BTC USD 40,687.6 Gold USD 1,839.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BELANJAWAN 2022 (29 Oktober 4PM)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
BELANJAWAN 2022 | Proses Rangka Bermula April

Unit perancang ekonomi sudah menerima senarai projek pembangunan daripada beberapa kementerian untuk dibawa dalam proses pertimbangan Belanjawan 2022.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
FB_IMG_1635504070108.jpg

📌 Kerajaan sediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18-30 sebanyak RM900 selama enam bulan.

📌 Perlanjutan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025.

📌 Bajet 2022: RM10 juta diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negara khusus untuk tingkatkan program latihan atlet OKU, laksana Liga Sukan OKU.

📌 Bajet 2022: Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.

📌 Bajet 2022: Peruntukan RM50 juta untuk laksana program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan penganjuran Hari Sukan Negara

📌 Bajet 2022: Projek perumahan diteruskan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion

📌 Bajet 2022: Subsidi RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk manfaat penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak

📌 Bajet 2022: RM80 juta disediakan bagi Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti untuk manfaat pengendali bas itu, serta RM115 juta bagi pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna

📌 Bajet 2022: Lebih RM2.5 bilion bagi program insfrastruktur luar bandar termasuk hampir RM1.5 bilion bagi projek jalan luar bandar dan perhubungan desa, serta RM382 juta bagi bekalan air

#Bajet2022
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera

FB_IMG_1635501791590.jpg

📌 Bajet 2022: Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40

📌 Bajet 2022: Lebih RM11 juta disediakan bagi subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi selain laksana ujian saringan kanser serviks

📌 Bajet 2022: Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40

📌 Bajet 2022: Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan

📌 Bajet 2022: Peruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU

📌 Bajet 2022: Kerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKU

📌 Bajet 2022: Pihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri

#Bajet2022
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera

FB_IMG_1635500214299.jpg

📌 Bajet 2022: Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan dilanjutkan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU sehingga 30 Jun 2022

📌 Bajet 2022: Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah

📌 Bajet 2022: Peruntukan RM30 juta bagi kemudahan taska di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan universiti awam.

📌 Bajet 2022: Sebanyak RM120 juta bagi penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

📌 Bajet 2022: Pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion disediakan.

📌 Bajet 2022: Pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion disediakan dibawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia.

-- Tengku Zafrul

#Bajet2022
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera

FB_IMG_1635499325371.jpg

📌 Bajet 2022: Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso

📌 Bajet 2022: Kerajaan cadang tingkat kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550, bantu 56,000 isi rumah

📌 Bajet 2022: Pelepasan cukai sehinggan RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman sukarela seperti individu yang bekerja dalam sektor gig.

📌 Bajet 2022: Sejumlah RM11.4 bilion disediakan bagi melaksanakan inisiatif pembangunan Bumiputera.

📌 Bajet 2022: Kerajaan setuju luluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta bagi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian

📌 Bajet 2022: Sebanyak RM6.6 bilion bagi kemudahan pendidikan anak-anak Bumiputera, manakala RM4.8 bilion bagi program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan termasuk di bawah TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera

-- Tengku Zafrul

FB_IMG_1635498507325.jpg

📌 Bajet 2022: Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah

📌 Bajet 2022: Peruntukan RM746 juta untuk naik taraf sekolah daif termasuk 112 projek di Sabah dan 165 di Sarawak

📌 Bajet 2022: Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150

📌 Bajet 2022: Penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

📌 Bajet 2022: RM50 juta untuk biayai pembelian peralatan mengajar dan tambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

📌 Bajet 2022: Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM

📌 Bajet 2022: Kerajaan cadang lanjutrkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Dis 2022

--Tengku Zafrul


#Bajet2022 #KeluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera

FB_IMG_1635497538193.jpg

📌 Bajet 2022: Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000

📌 Bajet 2022: RM233.5 bilion diperuntuk bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19

📌 Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.

📌 Bajet 2022: RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka.

📌 Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas

📌 Bajet 2022: Kerajaan sediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia

📌 Bajet 2022 sediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan bagi belanja mengurus dan pembangunan dalam negara beralih ke fasa endemik COVID-19.

📌 Tambahan RM4 bilion disediakan untuk agenda tangani COVID-19 merangkumi RM2 bilion biayai program vaksinasi.

📌 Bajet 2022: Peruntukan bagi KKM adalah yang kedua terbesar selepas sektor pendidikan.

📌 Bajet 2022: Kerajaan cadang laksanakan perolehan ubat antiviral bagi melawan COVID-19.

📌 Bajet 2022: PICK akan terus diperkasa bagi bekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada dewasa, teruskan vaksinasi anak-anak 12 - 17 tahun

-- Tengku Zafrul


#Bajet2022 #KeluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaMakmurSejahtera

📌 Bajet 2022 didasari usaha sebagai Keluarga Malaysia untuk bangkit semula memulih negara.

📌 Lebih 28,000 ahli Keluarga Malaysia terkorban disebabkan COVID-19 kini.

📌 Lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi disediakan kerajaan berjumlah RM530 bilion keseluruhan tidak termasuk peruntukan Belanjawan 2021.

📌 95 penduduk dewasa dan 62 peratus remaja telah menerima vaksin COVID-19.

