayu, 0.1km untuk bukan Melayu?

Samalah sentimen dan pemesongan yang dimainkan oleh Nga Kor Ming tempoh hari, sehingga menghasut agar pengundi Cina di Melaka lepas geram dalam undi PRN.

Yang lucu dan ironi, selepas main sentimen yang sarat fallacies itu, dia menyeru agar semua bersatu-padu menentang mereka (di dalam kerajaan) yang beragenda perkauman dan ekstremis agama.

https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/428464765316952
https://www.facebook.com/UlasanApekCina/posts/1484352061926834


1636028459951.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register