📌 Ekonomi negara pada tahun 2022 diunjur terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

📌 #TeamMOF terbitkan kenyataan Pra-Bajet 2022 dan empat Kertas Konsultasi Awam antaranya merangkumi topik penambahbaikan perolehan kerajaan

📌 Bantuan sebanyak RM2,000 dibawah BKM kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan

– Tengku Zafrul

#Bajet2022
#KeluargaMalaysia

Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,834
Joined
May 29, 2008
Messages
18,834
Reaction score
7,924
Points
481
Awards
1
Update sikit..

Tentang belanjawan 2022..

Jika benar, belanjawan dah x perlu dibentangkan..

Wow..

IMG_20210613_153257.jpg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
Update sikit..

Tentang belanjawan 2022..

Jika benar, belanjawan dah x perlu dibentangkan..

Wow..

IMG_20210613_153257.jpg

Mengikut kefahaman darurat
Betul dah tak perlu buat belanjawan lagi untuk 2022 kalau tempoh darurat dilanjutkan lagi
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,834
Joined
May 29, 2008
Messages
18,834
Reaction score
7,924
Points
481
Awards
1
Mengikut kefahaman darurat
Betul dah tak perlu buat belanjawan lagi untuk 2022 kalau tempoh darurat dilanjutkan lagi

Buat pertama kalinya malaysia bakal xde belanjawan untuk dibentangkan.

Lebih kpd kerajaan bagi info je lah lepas ni.

Budget 430 billion untuk dibelanjakan bla bla. Setel.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
Buat pertama kalinya malaysia bakal xde belanjawan untuk dibentangkan.

Lebih kpd kerajaan bagi info je lah lepas ni.

Budget 430 billion untuk dibelanjakan bla bla. Setel.

Dengan keadaan semasa
Ada tempoh dalam 2 bulan lagi sebelum tempoh darurat tamat
Kes belum turun lagi sampai 2 angka
Jadi kemungkinan darurat disambung tinggi
Dan pembentangan belanjawan pun tiada sekali
Cukup sekadar bentang info
Tiada perbahasan
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,554
Points
721

Belanjawan 2022 dijangka terus fokus kelangsungan, kesejahteraan rakyat​


KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka merangka Belanjawan 2022, yang bakal diumumkan Oktober ini, berlandaskan strategi mengembang dengan tumpuan berterusan dalam menjamin kelangsungan dan memantapkan kesejahteraan rakyat yang terkesan oleh pandemik COVID-19, demikian kata penganalisis.


Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, berkata kerajaan dijangka memantapkan beberapa dasar bagi menangani isu perlindungan keselamatan sosial dan meningkatkan jaringan keselamatan rakyat.


Beliau berkata, pihaknya menjangkakan tumpuan akan diberikan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat yang terkesan oleh penularan COVID-19.


"Kami tidak jangkakan kerajaan akan umumkan (inisiatif) seperti pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau moratorium pinjaman kerana ia bukan langkah berulang yang boleh dilakukan memandangkan ia mempunyai had.

"Apa yang boleh saya katakan, bantuan akan lebih kepada usaha menangani kesan memeritkan kepada rakyat," katanya pada taklimat Tinjauan Separuh Kedua Malaysia Maybank Investment Bank secara maya hari ini.


Mengenai unjuran ekonomi Malaysia bagi 2021, Suhaimi berkata, pihaknya telah membuat semakan semula unjuran ekonomi negara ini kepada 4.2 peratus berbanding 5.1 peratus sebelum ini berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.


Beliau berkata, pihaknya menjangkakan defisit fiskal pada 6.8 peratus bagi tahun ini dan inflasi sekitar 2.6 peratus.


Bagi ringgit pula, pihaknya menjangkakan mata wang tempatan akan berada pada paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir tahun ini.


Mengenai impak terhadap penarafan kredit Malaysia, Suhaimi berkata, risiko terhadap penurunan penarafan kredit negara ini masih ada seperti peningkatan hutang kerajaan.


Sementara itu, Ketua Serantau Penyelidik Ekuiti Maybank Kim Eng, Anand Pathmakanthan, berkata pihaknya telah menurunkan unjuran bagi indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI kepada 1,720 mata tahun ini berbanding 1,830 mata sebelum ini.


Beliau menjelaskan, semakan semula itu dibuat berikutan ketidakpastian terhadap peralihan fasa selanjutnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pembukaan semula ekonomi.


Namun begitu, katanya, terdapat faktor sokongan lain terhadap ekuiti tempatan seperti kecairan yang mencukupi, pemulihan ekonomi global dan daya tarikan yang lebih menarik terhadap ekuiti berbanding kelas aset yang lain.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
💰 Belanjawan 2022 pada 29 Oktober
💰 Budget 2022

[Infografik / infographic]

@muhyiddinyassin_official @tzafrul_aziz @mof_malaysia

FB_IMG_1627293917320.jpg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
MESYUARAT KHAS PARLIMEN | RMK-12, Belanjawan 2022 Dibentang September & Oktober

Kerajaan akan mengumumkan kesinambungan PPN dan memperincikan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2022.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
EKONOMI | Penyata Pra-Belanjawan Akan Dibentang Segera

Buat julung kalinya, Penyata Pra-Belanjawan 2022 akan dibentangkan terlebih dahulu dalam usaha menjadikan belanjawan itu lebih inklusif dan menyeluruh - Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
EKONOMI | Menteri Potfolio Ekonomi Kekal, RMK-12, Belanjawan 2022 Ikut Jadual

Penganalisis ekonomi melihat pengekalan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebagai satu langkah positif untuk ekonomi.

Ini kerana pelantikan semula ini bakal memastikan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022 di Parlimen dapat dijalankan mengikut jadual.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register